Mak – 10:34 PM

Mak

Aku ada satu masalah suka marah2..aku tak suka dgn perangai aku ni, tapi aku tak boleh elak..selalu aku elak dgn cara diamkan diri dan bersabar..tapi ada masa aku hilang sabar..

Aku kirim topup pada mak..sampai rumah, mak bagi topup yang aku kirim..tak cukup sekeping..jenuh mak korek beg duit dia sambil bercakap yang dia dah double check and pastikan sebelum dia tinggalkan kedai, dia tak tertinggal apa2 barang..aku hanya diamkan diri dan terus ke dapur..niat taknak marah..tapi aku terkenangkan hal tu aku jadi 50-50..macam terkilan tapi aku diam..

Lepastu aku pergi kat mak..mak bagi balance..aku tak sengaja cakap dgn mak guna nada tinggi."tengok, balance tak cukup. Sepatutnya rm15!". terus mak terkial2 korek beg duit lepastu keluarkan not rm5..aku terus dihurung rasa bersalah..kenapa la aku cakap macamtu..hurmm..

Untuk mengelakkan lagi diburu rasa bersalah..aku ke dapur semula lalu menyambung kerja..rasa sedih pulak tgk mak terkial2 cari not rm5 utk cukupkan balance tadi..dah la mak penat balik dari kedai..aku cakap kasar pulak..aku rasa bersalah gila..

"Kak, hang ambik la rm10 ni p beli topup ganti hat (hilang) tadi." Aku tolak..bukan sbb marah..tapi aku mls nak pakai duit mak..rasa bersalah tebal gila dah ni..tengah basuh pinggan, aku pandang ke arah tingkap sebelah kiri..aku nampak, mak aku dah berjalan semula pergi ke kedai gantikan topup yg dia hilangkan tadi..mak..

Sambil basuh pinggan, aku teringat..sampai je mak kat rumah tadi, aku terus bagitahu mak, aku masak nasi hangit sikit..sebab aku tak tahu yg pemetik api dapur longgar, jadinya walaupun aku slowkan api..nanti pemetik tu akan kuatkan api dgn sendiri..aku bagitahu mak, tapi mak sikit pun tak marah..masa menaip ni aku teringat lagi..ada sekali tu mak keluar temankan adik beli barang..aku kurang sihat jadi aku tertidur..sedar2 ayah bagitahu hari hujan..baju kat ampaian semua basah..tapi mak tak marah..esoknya mak sidai semula..yg jatuh atas tanah mak basuh semula..Allah..

Aku rasa bersalah dgn mak aku..malunya aku dengan mak, dengan Allah..aku berubah jadi lebih baik..berubah cara pakaian..berubah cRa hidup..tapi aku gagal ubah sifat baran aku..aku tak tahu nk overcome problem aku..kerana baran aku juga, aku hilang kawan baik..bila teringat insiden mak tu, aku rasa sedih sangat..aku tahu mak lagi sedih..tapi mak tak tunjuk..

mak aku mmg ibu yang baik..anak yg baik..baik sangat..aku tak rasa aku boleh jadi Macam mak aku..

– lea

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *