Mak nenek

Salam, aku gadis berusia 20 an.. Cerita aku ni mungkin agak kelakar tapi kesannya sgt mendalam dlm diri aku.. Aku sering digelar kakak atau makcik hanya kerana muka aku yg tidak sepadan dengan usiaku.. Wajahku tidak cerah dan tidak gelap, biasa je.. Berjerawat sikit2.. Badan pun kurus dan tinggi..

Pergi mana2, mesti orang akan memanggil aku dengan gelaran mcmtu.. Kadang, makcik yang bawak anak kiri kanan pun pggl aku kakak.. Watdafish??

Setiap kali nampak jodoh, aku cuba buat muka paling comel dan senyum paling lebar boleh aku buat.. tapi dipanggilnya aku kakak.. Terus rosak mood.. Dah selalu sgt camtu sampai aku takda keinginan nak bercinta..

Pesanan dari aku buat semua rakyat Malaysia, janganlah menilai daripada luaran.. Muka makcik ni mungkin boleh membahagiakan kau dan memberi zuriat yang comel lote..

– Insan biasa

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

43 Comments

    • Eake?? Taw x bp byk dh kjadian jenayah berlaku yg mangsany byk wanita yg xkire usia??? Nenek disamun drompak, bayi dcabul,kanak2 drogol, wanita dbunuh.. jenayah xkire siapa.. pgilan mcik jgk xbole nk elak dr terjadi..

    • Zatil H Mat A’isa mengurangkan kadar kemungkinan je kak. bkn takde langsung. yela, kalau cantik2 kan org dengki lah, penjenayah suka sbb nampak lemah lembut sopan santun gitu. nak2 jenis muka budak2 cecomel je.

  1. haha relax la doe. aku pn doploh gak biasa je org panggil “akak”. kalau rasa nk nmpk hadik2 ce try dress up muda mudi sikit.. warna2 org muda yg xnmpk mcm mak cik la..

  2. Haha i feel u sista..sendu jap bila ‘jodoh harapan’ panggil kak..kah3 nenek je belom lg.. mungkin ko boleh pakai tag umo ko siap2 bile jumpe org..hehe tp aku xpernah buat lgla..aku da tahap terima hakikat dah..

  3. Hahaha abang cashier panggil ‘akak’ sebab lupa amik duit baki pon dah rasa nak sebak. Kalau pnggil ‘makcik’, mahu nya meraung terduduk dkt bucu kaunter dia. Agak-agak lah bang. Boleh trauma ni.

  4. Sy pon sedih,. Dulu2 org selalu panggil sy makcik sbb fizilal sy yg mcm makcik2… time tu br sekolah menengah kot muka sy pon baby face!
    Tp skang ni hairan plak sy dah berusia 30an… semua org ingat sy lebih muda dr usia sy… dah 30an tp org ingat br 1st year… or umur lingkungan 20an je…

  5. Saya pun lebih kurang je. Hahaha. Ingat lg masuk dftar degree kat uia. Ada yg ingatkan hakak senior. Paling xleh blah dpt soalan, “Akak mesti dh kawin kan?”
    Kalau kat kg lak bila dukung anak sdare, org tanya, “Ni anak nombor berapa?” punah musnah harapan ku.

  6. Fatihah Adam..baru bercerita semalam..orang yg senasib dengan aku nie. cool la sis..sy umur 12 tahun g pasor org jual panggil kak..sekrng da xkesah nk pnggil nenek pon boleh ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *