Usaha Demi Kebaikan Anak Speech Delay

Salam semua, saya Nur berumur penghujung 20an. Sudah mempunyai anak Alhamdulillah nikmat Allah beri tak terhingga kepadaku dan suami.

Syukur.. Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara seluruh alam dan seisinya.

Tahun ini tahun ketiga anakku hidup dimuka bumi Allah. Tapi apa yang saya nak cerita kisah kehidupan anakku dan juga saya.

Macam mana kelekaan saya dalam menjaga dan mengurus sehingga lah doktor sahkan anak ada masalah pertuturan serta kurang fokus.

Disini saya sharekan pengalaman supaya kalau ada ibu bapa yang masih ragu atau takut mudah²an anda akan lebih terbuka lepas baca confession saya ni dan dapatkan rawatan untuk anak dengan segera.

Saya sebelum ni memang kurang fokus dengan anak, leka dan menganggap anak akan pandai dengan sendiri atau dari bahasa kasar adalah malas ambil tahu cara ajar anak supaya anak berkembang mengikut peredaran umurnya.

Rupanya Allah tampar saya untuk sedarkan saya dari terus abaikan anak.

Alhamdulillah, saya sudahsedar..

Saya teruskan cerita ya proses membaikkan anakku dari Speech Delay.

Pertama sekali, jangan putus doa dan harapan pada Allah. Sebaik² penyembuh adalah Allah selebihnya kita perlu usaha.

Untuk para ibu bapa, Speech Delay atau ringkasan saya SD tidak semestinya autism seperti yang sering kita baca di media sosial.

Tetapi, ada beberapa faktor lain yang menyebabkan anak jadi lambat bercakap.

Antaranya adalah sensori motor yang lemah contoh sentuhan, fokus, kurang berinteraksi, kurang bersosial dengan rakan sebaya atau parents selain gajet seperti tv hp.

Mungkin ada pakar atau doktor yang boleh terangkan details lagi dikomen saya ya sebab saya dapat sedikit ilmu ni dari doktor dan research saya di internet selama 1 tahun kebelakangan ini.

Saya tiada bagi ubat atau vitamin kerana saya takut beli tanpa nasihat selain anak saya ada alahan kepada sesetengah bahan tetapi In Syaa Allah ada sedikit ilmu yang saya nak sharekan berdasarkan pengalaman saya.

Saya pendekkan ya, masa umur anak dalam 1 tahun 9 bulan anak detect SD dan cuma boleh bercakap 2 3 perkataan saja itupun bercakap sekali dua sahaja.

Apa yang saya lakukan saya mulakan balik bertanya pada kakak sebab dia bekas guru tadika jadi dia lebih dekat dan tahu aktiviti yang boleh bantu budak² selain nasihat² dari doktor.

Saya tanya apa perlu saya buat. Dia terangkan cuba semua perkara untuk kita kesan apa kelemahan anak.

Contoh pasir, watercolour, tepung, tanah liat, pijak rumput, pijak batu dll. Parents boleh google lagi ya.

Yang saya beri ni antara perkara yang anak saya taknak sentuh langsung menggunakan tangan atau tapak kaki ni semua ambil tempoh ya dan ibu bapa perlu sabar dalam melatih selain jangan jemu bantu anak.

Sekarang Alhamdulillah anak saya semakin ada improvement.

Kemudian, untuk bahagian melatih fokus pula, saya lakukan aktiviti bina blok dari magnet, plastik dll, saya juga ada beli bongkah kayu di shopee ada pelbagai bentuk contoh segi empat, segi tiga silinder, bujur dll.

Permainan lain adalah susun sticker warna mengikut garisan (ini kita boleh lukis menggunakan marker atau pen), aktiviti padanan warna bola mengikut bekas, susunan gelung mengikut ukuran, memasukkan tali pada lubang butang baju dll.

Buku Lukisan dan pensil warna juga saya sediakan untuk menarik minat dia dan lebih mudah untuk mengajar anak mengenal warna juga.

Saya juga ada belajar cara mengurut mulut anak selain memberus gigi dan lidahnya. Sambil urut sambil baca doa untuk buka simpulan lidah anak. Ini boleh bantu fokus anak.

Aktiviti luar bermain pasir pantai mandi laut, pijak pasir biasa, pijak batu tar, pegang batu tar, petik daun, memijak rumput², bermain bola di padang, bermain di taman (banyak part untuk seimbangkan badan anak, boleh tengok ditaman permainan kawasan anda).

Aktiviti² ini beri kepercayaan pada anak untuk lakukan sendiri dengan pantauan. Boleh melatih keberanian dan jangkauan pemikiran anak tersebut.

Aktiviti luar minta suami bantu sama². In Syaa Allah anak akan lebih suka kalau kedua² orang tuanya ada. Moral support kepada anak juga sangat penting.

Kesan aktiviti² ini pada anak puan akan nampak seawal 2 bulan atau lebih awal. Tetapi cuma perlu konsisten dan rajin.

In Syaa Allah, Allah pasti berikan yang terbaik. Lepas kita usaha, apa pun keadaan anak kita jangan salahkan takdir, jangan salahkan anak kerana lambat.

Sebab anak datang dengan ujian. Sihat dia ada ujian, sakit dia juga ada ujian.

Masa saya dapatkan rawatan di bahagian pakar, penyakit kanak² ni macam². Semua parents sangat cekal dan tak putus asa ( ni rata² yang saya berbual, berjumpa dan bertukar idea yang baik).

Untuk aktiviti, saya lakukan semua diatas secara bergilir² setiap minggu selain dapatkan nasihat doktor & pakar di hospital. Checkup kita kena rajin tanya dan follow date dan nasihat doktor ya.

Alhamdulillah selepas setahun anak dah boleh bertutur serta fokusnya lebih baik dengan izin Allah dan sekarang saya masih teruskan rawatan susulan pada 3 pakar iaitu Audiologi, ENT dan Speech.

Audiologi adalah untuk mengenalpasti masalah telinga mana yang bermasalah (sekiranya ada) mengunakkan alat² yang mereka ada alat tersebut tidak bahaya, ada ujian dalam bilik audiologi juga ya, ENT dia akan periksa telinga anak(ini berdasarkan anak saya ya).

Untuk Speech ada juga kelas untuk ibu bapa hadiri selain untuk anak. Apa² pun bagi seorang yang beragama Islam atau agama apa pun.

Kita digalakkan berdoa dan sebagai ibu banyak²kan berdoa dan sentiasa tiup pada ubun² anak dengan doa yang baik. Jangan putus asa dan sentiasa rajin.

Kita usaha dahulu selebihnya serah pada Allah. Kalau selepas kita usaha tetapi anak tak menunjukkan progress yang kurang memberangsangkan, kita jangan putus asa dan selalu cintai anak kita sebaiknya.

Yang penting kita dah usaha yang terbaik sepanjang membesarkan anak. Selalu letak tangan didada dan cakap, ‘Anakku Anugerah Yang Sangat Baik Dari Allah’.

Semoga dengan perkongsian saya ni sikit banyak dapat bantu ibu bapa yang masih tidak tahu cara untuk melatih anak atau perlu buat apa dulu.

Untuk dapatkan rawatan pakar, kita mesti dapatkan surat daripada KK berhampiran ya sebelum dirujuk ke hospital besar.

Apa² pun jangan tinggal solat bagi muslim. In Syaa Allah kita berdoa pada Allah pasti Allah lorongkan jalan.

Doakan saya dan kawan² yang lain juga untuk terus bersemangat.

Salam dari,

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *