Tq admin approve cerita saya. Aku pelajar ipt tempatan. Tahun lepas aku baru dapat tahu yg mak menghidap penyakit kanser. Hancur hati aku bila dapat tahu. Bagi aku mak adalah seorang wanita yg tabah sebab dari dia muda dah start kerja membesarkan adik-beradik yg lain. Mak aku tak sempat habiskan sekolah. Tok dgn opah aku dah pergi selamanya jadi tanggungjawab semua dibahu mak aku.
Masa hari ibu hari tu, mak bagitau kami satu family yang penyakit kanser dia sebenarnya dah tahap 4 . Ya Allah masa mak bagitau hal yg sebenarnya aku dah hampir pitam. Mak cakap dia tak nak cerita dekat siapa-siapa sebelum ni sebab tak nak semua risau kecuali abah je yg tau. Itu pun abah terpaksa merahsiakan atas permintaan mak. Masa tu aku cuba tahan daripada menangis walaupun sebenarnya hati aku hancur . Sungguh besar dugaan mak. Aku pernah google pasal penyakit mak dan jangka hayat hidup pesakit. Rata-ratanya info yg tak menyebelahi nasib mak, kadang-kadang aku tak nak percaya sebab kuasa Allah kita tak boleh jangka. Aku sedih mengenangkan nasib mak dan kadang-kadang aku tertanya-tanya kenapa mak yg diuji padahal dari muda sampai sekarang dia asyik diuji. Aku terlalu sayangkan mak dan setiap hari aku memikir macam mana hidup aku tanpa mak. Semester lepas pointer aku jatuh sebab aku tak dapat fokus dgn study. Aku rasa down giler sebab mak adalah sumber semangat aku .Aku berharap sangat mak dipanjangkan umur dan sempat mengerjakan umrah sebab tu impian dia dari dulu nak jejak kan kaki ke sana. Warga confession semua tolong doakan kesihatan mak saya :')
P/S : hanya yg ada family menghidap kanser sahaja yg faham yg kami tak sanggup melihat mereka menanggung sakit tapi dalam masa yg sama kami tak sanggup mereka pergi meninggalkan kami
– Cik Sepi
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
sy doakan mak sis akan sembuh . tiada yang mustahil kan ☺ sis banyak²kan berdoa dan sabar . sy faham , sy pun xdapat hidup tanpa my mom . harap sis sekeluarga tabah . semoga Allah bagi kekuatan buat sis dan keluarga ☺
Semoga tabah
Semoga mak awk cpt sembuh. Amin
moga dipermudahkan urusan.
Carikan buah durian belanda. Bagi mak awk makan. InsyaAllah. Xpyh bg yg ready made jus ke hape..cari buah je.
Buah hanya bagus bila kita “takpernah” ad kanser. Buah tu just untuk elakkan. Bila dah kena cancer, ia bukan lagi penawar. Kesimpulannya, elakkan durian belanda
Cube try habbatussauda plus madu.. ia penawar segala penyakit kecuali mati..
sdih kn.. perasaan tu la yg saya lalui setahun yg lpas.. bila dpt tahu mak kne knser paru2 tahap 4.. sdih x terkata.. bln 10 tahun lpas mak pergi tinggalkn kami semua.. sdih sbb x dapat nk berbakti lebih lama pada mak.. al fatihah mak.. tiap2 mlm rindu pada mak.. tiap saat.. dkat sebulan jgk x boleh duduk sorg sbb trgt pada mak..syg mak..
Huhuhu. Harap your mom diberi peluang untuk sembuh. Dan selagi Allah masih pinjamkan. Hargai ye.
Pm saya
mak adalah..syurgamu…remember
Sedih sangat kan. Mak sy pun ada breast cancer, hujung tahun lepas baru kami adik beradik tahu mak kena kanser, sebulan lepas dpt tahu mak sakit ayah sy pulak jatuh sakit dan akhirnya Allah lebih sayangkan ayah. Sy tak dapat bayangkan perasaan mak dalam usaha mak lawan sakit mak, mak kehilangan org yg mak cinta. Tapi mak pesan kat kami adik beradik Allah uji kita sbab Allah tahu kita mampu hadapi. Semoga mak sy dan mak awak cepat sembuh, aamiin..
https://www.dailymail.co.uk/femail/article-3017683/Former-model-cancer-turned-chemo-claims-cured-eating-three-PINEAPPLES-day-ditched-husband-well.html try nenas sis..smoga emak sis pulih dr cancer..moga dpnjgkan usianya…aamin