Majikan Pun Perlu Ditegur

First sekali terima kasih sudi siar conffesion saya.Kebiasaan kita baca artikel tips atau teguran bakal majikan kepada bakal pekerja bila kita nak hadiri sesi “interview*.

Saya ni menganggur setelah syarikat yan saya kerja bangkrap. Saya sayang gila dengan syarikat ni, dah kerja 6 tahun.
saya mula mencari pekerjaan baru.kebanyakan saya apply di laman web jobstreet, instagram.
Pemerhatian saya bila menjalani sesi temuduga dengan syarikat2 yang kecil sehingga syarikat besar.

A) Majikan tidak prepare soalan

•Saya pernah menghadiri temuduga di mana majikan seperti tidak prepare nak tanya soalan apa kepada saya.

•Bila sesi berlansung, soalan kebiasaan introduce diri kita, working experience, After that, kuar dialog *tanya sesama sendiri, nak tanya apa lagi ea?seriously? Kita sebagai yang ditemuduga rasa Janggal gila dalam bilik tu tengok si Hr manager big bos tanya sesama sendiri.

B) Majikan perahsia tak bertempat.

•Saya pernah aplly jawatan dengan syarikat berasaskan bisnes fashion.perahsia yang saya maksudkan ini, bila bakal majikan email pekerja untuk setup interview.

•Dekat iklan instagram dan email tidak dimention detail job description,waktu kerja, plus range gaji. Dekat email tulis kalau ada soalan apa2 boleh whatsapp number berkenaan

•Saya whatsaap tanya soalan basic je.waktu kerja,range gaji boleh diberi,then hr manager tu cakap ” semua maklumat hanya akan diberitahu di dalam sesi temuduga”

•Seriously? Kami ni pengganggur tau.kene berjimat cermat.so nak hadiri temuduga tu memerlukan kos minyak tol. Lebih2 lagi zaman ekonomi teruk ni.so kalau kami xtahu basic detail jawatan tersebut macam mana kami nak decide nak hadir atau tidak temuduga tersebut.kalau sebelum bekerja dah layan mcm kuli,agak2 mcm mana suasana bila bekerja di bawah majikan mcm ni?

C) *awak ada aplly job dekat syarikat lain x selain syarikat kami*? Kalau korang,korang nak jawab apa?

•Pendapat saya, bakal majikan xperlu pun tanya mcm tu.plus majikan tu sendiri tahu jawapan dia.ofcourse la ada aplly lain selain syarikat dia.kami bukan *nujum pak belalang* boleh tahu syarikat kami pilih tu confirm2 dapat peluang di temuduga or dapat kerja.mestila kami buat banyak pilihan. Pernah dengar pepatah “sediakan payung sebelum hujan” . Bukan anda sebagai majikan je nak dapatkan pekerja yang tip top,kami pun sebagai pekerja nak cari syarikat yang terbaik untuk kami kerja.

•So bila soalan ni kuar saya serba salah nak kelentong ke nak jujur.karang kalau jujur karang kat bakal majikan, dia dah mcm xbest dah nak interview kita.

D) soalan Rasa2 anda boleh bekerja lama x dengan kami?

•ni lagi satu soalan pelik bagi saya. Soal lama ke x nak kerja tu hanya boleh tahu bila kami sudah masuk dunia syarikat kamu! Syarikat sendiri setup setiap pekerja baru akan diberi tempoh untuk melihat pretasi pekerja, atau kita panggil “under probation*.kebiasaan tempoh sebulan 3 bulan sampai 6 bulan pun ada.

•Kalau pretasi bagus,akan jadi permanent staff,kalau xbagus boleh buang atau sambung probation lagi kan?

•Bukan anda sahaja nak lihat pretasi kami,kami juga nak lihat *pretasi* majikan! Contoh yang saya hadap, suruh buat keje lain dari skop keje.masa temuduga suruh buat itu ini je.bila dah masuk keje,tiba2 suruh buat itu ini yang xberkaitan.persekitaran kerja yang xbagus,tipu duit komisyen, bos yg tidak bersikap leader tapi bersikap bossy! Sume harapkan pekerja buat dengan alasan saya bayar gaji awak! So dengar sini, kalau kami rasa majikan menunjukan pretasi xbaik bagi kami,tipu kami,kami berhak berhenti! Jangan asyik komplen ckp pekerja asyik buat hal benti,tipu kata nak keje lama bagai.tanya diri sendiri kenapa pekerja xpenah kekal bekerja di bawah syarikat kamu!

•Lagi satu bila bakal majikan mengadu dekat kami masa temuduga katanyer, pekerja kerap benti sebab gara2 dapat tawaran lebih tinggi dari syarikat dia.xsetia katanyer..cuba anda sebagai majikan, jadi pekerja mcm kami tanya diri sendiri kalau tiba2 anda diberi gaji 2 kali ganda dari gaji anda sekarang apa tindakan anda? Of course ambik yg paling tinggi. Kita bekerja untuk duit! Sampai bila nak kami hidup kais pagi makan pagi, xsampai hujung bulan duit dah habis! Kami pun nak gak wat aset,simpanan duit untuk masa depan mcm anda boss!

E) Majikan tidak punctual

•Saya pernah berhadapan situasi bakal majikan xpunctual

•Temuduga janji pukul 10.bila saya dah datang pintu opis tutup.dah petik loceng bagai xbukak2.hampir 15 min tunggu kat luar dengan panas terik. Pls la bila dah buat appoitment pls be punctual. Sudahnyer saya bla xjadi interview. Dah ondaway balik tiba2 call, dgn xmintak maaf nyer apa,suruh dtng temuduga balik.memang xla nak saya pergi dah!

•Lagi satu kes majikan yang xsetup waktu yang betul. Saya xsalahkan majikan.tapi HR MANAGER YG HANDEL WAKTU!

•Dia panggil 2 3 orang sekali dalam sehari.tapi waktu semua dtng kol 3. So kami tepaksa menunggu hampir sejam nak tunggu giliran.appoitment asalnyer kol 3 jadi kol 4! Tolong hormati masa kami.MASA ITU EMAS! kalu kol 3 buat cara kol 3.kalau ada byk candidates lain setup waktu lain2. Setiap 15 min ke.cth candidate A kol 3. Candidate B kol 3.15.please work SMART!

F) Majikan “kejam”!

*Kami akan inform result dekat cik selepas 2 minggu ea*

• Selalu kan kita dengar ayat mcm ni.dengan alasan nak tapis dahulu.kenapala suka buat konsep orang tertunggu2. Kalau dapat inform jela.xdapat straight 2 the point bagi tahu xdapat. Konsep mcm nila buat kami menganggur lagi lama.gara2 nak tunggu keputusan dapat ke x.

• Tolongla jangan kejam sangat wahai bakal majikan.kami ada tanggungan yang kami nak bayar.

• TOLONG EMAIL notify kami sekiranyer Xdapat.supaya kami TIDAK MENUNGGU untuk sesuatu yang TIDAK PASTI.

Sekian
KETUT.

– ketut

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit