Assalamualaikun dan hai. Aku Jee berumur awal 30 an. Terima kasih jika admin siarkan cerita ini. Harap boleh dijadikan pengajaran.
Aku bekerja di kawasan kampung dimana kawasan sekitar aku bekerja berkongsi dengan bangunan pejabat yang lain. Maknanya satu kawasan berpagar tetapi dua organisasi yang berbeza. Aku bekerja dengan kerajaan negeri manakala bangunan satu lagi dengan kerajaan persekutuan.
Cerita ni mengenai makcik K. Makcik k ni kerja di bangunan sebelah. Dia asalnya memang biasa-biasa tapi mulut dia yang luar biasa. Panggil orang dengan panggilan yang tak sepatutnya. Contoh, ‘penyapu buruk’. Dan yang aku perasan dia ni ada penyakit hati.
Dia tak boleh kalau orang buat baik untuk orang lain. Dia mula macam gelisah, dan keluarkan perkataan tak sepatutnya dari mulut dia. Contoh, ‘kau rajin sangat basuhkan bontot orang’ (masa ni aku tengah tolong basuhkan kantin yang kena banjir disebabkan akak kerja kantin mengandung). Lepas tu ada lagila sambungan ayat dia yang menusuk kalbu. Aku tak layan sangat, cuma aku jelaskan baik2 dan bagi nasihat.
Makcik K ni antara orang yang popular dalam kampung sebab suami dia orang berjawatan dalam kampung. Dan atas sebab itu lah kalau nak gunakan kawasan tempat dia bekerja tak boleh sesuka hati walaupun tanah bangunan tu tanah hak dibawah jabatan aku. Dia dikira menumpangla. Makcik K akan bising jadikan alasan nanti takut bangunan dipecah masuk dan macam-macam alasan tak masuk akal.
Sampaikan kalau nak buat aktiviti hatta nak bagi menteri parking kat dalam kawasan tu pun kitorang kena pikir 3 hari 3 malam macam mana caranya untuk bagitahu supaya tak menggores perasaan dia. Makcik K ni sebenarnya bukan bos pun, dia hanya pembantu sahaja tetapi dialah bos segala bos. Kalau tak kena kat mata dia siaplah dia keluarkan ayat yang tak sedap didengar.
Sampaikan dia boleh marah ex bos aku tahun lepas hanya sebab ade pelajar buat program bersama jabatan dan bersihkan kawasan sekitar dan termesin rumput kawasan dia. Sampaikan dia marah dan langsung tak bertegur sapa lagi dengan ex bos aku sampaila ex bos aku pencen.
Cuma mulut puaka makcik K ni makin menjadi-jadi bila dia masuk campur urusan jabatan aku. Jabatan aku sebenarnya ada tukang kebun kita panggil dia Kak Z. Kak Z ni orang susah memang punca utama mata pencarian kerja dia buat ni lah. Kak Z ni dapat jadual baru dari bos baru aku.
Secara kebetulan semasa dia bertugas jadual tu ada diluar jadi makcik K ni datang tengok terus membebel- bebel cakap bos baru aku ni macam kejam bagi jadual kerja yang teruk macam tu. Kak Z ni jenis diam je, dia dah faham jadi dia biarkan jela makcik K membebel.
Ingatkan sampai situ sahaja. Rupanya makcik K mengadu pada sorang staff jabatan aku. Ape yang dia mengadu tu?
Dia cakap Kak Z marah bos aku bagi kerja yang terlalu banyak, sampai kononya Kak Z nak berhenti kerja dan lebelkan bos aku ni zalim. Sampai dia kata Kak Z doakan benda tak elok jadi kat bos aku. Hebatnya makcik K. Silapnya staff yang dia pergi mengadu tu jenis jujur dan amanah dan memang sangat dipercayai oleh aku dan bos.
Atas sebab dia taknak buruk sangka dengan Kak Z maka maka bermulalah soal jawab antara Kak Z, makcik K dan bos. Tanya secara individu. Dan jawapan aku dengar dari kak Z dia takde merungut tentang kerja, takde mendoakan yang tak baik pasal bos aku. Bila tanya makcik K, makcik K betul ke kak Z cakap macam tu dengan selamber je jawab ‘aku saje je tokok tambah cerita tu’. Ko rasa??
Dipendekkan cerita maka hari ni tadi berlaku perang mulut antara bos aku, bos makcik K dan makcik K sendiri. Sebab bos aku terus report bos makcik K. Makcik K langsung tak mengaku yang dia cakap macam tu tapi dah tuduh staff yang dia mengadu tu dan aku yang buat cerita.
Depan aku bersaksikan kak Z tadi dia cakap dia dendam dengan aku sampai bila-bila. Aku tak kisah pasal dendam tu tapi aku tak boleh terima orang yang fitnah orang lain. Orang yang melaga-lagakan orang lain.
Lepas tu sikit-sikit gaduh dengan orang petik nama suami dia. Kengkonon biar orang takut. Almaklumla suami dia orang kuat politik kat kampung. Aku rasa laki dia baik je, lembut dan senyum bila jumpa walaupun jenis tak banyak cakap.
Orang yang macam ni apa yang dia dapat ya? Kepuasan ke? Sebenarnya banyak lagi kes yang makcik K ni buat sampai ada staff dia yang taknak datang kerja. Sampai aku pun pernah kena maki hamun depan masyarakat disebabkan mulut puaka dia yang suka cakap bohong dan mengada-adakan cerita.
Untuk makcik K dan seangkatan dengannya. Hidup ni singkat je. Kenapa kita mensia-siakan peluang untuk benda- benda tak berfaedah macam ni. Tak takut dosa ke? Kenapa suka orang keliling benci dengan kita. Kenapa tak muhasabah diri kalau dah tahu ada orang yang tak suka kita. Asik diri sendiri je yang betul. Dah terbukti salah tunding pulak kesalahan pada orang lain.
Please jangan malukan suami makcik. Orang kata isteri ni cerminan suami. Saya tak marah, tapi saya berharap suatu hari nanti makcik K sedar dan berubah. Semoga kita sama- sama menjaga silaturrahim sesama manusia.
– Jee (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit