Mak – https://iiumc.com/forumv2/
Mak iza sayang mak percayalah..iza x pernah ada rasa benci pada mak.iza sayang sangat2 kat mak..
Walau pun iza tahu iza bukan anak kesayangan mak.iza x kisah mak.bagi iza mak adalah kawan paling rapat dgn iza.masa iza skolah rendah,iza bg tau mak mata iza rabun.tapi mak x peduli..oleh kerana mata iza yg rabun ni,iza selalu jatuh basikal bila pergi n balik skolah.pernah skali iza terjatuh di dalm parit nasib baik parit tu x dlm..iza tarik rumput tepi parit utk naik keatas..
Iza pernah di langgar oleh motor n hampir di tinggalkan di tepi jalan sorang2.setiap kali iza di langgar pasti orang akan salahkan iza..ya memang salah iza kerana masalah mata iza ni.Iza masih ingat masa mak nak kahwinkan iza,mak bawa iza pi urut perut iza sbb peranakkan iza jatuh sbb selalu buat kerja2 berat..umur iza 10 tahun iza biasa ambil upah cabut pokok kacang tanah..
Bila iza dah remaja iza terpaksa basuh kain baju seramai 9 orang punya baju sorang2 pakai tangan..
Iza tahu iza x cantik,x dak pelajaran,kulit gelap n gigi depan pun jongang..walau pun mak pernah kata kat iza yg iza ni anak mak yg paling mak x suka n benci..iza x kisah mak.Mak, iza tetap bersyukur sbb mak lahir kan iza n besarkan iza..
Iza sayang mak..iza selalu doakan mak supaya Allah ampunkan dosa2 mak n moga roh mak di tempatkan di sisi orang2 beriman..
– Iza