Crush Yang Perlu Dianggap Kawan

Sebelum aku start bercerita, nama aku Bunga (bukan nama sebenar) dan kisah aku pasal budak lelaki yang aku beri nama sebagai Man (pun bukan nama sebenar).

Cerita aku bermula pada tahun 2020.

Satu hari tu kan, aku dengan kawan-kawan aku buat hal sendiri lah kan kat sekolah macam biasa sampailah waktu rehat.

Ada sekumpulan lelaki berkumpul depan kelas kitaorang kononnya menyambutlah kedatangan budak baru dari sekolah lain.

Masa tu, kawan-kawan aku mulalah bergosip pasal seorang laki tu, tapi bukan pasal si Man tu. Aku tak berminat untuk join mereka bercakap pasal lelaki tu sebab aku sibuk perhatikan Man.

Tapi perasaan aku, aku hanya pendam seorang diri dan takde sape pun yang tahu pasal ni.

Kawan baik aku pun tak tahu sebab aku tak berani bercerita, yelah aku tau diri aku macam mana, aku sedar diri aku tak cantik, baik pun tak.

Sebelum aku decide nak simpan perasaan seorang diri. Ada salah seorang dari classmate aku bagitau dekat group kitaorang lah masa tu yang dia pun dah sukakan Man.

Start dari kejadian tu, aku betul betul dah decide untuk simpan segala perasaan aku seorang diri. Sebabnya, aku taknak bergaduh sebab lelaki dan aku tau aku akan kalah jugak.

Aku banyak jugak makan hati dengar cerita yang kawan aku makin hari makin mengenali Man daripada aku yang hanya tau nama sahaja.

Aku pernah cuba follow Man dekat Instagram tapi dia tak pernah followback aku.

Lepas kejadian dia tak followback aku decide untuk tak teruskan semua benda yang berkaitan pasal dia. Sebab ye lah, dah dia pun tak kenal aku, followback pun tak nak. Takkan aku nak terhegeh pulak kan.

Lepastu aku biarkan jela dia sampailah tahun 2022, aku tersuka dia balik.

Tahun 2021 tu ada je aku stalk dia tapi tak beria sangat. Tahun aku nak spm la kiranya tahun 2022 ni, banyak benda jadi, dari dia tak kenal aku sampai terlebih kenal dah.

Masa bulan jun tak silap aku, sekolah aku ada buat kem kat satu tempat ni lah kan, masa tu dalam kem nak belajar subjek akaun.

Aku pergi la dekat meja kawan aku nak bagi lolipop, biasalah kan kita ni dulu suka kongsi coklat dengan kawan-kawan.

Lepastu aku memang tak perasan pun dia hulur tangan nak mintak coklat kat tangan aku tu, kawan aku lah yang bagitau tapi aku tak sempat bagi kat dia sebab kem tu dah habis.

Mula-mula aku ingat nak kejar dia untuk bagi lolipop tu, tapi tak jadi sebab aku malu la weh.

Lepas pada tu kan, perasaan aku datang balik hanya disebabkan lolipop tu. Kelakar kan, tapi tu lah hakikatnya.

Hari berganti hari, sampailah hari sekolah aku buat kem lagi, kem sains pulak, hahaha. Tapi aku dah lupa bulan berapa.

Kitaorang ambil subjek yang sama jadi kem sekali lah kan, ada satu masa tu dia makan la potato chips tu kan lepastu terkantoi dengan kawan aku sebab dia makan tu berbunyi kuat lah, potato kan dia crispy macam tu, memang akan bunyi la kan,

Lepastu kawan aku berbisik la dengan aku apa yang jadi. Aku pun tengoklah dia masatu, kau tau apa dia buat?

Dia senyum weh.. Blushing aku, mana tak nye crush senyum kut. Lepas kejadian tu balik rumah, aku terus follow balik Instagram dia. And yes, dia follow back, hahaha.

Start dari hari dia follow back bermula lah kisah aku cuba tunjuk yang aku suka dia, letak dalam Instagram punya close friend tu. Post hint banyak banyak.

Lepastu kat sekolah aku tak habis habis perhatikan dia, sampai setiap hari aku ter eye contact dengan dia.

Tapi masa ni kawan-kawan aku masih taktau perasaan aku kat dia. Sampai lah satu hari aku terbagitau benda tu and bermulalah kisah kawan-kawan support member orang kata.

Kalau dia lalu dekat area aku dengan kawan-kawan aku lepak mesti akan ada bunyi-bunyi dari mulut kawan-kawan aku, kadang memang aku malu gila kena usik macamtu.

Sampailah satu hari tu lepas berbulan-bulan terkantoi aku suka dia, kawan dia sendiri yang usik dia pasal aku.

Aku kan punya la tunjuk effort kat dia sampai ada hari aku buatkan kek untuk kawan-kawan aku, aku selit satu untuk dia. Gigih ye aku.

Lepastu bukan tu je, aku pun ada belikan dia keychain yang huruf tu untuk bagi kat dia. Tapi aku tak bagi sendiri, sebab aku malu.

Kalau aku bagi sendiri, confirm shaking hahahah. Cuba korang teka apa dia kata bila dia dapat keychain tu.

Hmm dia kata macamni tau “aku nak bagi apa eh kat dia”. Masa aku dengar ayat tu dari kawan aku, blushing sampai ke bulan weh hahaha.

Tapi cerita ni tak habis kat sini, ada lah drama yang terjadi antara aku dengan dia, banyak benda yang dia buat boleh memblushingkan aku.

Aku ada save tau nombor dia, sebab saja la kita ni nak save nombor crush, tapi tak sangka la pulak dia memang dah save nombor aku.

Tapi aku tak boleh cerita habis kat sini, sebab memang panjang . Tapi ada benda yang dia buat, yangni sumpah aku tak sangka.

Hari tu batch kitaorang ada buat dinner tu kan, macam berkumpul la semua orang tapi dia takde. Sebab dia pergi mana entah, pergi bercuti la rasanya masa tu.

Lepastu kawan aku punya la support aku sampai dia mesej la Man untuk tanya dia datang tak malam tu. Tapi kawan aku tak bagitau pun aku yang tanya.

Tapi Man tu punyalah hargai aku sampai lah dia suruh kawan aku bagitau aku yang dia minta maaf sebab tak boleh datang.

Lepas malam tu kan korang, aku ingat dia memang suka aku tau. Sebab yelah, takkan la menghargai sampai minta maaf macamtu kan. Tapi sebenarnya tak.

Biasalah kita ni cepat catch feeling hanya disebabkan dia baik ngan kita. Tipu la kan kalau dalam tempoh aku suka dia ni, aku tak broken.

Hampir setiap hari aku broken sebab benda benda remeh je. Tapi takpe yang tu benda biasa, kental lagi nak hadap.

Aku ingatkan kisah aku dengan dia happy ending, rupanya sad ending jugak, hahaha. Dia chat aku pada tarikh 31 may 2023.

Dia explain semua benda yang sebenarnya dia anggap aku kawan je dari dulu dan tak pernah rasa lebih dari tu. Aku pernah tanya selama ni semua yang dia buat, sebab dia hargai aku je ke.

And yes dia jawab memang semua yang dia buat hanya sebab nak hargai aku je, dia tak pernah pun suka aku. Aku pura-pura okay reply chat dia, aku cuba jadikan dia “kawan” macam yang dia nak.

Dia suruh aku move on dengan dia dan anggap dia hanyalah sebagai kawan sekolah saja dan dia pun masa tu dia baru lepas declare kut yang dia dah ada kekasih.

Lepas hari tu, hidup aku jadi tak betul, emosi aku memang terganggu. Sampailah aku betul-betul jadi bukan aku, kadang malam-malam nangis. Tapi aku tak pernah benci dia, taktau la nak cakap macam mana.

Dengan dia je, aku pernah bagi effort aku, sebab sebelumni dengan lelaki lain aku tak pernah bagi apa-apa effort. Dengan dia jugaklah, aku jadi malu gila.

Aku taktau kenapa aku akan semalu ni. Dan dia pun malu, aku pun taktau kenapa dia malu ngan aku padahal aku yang suka dia.

Kadang, aku rindu kenangan-kenangan dengan dia walaupun kenangan tu hanyalah kenangan yang palsu untuk aku sebab dia tak pernah suka aku pun, dia hanya menghargai.

Dari tarikh 1 jun aku cuba kawal diri untuk tak fikir pasal dia, nak move on la katakan. Tapi sampai sekarang dah nak habis pulak dah bulan 8, aku still stuck dengan perasaan yang sama.

Tapi logik lah kan, perasaan aku pendam bertahun jugak takkan mampu nak move on dalam masa sebulan dua.

Aku masih tak boleh move on, tapi aku tak ganggu life dia dengan gf dia.

Kalau lah dia baca luahan aku ni, aku just nak cakap terima kasih pernah menghargai effort aku walaupun kenyataan bertepuk sebelah tangan tu memang sakit.

Aku masih berdoa supaya kita berjodoh. Aku tak berharap apa-apa, just berdoa je.

Semua benda Allah tentukan dan aku percaya perancangan Allah sentiasa yang terbaik. Ada jodoh kita jumpa lagi.

Goodluck for your future Man, semoga sentiasa dibawah lindunganNya.

Terima kasih korang sudi membaca luahan yang tak seberapa ni.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *