Ini Ujian Kami

Assalamualaikum semua pembaca IIUM Confession.

Ini kali kedua aku cuba hantar confession kat page ni, aku tak pasti akan terpilih ke tak sebab yang pertama tu aku hantar dan takde disiarkan pon. Mungkin sebab aku ada tulis short form. Harap kali kedua ni terpilih.

Disebabkan banyak aku baca luahan pasal isu curang, aku pun terpanggil nak kongsi jugak kisah aku dan suami.

Bukan untuk minta pendapat, cuma nak mintak doa, mana tahu dalam ramai2 ni ada doa nya yang mustajab.

Aku dan suami sudah masuk fasa kedua perkahwinan dan kami dikurniakan 3 orang cahaya mata sepanjang perkahwinan kami.

Dan tahun ini rumahtangga kami diuji dengan isu orang ketiga dan kesetiaan.

Yang mana isu ini tak pernah aku terlintas akan berlaku dalam rumahtangga kami disebabkan peribadi suami aku yang baik dan bukan jenis melayan perempuan dan pemalu.

Tapi Allah uji aku, mungkin kerana aku terlampau yakin dengan manusia, dan mungkin kerana aku yang take my husband for granted.

Aku suri rumah, kerja rumah memang aku settlekan, tak berharap sangat suami.

Aku settlekan sebab aku faham dia busy dan penat, cuma tugas yang dia selalu buat sebelum pergi kerja buang sampah, dan malam hari sebelum tido dia tolong sidai baju.

Tapi suami aku ni jenis ringan tulang and okey sahaja kalau aku mintak tolong apa apa.

Aku rasa suami aku menyimpang dan tersasar sebab aku yang kurang bagi perhatian disebabkan aku cepat penat dan kurang manjakan dia.

Dia rasa aku kurang cuddling dengan dia.

Mula mula aku tahu dia ade berhubung dengan perempuan lain tu aku tak tau nak react macam mana sebab aku memang tak expect. Aku macam blank.

Actually aku dapat tahu daripada skandal dia sendiri, perempuan tu sendiri yang dm aku dekat instagram (menggunakan fake profile).

Lepas aku tunjuk dm tu dekat husband and mintak dia explain, sebab aku tak nak lah percaya dm dari fake ig kan,

Surprisingly husband aku peluk aku dan menangis meraung minta ampun dan maaf dengan aku, aku mampu istighfar je time tu.

Dia explain die berkenalan dengan perempuan tu hujung tahun 2022, sampai bulan mac dia nekad nak stop sebab rasa bersalah dengan aku dan anak2,

Dia sayangkan aku dan anak2, die nekad nak bertaubat, kebetulan time tu awal puasa, dia tak nak lalai lagi. Alhamdulillah.

Cuma tiba2 perempuan tu dm aku bulan 5 spill everything, aku anggap suami aku takut nak berterus terang dengan aku, sebab tak tau nak mula macam mana,

So aku rasa ada hikmah jugalah suami aku di kantoikan sendiri oleh ex skandalnya tu.

Long short story, lama jugalah aku ambil masa untuk tenangkan hati dan dalam pada tu aku cuba heart to heart dengan suami aku kenapa dia jadi macamtu.

Aku juga muhasabah diri aku. Mungkin semua berpunca daripada aku, kurang melayan dia.

Dan dia pon sibuk dengan handphone, layan bola dekat laptop after balik kerja.

Bila audit balik kami masing2 dah kurang spark. Tapi happy sebab anak2.

Tapi bila Allah uji macam ni, aku rasa belum terlambat untuk kami mula balik buka buku baru dan cuba baiki balik segala kelemahan kami.

Alhamdulillah start daripada peristiwa kantoi tu, suami aku memang berubah sangat2. Rasa macam lagi manis daripada awal kawin,

Tiap malam tak pernah miss pillowtalk dan dia selalu minta maaf dengan aku atas segala perbuatannya setiap malam sebelum tido.

Kami pon mantapkan lagi hubungan dengan Allah. Tahajjud tak pernah tinggal.

Alhamdulillah. Memang nampak sangat perubahan.

Walaupun aku kadang2 masih ada sisa sedih tu bila teringat, tapi aku selalu doa supaya Allah bagi aku kesabaran dan sentiasa bersangka baik dengan ujian Allah.

Untuk ex skandalnya tu, which is isteri orang. Aku tak taulah dia dah mintak maaf ke belum dengan suami dia tu.

Actually aku jumpa semua instagram ex skandal suami tu, tapi belum ape2 dah kena block, aku jumpe semua medsos suami dia. Tapi semua dah selamat diblock oleh dia. Tampaklah dia risau.

Masa mula2 dia dm ak kat instagram guna fake profile aku ingat dia single anak dara, lepas suami aku citer A to Z barulah aku tahu dia isteri orang, berskandal dengan suami aku masa die balik berpantang di kampung.

Aku berani bet sampai harini hidup die tak tenang, sebab die akan risau aku reach husband dia.

Aku harap untuk perempuan tu, die betul2 ikhlas bertaubat and minta maaf dengan orang sepatutnya dia minta maaf.

Setakat ni jela luahan aku..

Tolong doakan rumahtangga kami hingga ke syurga. Dan semoga kami istiqomah jaga hubungan dengan Allah.

“Ujian yang mendekatkan diri dengan tuhan itu lagi baik daripada nikmat yang menjauhkan kita darinya”

– Tanpa Nama (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *