Majikan Kedekut

Disini aku nak ceritakan tentang sepanjang aku bekerja di syarikat XXX ENTERPRISE sebagai kerani akaun dan pentadbiran.

Aku bekerja disini sudah hampir 8 tahun.

Syarikat aku bekerja ni adalah salah satu syarikat dalam kategori perkhidmatan.

Sepanjang aku bekerja disini, pada mulanya semua baik dari segi gaji dan bonus,

Ada kenaikan yang majikan ku berikan, bonus kami majikan akan bayar penuh.

Kami akan menerima bonus pada hari raya sahaja.

Namun sejak pandemic iaitu PKP sehingga sekarang ini, majikan ku agak berubah sedikit. Mungkin perniagaannya turut terkesan.

Gaji ku seperti biasa tetapi bonus aku dan pekerja yang lain majikanku hanya bayar separuh sahaja daripada gaji kami.

Katanya baki dia akan bayar pada hari Raya Aidiladha. Aku dan pekerja yang lain hanya mampu mengiyakan saja.

Nak dijadikan cerita untuk tahun ini 2023 juga masih begitu, bonus dibayar separuh tetapi baki bonus kami separuh lagi sepatutnya dibayar pada hari Raya Aidiladha masih belum dilunaskan.

Aku agak geram dan tertekan, itu adalah hak kami.

Pada bulan Jun yang lalu, aku terpaksa menebalkan muka untuk minta baki bonus aku kepada majikan walaupun itu duit aku sendiri.

Aku cakap nak guna duit kalau boleh nak bulan itu juga, lalu majikan aku berkata, saya bayar bulan depan ok ke?

Maksudnya bulan Julai dia akan bayar laa kan. Aku pon cakap ok walaupun aku nak guna duit.

Sampai sekarang dah masuk Ogos dah berapa bulan dah majikan aku masih belum bayar lagi.

Aku sangat sedih, sebelum ini aku tak pernah mintak pon tapi kali ini aku tebalkan muka untuk mintak baki bonus aku sendiri bermakna aku terdesak dan perlukan duit, tu pon majikan aku tak paham.

Aku masih menunggu hingga sekarang bila laa dia nk bayar agaknya. Jangan sampai aku mogok sudah laa. Hahahaha. 

Kadang-kadang aku agak tertekan dengan kerja aku ini. Aku orang paling lama kerja disini dan semua pekerja yang lain memanggilku kakak. 

Kenapa aku cakap tertekan? Sebabnya semua kerja atau apa-apa semua mengharapkan aku.

Majikan aku akan cakap dengan pekerja yang lain tu apa-apa tanya dengan Kakak Melur.

Aku juga jarang ambil cuti sebabnya aku tidak mahu menyusahkan pekerja yang lain,

Kerana kerja aku melibatkan akaun sedikit seperti gaji, invois dan sebagainya. Jadi mereka tidak tahu dan tak boleh cover kerja aku.

Sejak kejadian majikan aku masih belum bayar baki bonus yang aku minta tu, aku jadi seperti tidak ikhlas bekerja.

Aku buat kerja pon sambil lewa sahaja dan aku mula amik cuti bila perlu.

Salah kah aku menuntut hak aku sendiri?

– Melur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *