Mak…..kau syurgaku
Bukan senang seorang wanita yang bergelar emak membawa kandungan selama 9bulan. Sedaya upaya menjaga kandungannya agar selamat dan sihat.
9bulan orang dalam perut mak,
9bulan mak bawa perut mak yang sarat.
9bulan mak resah dalam gembira menanti kelahiran anak bongsu mak.
Segala kelengkapan untuk orang mak telah sediakan walaupun tidak semewah mana.
Hari demi hari, bulan demi bulan..
Makin hari makin memberat kandungan, dan kandungan itu dibawa
ke mana-mana, tidak pernah sedetikpun ditinggalkan.
Emak makin hari makin lemah, kadangkala emak pening, ada masanya emak tak larat…tapi emak tidak pernah mengeluh atau marahkan si anak dalam kandungan, malah semakin hari semakin kasih. Itu semua pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu.
Tiba hari dinanti, mak sakit bukan kepalang.. Ye, bukan mudah.. Melahirkan zuriat ibarat bertarung dengan maut.
Allah tidak akan bagi pahala syahid jika
perjuangannya kecil. Mereka mempertarungkan nyawa untuk kita.
26 Disember 1986, jam 3pagi aku dilahirkan.
Alhamdulillah mak selamat melahirkan orang. Terima kasih mak..
Pengorbanan emak tidak hanya setakat itu.
emak akan berjaga sepanjang malam untuk menyusukan orang.. Tidur emak sering terganggu kerana tangisan kelaparan orang dan kerana lampin orang basah..
Selagi luka jahitan tidak sembuh, selagi itulah sakit takkan habis. Sakit menyusukan orang dan puting luka berdarah demi nak bagi yang terbaik untuk orang.
Kasih sayang emak terserlah lagi…ketika badan orang penuh najis
kerana kencing dan berak, emak menghadiahkan ciuman kepada
orang. Mengapa anak dalam keadaan busuk itu dicium juga?
Kerana di hati emak ada cinta yang amat mendalam.
Andai masa boleh diundurkan, tak akan sekali orang menyusahkan mak. Apatah lagi bila dah berkeluarga, macam-macam benda nak difikirkan. Penat dan lelah. Rupanya inilah yang mak rasa masa orang kecil dulu. Orang minta itu ini tanpa perasaan, mula merajuk dan menangis bila kemahuan orang tak dituruti.
Mesti mak dan bapak susah hati. Asyik fikir macam mana nak cari duit nak besarkan anak-anak. Terlalu berat mereka tanggung. Ya Allah, rasa menyesal pulak sebab dulu suka minta itu ini dengan mak dan bapak. Mak besarkan orang dengan penuh kasih
sayang. Mak melayan orang penuh tabah dan sabar. Apa saja kemahuan orang mak turuti, mak penuhi walaupun kita bukan hidup mewah.
Orang masih ingat dulu-dulu mak buat pelbagai kueh untuk dijual. Orang selalu tolong mak walaupun tak seberapa. Berapa sangat lah pendapatan bapak yang ketika itu hanyalah pesara guru. Orang tau, hasil kueh yang mak jual itulah yang mak hulurkan untuk orang belanja di Sekolah. Itulah pengorbanan seorang insan yang bergelar emak.
Biar penat,
Biar letih, segalanya dilakukan ikhlas demi memenuhi keperluan anak tercinta.
Ya Tuhan… besar jasa emak, mulia hati emak. Semakin orang menginjak dewasa, semakin banyak orang melukakan hati emak. Ye, orang akui orang memang degil dan keras kepala..
Apatah lagi orang sering melawan kata mak. Namun sedikit pun tidak ada perasaan bersalah dalam diri orang. Betul kata orang, anak yang meningkat remaja susah untuk difahami. Mudah terpengaruh dengan kawan-kawan dan sering mengikut kata hati.
Mak… Andai masa itu boleh diputar, orang tak nak lawan cakap mak, orang tak nak buat mak menangis sedih.. Orang tau orang bukan anak yang baik masa tu. Orang sering mengikut kata hati.
Alhamdulillah keputusan spm orang agak elok dan melayakkan orang untuk sambung ke peringkat yang lebih tinggi. Tapi orang tak minat untuk belajar. Semuanya kerana salah memilih kawan..
Kerana kawan, orang kecewakan mak.
Kerana kawan, orang hancurkan harapan mak untuk lihat orang berjaya.
ya, kerana kawan…
Maafkan orang mak…
Memasuki alam pekerjaan merupakan saat mencabar bagi orang.
Dan saat itu baru orang mulai sedar bukan mudah untuk mencari duit..
Gaji pertama orang, Alhamdulillah orang mampu hadiahkan mak telefon bimbit. Mak suka sangat. Mak suka membaca terutama buku-buku agama. Sebab itu setiap kali orang ada duit lebih, orang tak pernah lupa untuk belikan mak majalah-majalah agama.
Setiap kali gaji, orang tak pernah lupakan mak.
Mak…. Mak ingat tak orang pernah belikan mak set pinggan mangkuk yang mak berkenan sangat. Orang rasa bahagia sangat dapat belikan apa yang mak suka.
Usia semuda 21 tahun orang menamatkan zaman bujang. Saat itu, orang rasa terlalu
sebak kerana orang akan pergi mengikuti suami. 6 bulan orang bergelar isteri, orang disahkan mengandung.. Ya Allah, orang rasa terlalu gembira dan teruja. Tambah gembira apabila orang mengandungkan anak kembar.
Emak lah orang pertama yang orang khabarkan berita ini. Trimester pertama orang lalui dengan sangat sukar. Alahan orang sangat teruk dan kuat sehingga tubuh badan orang lemah tidak bermaya. Sering muntah semula apa yang dimakan. Pening, loya, demam semua sudah sebati. Allahuakbar , seksanya ….
Saat itu baru orang sedar dan terfikir, “macamni rupanya mak mengandungkan orang dulu”.
Mak……. Ampunkan dosa orang…..
bukan senang rupanya membawa perut yg sarat kemana sahaja kita pergi.
Badan sering lemah dan sakit, kaki sering lenguh.
Tubuh yang asalnya kurus dan cantik berubah. Badan semakin berisi, muka makin tembam..
Bila berdiri terasa lenguh, bila terlentang
terasa menyesakan dada, setiap
bahagian tubuh hanya mampu bergerak lambat.
Alhamdulillah orang dapat suami yang banyak membantu.
Saat ditunggu tiba, doctor cakap bukaan dah 5cm. Tapi orang terpaksa melahirkan kembar melalui
caesarean (pembedahan) kerana bayi kembar berada dalam kedudukan 69.. Terasa ngeri ketika diberitahu yang orang akan dibedah.
Hati risau, perasaan tidak keruan.. Pelbagai andaian yang bermain difikiran.
Orang dibius separuh sedar.
Ya Allah, nyilu saat pisau ditoreh diperut. Seksanya orang rasa. Saat tu terus orang teringatkan mak.. macam ni rupanye rasa melahirkan. Mak lah org yg paling risau masa tu.. Mak juga lah yang menemani orang siang malam saat orang tak mampu bangun kesan dari caesar…
Sekali lagi orang diuji apabila kembar terpaksa dimasukkan ke nicu kerana pramatang.
Tapi semuanya orang lalui dengan tenang kerana mak sentiasa ada memberi tunjuk ajar dan dorongan.
Mak jaga orang semasa pantang dengan sangat sempurna. Betul, memang tak
terbalas jasa emak.
Sehinggakan anak kembar orang terlalu rapat dan sayangkan atoknya.
Tanpa mak mana mungkin anak orang iaitu cucu kembar mak mampu menghafal ayatul qursi seusia 3 tahun dengan lancarnya. Mak sentiasa ada disamping anak kembar orang ketika orang terlalu sibuk dengan urusan kerja.
Benar, jasa mak memang tak terhingga.
Sekali lagi orang disahkan mengandung ketika usia kembar menginjak 4tahun.
Air muka mak gembira bercampur bimbang. Bimbang kerana cucu kembarnya mungkin terabai. Tidak mak, mana mungkin orang abaikan si kembar.
Tanggal 28 mac 2012, sekali lagi perut orang ditoreh… Ketika tu, orang dibius separuh sedar. Hanya bayangan muka mak yang kerap orang nampak. Memang orang tak pernah merasa bagaimana sakitnya melahirkan secara normal seperti mak lahirkan orang, tapi melahirkan secara
caesarean (pembedahan) juga sudah cukup
seksa dan perit untuk orang rasai. Hanya Allah yang tahu. Alhamdulillah orang selamat melahirkan seorang lagi bayi perempuan.
Mak jugalah yang menjaga orang ketika orang dalam pantang. Terima kasih mak..
Mak, andai dulu orang tau erti sakitnya melahirkan zuriat, sudah tentu orang tak kan pernah buat mak sedih.
Mak, orang rasa banyak dosa orang terhadap mak..
Satu hari tu, mak datang rumah orang. Mak bawakan 3 batang aiskrim bandung buatan mak untuk 3 orang cucu mak. Entah kenapa masa mak nak balik, orang rasa sayu sangat. Sedangkan jarak rumah mak dan rumah orang tak jauh.
Pada hari sabtu tu, mak ajak orang dan suami pergi makan nasi ambeng di riverstone resort. Mak juga beria ajak kak ngah ikut sekali.. Mak nak belanja katanya. Orang turutkan keinginan mak untuk makan nasi ambeng. Orang tengok mak seronok sangat. Mak ceria. Malam tu mak bagi duit
seratus seorang pada cucu kembar mak. Semakin orang hairan apabila mak turut bagi orang duit.
Keesokkan harinya, ahad. Mak lagi sekali beria menyuruh suami orang hantar mak ke tesco dan giant.. Mak kata nak beli almari. Orang hairan, kenapa mak sibuk nak beli almari sedangkan almari sedia ada masih elok. Sekali lagi keinginan mak orang turutkan. Memang benar, mak beli almari.
Untuk makan malam, mak hanya masak sardin dan telur dadar. Mak makan berselera sangat.
Orang terlalu penat dan terlelap sehingga terabai solat isyak. Orang tersedar pukul 11 malam, orang terus ambil wudhu dan tunaikan solat isyak.
Usai solat, handfon orang berbunyi. Hairan kerana mak yang telefon. Mak hanya cakap ” tolong mak fatihah”. Suara mak seperti orang semput.
Orang gegas berlari ke tingkat atas. Di bilik mak, orang lihat mak duduk bersandar di
kepala katil sambil mengurut-urut dada. Orang tau mak tak ada sakit jantung. Mak cakap, dada mak sakit sangat. Orang urut- urut dada mak… Orang bagi mak minum. Mak cakap “mak nak mati dah ni”. Orang panik terus menangis. Mak sempat suruh orang telefon abang andak yang ketika itu dalam perjalanan dari kelantan ke kuala lumpur atas urusan kerja.
Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar hanya kalimah Allahuakbar yang mak kerap ucapkan. Mak lemah, tangan mak sejuk, dahi mak berpeluh. Mata mak tertutup rapat….
Mak………..
Orang terus panggil suami orang yang ketika itu tidur. Sehingga ambulance sampai dan mengesahkan bahawa mak dah tiada, orang terduduk saat tu.
Innalillah..
Allah, aku masih perlukan mak aku..
Aku masih inginkan mak aku.
11 mac 2013 jam 12.02 mak pergi untuk selamanya..
Sungguh mudah pemergiaan mak.
Kalaulah orang tau itu adalah malam terakhir
orang bersama mak, orang tak kan lepas dari memeluk erat mak..
Sementara menunggu hari cerah, orang tak henti-henti membaca Yasin dalam sendu tangis. Macam tak percaya pun ada. Anak kembar orang pun turut menangis. Terlalu sayang mereka berdua pada mak.
Mak… Saat tubuh mak terdiam kaku tidak lagi bernyawa, orang memandang mak dengan penuh sayu. Orang berharap itu bukan jasad mak. Bukan mak….
Tapi orang tau Allah lebih sayangkan mak.
Tiba masa memandikan mak, hati orang bertambah hiba.
Memang sepatutnya anak-anak yang harus memandikan jenazah mak dan ayah,
tapi orang tak kuat mak.. Melihat tubuh mak, orang menangis lagi. Maafkan orang mak… Orang tak sanggup nak terus mandikan mak. Biarlah kakak-kakak yang mandikan mak.
Saat mak siap dikapankan, hanya bahagian muka dibiarkan untuk keluarga terdekat menatapi buat kali terakhir. walaupun itu tatapan kali terakhir, wajah mak saat itu
tidak dapat orang lupakan sehingga kini. Orang gagahkan diri, menahan air mata yang gugur untuk orang mencium mak buat kali terakhir.
Sekali lagi air mata orang mengalir deras tika melakukan solat jenazah untuk mak.. Allahuakbar, sungguh orang tak sanggup kehilangan mak untuk selamanya.
Tiba masa mengebumikan jasad mak, orang menangis semahu-mahunya seperti anak kecil.
Orang nak mak…
Orang masih perlukan mak dalam hidup orang. Orang sayangkan mak…
Talkin dibaca, ia bukan untuk jasad yg dikebumikan, tetapi sebagai peringatan yang ditinggalkan bahawa kita juga akan seperti mereka…
Bismillahhirrahmannirrahim.
Maha suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa.
Maha suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Maha suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang maha besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.
Wahai SAYA Binti IBU SAYA,
wahai SAYA Binti IBU SAYA,
wahai SAYA Binti IBU SAYA,
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai SAYA Binti AYAH SAYA,
apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Binti AYAH SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.
Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah
tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap kalimah “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah“.
Wahai SAYA Binti AYAH SAYA, tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Binti AYAH SAYA, bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah
benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya,begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akanmembangkitkan semula orang-orang yang didalam kubur.
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada-Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.
Sungguh perjalanan sebuah kehidupan diakhiri dengan sebuah kematian. kita merancang, Allah pun merancang. Tetapi sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah….
sudah sampai saat dan ketikanya kita harus merelakan segalanya. Kerana tiada apapun yg kita miliki didunia ini. Segalanya hanya milik Allah.
mak, orang dengki bila tengok orang lain masih ada mak..
Orang dengki bila lihat orang yang lebih tua usianya dari mak, masih sihat berjalan.
Orang dengki bila tengok orang tua yang sering sakit tetapi umurnya masih panjang.
Ye mak, orang tau bila sudah tiba waktu kematian seseorang itu, maka kita tak akan dapat lari daripada ajal. Jika Allah telah menetapkan kematian seseorang maka tiada suatu pun yang akan melewatkannya atau
8mendahulukannya.
Firman Allah bermaksud:
Katakanlah, sesungguhnya
kematian yang kamu lari daripadanya pasti akan menemui kamu. Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
(Surah al-Anbiyaa’: ayat 35)
Tapi hakikatnya hati orang sakit untuk terima kenyataan walaupun orang tau berdosa mempertikaikan apa yang ditentukan Allah. Orang redha pemergian mak..
Setiap kali orang kirimkan doa untuk mak, orang pasti menangis ibarat anak kecil.
Orang tahu memang tak elok meratap dan menangis mengenang orang yang dah takde, tapi bagi orang hanya itu je cara untuk orang lepaskan rasa rindu pada Mak.. Dan lepas menangis orang akan rasa lega.
Mak… Setiap kali orang balik rumah mak, terasa seolah-olah mak masih ada.
Kadangkala kain batik lusuh mak menjadi peneman tidur orang.
Mak…
Setiap 26 disember besday orang, mak xpenah lupe. Tp dah 3tahun orang lalui tanpa mak. Orang rindu mak..orang tunggu pukul 3pagi, orang tengok handfon… orang teringat yg mak akan mesej orang pukul 3pagi setiap kali besday orang, sebab pukul 3pagi mak selamat lahirkan orang.
Mak… terima kasih sebab tumpangkan perut mak utk orang, terima kasih sebab bertarung nyawa melahirkan orang, terima kasih sangat-sangat sebab menyusukan orang… Jasa mak, belum tentu orang dapat balas. Hanya doa yang orang kirimkan setiap hari.. orang terlalu rindukan mak..kadang-kadang terasa seperti mak ada.. Terdengar-dengar suara mak.. sumpah mak, orang teringat pada mak setiap hari… Setiap hari orang akan tengok video dan gambar mak… orang rindu suara mak…rindu sangat. Kain batik yang selalu mak pakai tu org simpan..tp takda bau mak dah… aiskrim yg mak buat
ari2 sampai skrg masih ade dlm peti.. ank orang nk mkn pun orang tak bagi. Orang pun tak tau la sampai bila orang nak simpan aiskrim tu. macam mimpi, tapi realiti.Orang dah tak ada mak.. Tak ada bapak…
Orang rindu sangat pada bapak..rindu mak…
– qiss khairi
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit