Mak aku kakak aku – 11:18 PM

Mak aku kakak aku

Thanks la admin ye kalau approve confession aku. Aku terjebak nak tulis confession ni sebab aku slalu jadikan confession as bedtime story aku. Golek2 sebelum tido pegang henpon hanyut baca confession sampai 2 3 pagi. Termasuklah cofession rumah sewa yg konon seram iteww. Eh aku rasa bukan aku sorang yang ada eyebag tiap pagi hasil baca confession2 nih. Tak cukup kat sini kat page confession lain jugak.
Back to the tajuk, mak aku kakak aku. Aku ni perempuan anak sulung pulak tu. Umur pun ada lah dalam doplohan. beza umur aku dengan mak aku dalam 20tahun cemtu. Boleh kira macam awet muda lah mak aku tu. Biasa lah kalau beza tak jauh mana, anak sulung pulak tu mesti rapat dengan mak kan.
Tapi (aku tak tahu nak ekspresikan dlm ayat)…. Biasa pergi kenduri kawin sesapa ke, mesti orang tanya adiknya ke, sambil tunjuk kat aku. Aishhhh. Muda sangat mak aku nih. Sampai aku hilang seri muda aku. Memang ada pro n cons kalau jarak umur dekat. Lagi2 bila mak aku awet muda tuh. Tapi aku ni rasa macam tak boleh nak terima.
Aku tak suka tengok mak aku pakai shawl. Ye la, sapa taknak mak dia cantik. Sapa tak sayang mak. Tapi Aku nak mak aku as she is. *Hentam laaa aku T-T. Bila aku balik cuti sem je tengok stok shawl mak aku aihhhhh. Banyak bebenor. Nak kata aku jeles mungkin ye. Sebab bila jarak umur dekat so aku anggap mak aku mcm kakak aku je. Kakak yang banyak stok shawl tapi tak tahu pakai. Aku jeles jugak tengok anak orang lain ajar mak dia pakai shawl cecantik tapi kalau term ‘mak as kakak’ keluar, perangai aku lain. Aku akan jadi bodohsombong lah senang cerita.
Selain jeles tengok stok shawl tu, kalau aku jeles tengok baju baru mak aku, aku cakap kat dia, mak pinjam eh. Hahahahahhahahah. Tak malu gila. Almaklumlah saiz aku dengan mak aku lebih kurang je. Bila selalu sangat aku pakai baju dia tu, dia pun bagi jela baju tu kat aku. Aku pun yeayyyy. Haha. Ini part yang best. Semua baju dalam wardrobe aku adalah baju mak aku. Sebab mak aku pun bukan selalu keluar jenjalan. Balik2 baju yg sama. *ke mak aku kata lain. Yela2 hati orang mana kita tahu. Mak selalu menangkan anak dia. Kan2
Tapi part yang tak best, mak aku selalu cerita pasal kewangan dia kat aku. time bila asb dia banyak, join powergold marigold lah, duit kutu bulan ni tak bayar lagi lah. Beli penapis air lah. So aku ni as anak yang mengharap mak bapak bagi pitih tak sanggup weh nak mintak kalau bulan tu dia kata dia terpaksa tukar tayar keta sebab bocor. Bayangggkannn dia cerita duit sort sana sort sini dgn adik kat asrama lagi lepastu aku ni senang2 wasap mintak duit. Ada satu masa tu aku menipu *tipu sunat konon nak join family day kat uni. Kena baya duit untuk family day yg 60 lebih tu. Padahal poket tengah kering tu, tapi mak aku bagi jugak, kesudahannya duit family day tu aku buat makan harian. Aku tak p pun family day bagai tuh. Tak cerita lagi uni suka buat aktiviti wajib tapi suruh bayar. Dahtu bayar mahal pulak tu. Aku nak pergi memang tak la. Aku selalu kerjar program free je. Ada je makanan free. Tak bayar pun.
Aku ni cerita pasal uni ke pasal mak aku. Haha. Tak kisah lah. Aku cerita sebab nak hilang bosan cuti ni tak habis2 lagi. Kau jangan mengata pulak aku tak sayang mak aku. Aku sayang wehhh. Gila tak sayang mak. Mak aku ni lah yang ada chemistry dgn aku. Kalau aku rasa nak makan ketam takpayah cakap kat dia. Alih2 balik keje je dia bawak balik ketam bekilo2 weh. Haritu teringin nak makan asam pedas, bila masok dapor nak tolong dia je, dia suruh aku siang ikan, nak masak asam pedas kata nya. No one can beat with my mum homecooked. Eh betul ke bi aku ni. Main taram je ni.
Seperti yang aku kata, aku nak mak aku as she is. Kalau boleh, aku taknak mak aku ada facebook ada smartphone semua ni. Tapi siapalah kita nak menghalang seseorang daripada kemajuan teknologi kan. Nak duit mintak kat mak kita, nak makan itu ini mintak kat dia, apa aje lah yang dia tak mengalah dengan kita. So aku pun tengah usaha lah untuk bersabar dgn mak aku yg baru bjinak dgn shawl nihh. Lilit sana lilit sini. Tutur kata pun aku kena hati2 jugak sebab aku jenis kalau mengajar org aku asyik nak menengking je. Kot la aku tertengking mak aku, kan dah dosa. Kau yang tengah baca ni doakan lah aku ye. Mana tau kot2 aku jodoh kau *kalau kau laki n tak kawin lagi. Hahahahahahha

So sesapa yg melalui sama macam aku, cemana korang handle ek masalah2 kecik aku ni? tanye jeeee.

– maya dela rosa

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *