Assalamualaikum. Aku harap sangat admin post confession aku ni. Aku perlukan pandangan orang yang arif tentang ni. Sebenarnya, aku sedih sebab mak aku terlalu taksub dengan bomoh. Ya, bomoh.
Masalahnya mak aku ni asyik cakap niat kerana Allah. Konon nak ikhtiar.
Aku dah banyak kali nasihatkan dia tapi dia tetap dengan pendirian dia. Masalahnya macam ni, mak aku ada kenal dengan seorang makcik ni. Makcik ni kata dia boleh ubatkan orang. Makcik ni claim dia ada wali yang boleh sampaikan anything dekat dia.
So, makcik ni ada kebolehan untuk tahu or predict something. Apa2 dia akan tanya makcik tu sampaikan dia pernah cakap kalau aku nak kahwin nanti dia nak suruh makcik tu 'tengok' either bakal suami aku bagus ke tak.
Ya Allah, tolonglah.
Baru-baru ni, makcik tu cakap ayah aku terkena sihir pengasih through FB. Dia cakap ada perempuan guna gambar ayah aku bawak pergi jumpa bomoh siam. Honestly, aku rasa ayah aku bukan curang sebab ayah aku akan suruh aku check semua updates dia or anything on FB. Bila aku check friend list ayah aku semua kawan dia aku kenal kecuali seorang perempuan ni. Ayah aku cakap perempuan tu yang add dia. Maknanya dia tak pernah berahsia dengan kami. Aku percayakan ayah aku.
Ikutkan makcik tu, dia cakap ayah aku approve perempuan tu sebab dia dah terkena. Mak aku tahu bila dia terbaca mesej ayah aku dengan perempuan tu. Tapi mesej tu mainly on business sebab perempuan tu nak jual produk apa tah. Lepas mesej tu perempuan tu ada send good morning, apa khabar bla2 tapi ayah aku tak reply. Malam2 ayah aku layan hindustan layan jiwang padahal sebelum ni tak pernah macam tu. Bila aku stalk FB perempuan tu dia selalu update status pasal cinta dan ditujukan pada seorang lelaki ni. Perempuan tu janda. Apalagi, histeria la mak aku tak berhenti nangis. Mak aku terus tanya makcik tu. Dia memang percaya la apa makcik tu cakap.
Aku personally ackowledge yang benda ghaib macam ni wujud tapi untuk terus accuse perempuan tu memang tak la sebab benda ni aku tak nampak dengan mata kasar. Possible ke untuk certain orang macam pengamal perubatan untuk tahu exactly siapa yang sihirkan kita? Aku ada terbaca dekat satu blog ni. Kadang2 itu trick syaitan nak laga-lagakan manusia.. hmm
Sebelum ni kalau berubat makcik tu akan bagi air yang katanya dah dibacakan ayat Quran. Makcik tu pun pesan la amalkan ayat Kursi semua. Baca Yasin niatkan untuk ayah aku semua. Tapi semalam aku dengar mak aku call makcik tu dan makcik tu cakap nak buat something yang akan matikan sihir tu terus so that perempuan tu takkan suka ayah aku lagi. Sebelum ni rumah aku ada ular masuk. Mak ayah aku pun mimpi benda tak elok selalu. Hubungan diorang jadi dingin. Tapi sampai satu tahap aku dengar dia ajak mak aku pergi kubur katanya nak tanam something untuk matikan sihir yang perempuan tu hantar. Boleh pulak taknak sebab malu takut orang yang kenal dia nampak. So, makcik tu cakap makcik tu tolong buatkan. Aku tanya mak aku, kenapa sampai nak pergi kubur? Dia cakap ikhtiar. Niat mak sebab Allah… Lepas tu aku diam.. Aku dah taktau nak nasihat apa. Dia marah aku… Tapi, niat tak menghalalkan cara…
Lima ribu dah habis untuk ubatkan ayah aku. Ayah aku tahu yang mak aku ambil air tawar je. Ayah aku seorang yang ambik berat hal agama. Dia pun kaki masjid dan seorang ayah yang baik. Tapi, ayah tak tahu sampai lima ribu mak aku bagi makcik tu. Ayah aku pun tak percaya benda2 ni. Pasal tanah kubur ni aku tak cakap dekat ayah aku sebab aku takut diorang bergaduh besar. Sebab haritu ayah aku gatal badan mak aku boleh pergi call makcik tu. Cakap perempuan tu hantar. Memang marah la ayah aku takkan gatal badan pun sihir… Kalau betul ayah aku terkena, cara alternatif lain yang berlandaskan Islam kan ada… Kenapa sampai nak pergi kubur? Hmm
Mak aku solat semua tak tinggal. Selalu berzikir. Solat sunat dia buat tapi satu ni ja yang lacking. Aku takut kalau dia tergolong dalam golongan yang mensyirikkan Allah. Dosa tu berat sangat… Aku banyak kali nasihat mak aku dari dulu sampai sekarang. Sampai menangis aku merayu dia tetap dengan pendirian dia. Aku rasa dia susah nak terima sebab makcik aku dulu terkena jugak sampai jadi gila sekarang. Lelaki yang suka makcik aku tu jumpa family mak aku dan mengaku yang dia sihirkan makcik aku sampai jadi gila sebab tolak cinta dia. Jadi, dia grow up dengan mentaliti macam ni.
Tolonglah aku, apa aku perlu buat? Aku selalu doa supaya Allah beri hidayah dan lembutkan hati mak aku.
Wujud ke cara perubatan Islam yang gunakan tanah kubur? Aku yang tak sealim mana pun tak percaya. Mak aku bangun malam tahajud semua tapi dia still percaya benda ni.
Semakin hari mak aku semakin taksub… Apa2 dia akan call akak tu tanya pasal benda yang dia tak tahu. Sampaikan aku dengar dia cakap kalaulah saya suruh akak 'tengok' dulu either suami saya patut buat akaun FB ke tak kan tak jadi macam ni. Aku sayang mak aku. Aku taknak sebab satu benda kecil ni semua amalan mak aku tak diterima Tuhan… Aku perlukan pendapat korang… Tolong aku…
– Anak
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
mungkin kena cuba ubatkan emaknya pulak. mana lh tahu dia yg terkena dengan bomoh tu. sbb tu smua ckp bomoh tu dia pcaya.
#sekadarpandanga
Elok bagitau ayah..as suami,maybe ayah boleh buat something.
Senang buat duit. Khurafat dan tahyul, memang orang percaya.
Bila kita cakap sikit, kata tak percaya perkara ghaib. Ghaib tu macam mana? Nabi pun tak ada kuasa melainkan Allah beri, inikan pula entah siapa² mengaku itu ini.
Tahyul oh tahyul.
Kena tanya ustaz
Pasang CD ustaz tentang syirik/bomoh kuat2
Ustaz Eri Abdulrohim antara perawat islam. Dia pesan ingatlah ya.
1)jika kita datangi bomoh kemudian bertanya itu ini, namun tidak mempercayai kata bomoh itu, maka 40hari 40malam ibadat dan amal kita tidak diterima Allah
2) kita datangi bomoh kemudian mempercayai katanya. Maka murtadlah kita.
Jika mau ikhtiar. Ikhtiarlah dgn ruqyah yg berpandukan al-quran dan hadis. Yg mengguna ayat2 Al-quran sbgai ubat untuk menyembuhkan sesuatu penyakit. Bukan dgn percaya pd kata2 perawat bulat2. Anything boleh pm sy. InsyaAllah sy blh share sikit2 yg sy tau.
Ni hadis hasan . bukan kata ustaz..ni kata rasululullah dlm jami’ tirmizi dan muttafaqunalaih
Ada typo ke? Namun mempercayai bomoh atau tidak mempercayai bomoh?
means yg pertama tu hanya jumpe tpi x mmpercayai =xditerima amalan
no 2 tu jumpe dan percaya =murtad
betul ke mcm ni mksudnya?
Takde typo. Betul tu dia tulis tapi confusing sikit. Maksud dia yg pertama tu, kalau kita pergi jumpa bomoh WALAUPUN kita tak caya (contohnya saja syok2 pergi nak try. Ala, saja2 je test), maka tak diterima ibadah 40 hari tu
Tapi kalau percaya, murtad terus
Ibarat macam kita pergi China, jumpa la kedai tukang penilik nasib, kita tau benda tu salah, tp saja je nak pegi jugak tilik nasib tp xnak percaya pun. Tu kira dh membelakangi Allah, sifat manusia ni hati bolak balik, bila bomoh ckp itu ini hati tu akan terkesan dan terlari juga dari keyakinan kita pd Allah, jd was2.
Tntg sihir2 ni…cuma sis cri ustz yg buat rawatn islam…refer diorg tngk betul ke ad brlku sihir dlm fmly sis..
Untk perubhan mak sis…rsenya elok sis p jmpe sndri dgn makck tu direct tnya ap ..klau die nak duit tu..sis pkir la cra cmne yg pnting mak sis trkeluar dri taksub ni..
Stu lgi…sis kne cri org yg stu level dgn mak sis untk tegur die…kte anak ni kdg2 pyah nk tgur ibu bapa walaupn dh pkai mcm2 cra…sruh datuk/nenek belah mak sis nsihtkan ke…ayah sis nsihtkan ke..atau siap2 yg mak sis respect slain dr makck tu..
Wallahualam
Huihh bahaya le jumpe makcik bomoh tu sengsorg..buatnye di bomohnye bdk tu ikot ckp die..lagi haru. Bkn bleh pecaye sgt pon bomoh2 ni. Kdg2 org sakit sikit je tpi lps jumpe bomoh lagi teruk
Pasai pa?dia dok lepaskan ‘belaan’ die kat org tu. Huihh mintak dijauhkn laa.
Klu sampai guna tanah kubur ni kebiasaan mmg makcik tu ada guna khidmat jin.
Jin dan syaitan ni mmg suka laga2kan sesama manusia utk bermusuh jadi hati2.
Cuba slow tak dgn ayah cik. Bincang baik2.
gatal2 sbb disihir tu biasa dgr.. it’s real
Padam ja no makcik tu dari fon mak awak.. 1 ja sy boleh cakap,berubat kaedah ni mmg ikhtiar tp klau org ‘bomoh’ ni cas mahal2 bkn mcm org kata sdekah seikhlas hati,maknanya awak kena tipu la.
Saya dh lalui semua ni. Mak ayah saya disihir. Boleh pm sy kalau nak tau apa2 mengenai benda2 ni.
Moga video ni sedikit sebanyak membantu confessor tentang peramal sihir/bomoh/dukun .
https://youtu.be/yjj2irLa2jM
Cuba alih perhatian mak sis dr mcik bomoh tu ke perubatan islam. Kata la kt mak sis yg perubatan islam ni lg power. Xyah byr mahal2. Baki duit tu mak bleh beli handbag bla bla blaa.. tp make sure da jmpa la tmpt perubatan islam tu. Lg 1. Xtau bleh buat ke x. Hihi. Psg je cd ruqyah kuat2 dlm rumah. Mana la tau mak sis jgk sbnrnya kena bomoh2kn oleh macik tu.. klo da smpai 5k dia mntk. Fuh. Mmg nmpk dia ada agenda la.
Try buat solat hajat…pasang ayat ruqyah ari²..klo benar ada sihir dlm uma..in shaa Allah..Allah akan tunjuk kn..try g darus syifa’..
Bomoh apa ni … sampai kekubur bagai tu dah khurafat.. nasihatkan lah mak..nak jumpa orang pun tengok la agamanya dulu .. jumpa ustaz ustaz ustazah tak pe la jugak yang amal Quran Sunnah..kadang ustaz ustazah jadian pun ada kena hati2.. mengarut je nak p kubur bagai.. orang ikhlas tak letak harga ribu..x lerak harga lansung itu btul ikhlas..macam sedara yg saya kenal..kalau nak sedekah p sedkah masjid dgn ikhlas ..mintak dengan ikhlas pada Allah..dia tlg ikhtiar je..itu baru betul..ini berubat nak ke duit ni aku tak berkenan..takut guna jin setan je..dia yang keliru dok kata wali bagai. Sekian.
Waalaikumussalam. Bagus sharing dr confessor ni sbgai nasihat n tauladan utk semua. Mmmng antara mslh besar dlm msyrkt melayu trlalu percayakn orng sebegini yg konon ade ilmu special brkaitan bnde2 ghaib, pndai brubat bnde ghaib etc. Klw konon bleh tau ms depan/jodoh etc pe sume tu mmng nmpk sgt mencurigakan. N biase nye bnyk mslh bile org mngadu akan djawab sbgai ade org sihir. Sume bnde jd sihir. Pdhal mslh normal dlm kehidupan, atau mslh psikologi etc. Pstu menimbulkan syak wasangka kpd sesama Muslim. Mula la timbul mslh lain plak. Orang yg bersalah menjadi mangsa. Untuk isu ini, sy cadangkan spy mak saudara/saudari dibawa utk mndapatkn khidmat kaunseling dr mana2 pakar kaunseling/psikologi yg bertauliah. Terima kasih.
Sbb kurang ilmu agama.. Soh ayah bwak mak sama2 g ngaji kat masjid.. Nak lg best hari2 buat taklim kat rumah..
Cuba usahakn hubungi Darussyifa…diasaskan TG Haron Din..perubatan islam sluruh msia..
Mohd. Izzuddean hmmmmmmmmmmmmmmmmmmm… Macam sama je storyline
Gatal badan kata kena sihir. Satgi pening kepala kata kena sihir. Demam sikit kena sihir. Dah tu sebelum ni tak pernah gatal badan ke. nak kahwin, bomoh tu scan dulu. Nanti bomoh tu cakap boleh berhubung secara batiniah.
Pernah lalui pengalamn macm ni..minta confessor pm saya berkemungkinan”makcik” tu orang yg sama.dia yg bomohkan mak awak supaya tksub n ikut cakap dia dri ckp fmly sndri..kesudhanya dia pegunakan mak awak utk dpatkn duit mcmana pernh belaku dlm fmly sya dan org lain..dah bnyak duit kita bagi..dia senyap pastu dia cari mangsa lain pulak..