Mak Tak Guna

Aku baru je lepas mengamuk dengan 6 orang dalam rumah aku ni. Anak aku 5 orang. Jadi paham sendiri la sape orang ke 6 tu.

Anak aku usia 7 tahun – 17 tahun (3 sek rendah, 2 sek men). Orang nampak semua dah besar2 boleh berdikari tanpa disuruh dah kan. Tapi tidak, sekarang ni aku penat. Penat yang amat sangat.

Selama ni aku kurang berleter, aku cakap elok2 je. Sebab laki aku tak suka dengar aku berleter. So aku ikutkan. Kalau nak suruh anak ape2 pun aku suruh sekali je. Selebihnya suami aku tegur. Kalau time laki aku takde gi keje, terlepas jugak sesekali aku berleter.

Aku surirumah yang bekerja part time dari rumah. Rutin aku seawal pukul 3 pagi. Kadang pukul 1 pagi aku dah bangun. Sebab aku tido lepas maghrib.

Mata aku dah tak tahan sebab aku tido dalam 5 jam je. Jadi sebab tu aku tido awal. Kadang aku tunggu jugak isyak kalau aku boleh tahan mengantuk.

Aku bangun awal untuk buat keje. Jadinya pukul 5 pagi start rutin kejut anak2 sebab semua anak2 aku sekolah pagi. Selama sejam lebih rutin anak2 aku bangun, mandi, bersiap, solat dan ke sekolah. Dan aku siapkan sarapan.

Yang ni ikutkan aku malas tapi aku buat jugak sebab anak no 2 aku ada masalah gastrik. Kadang2 aku suruh je dia beli kat kantin atau koperasi sebab aku penat.

Tapi sebab masalah orang ramai, dia malas nak membeli, no wonder dia gastrik kan. Kadang suami aku beli kat tepi jalan. Ok setel bab tu.

Anak2 sekolah menengah suami aku hantar selepas subuh. Anak2 sek rendah aku yang akan hantar tapi dekat je dalam 5 ke 10 minit.

Lepas setel anak2 semua keje surirumah dan part time aku buat ikut keutamaan. Tak lama aku kena ambik anak balik dari sek agama. Nanti dia siap semua sendiri.

Tapi yang jadi masalah, kadang masalah buku takde, buku belum balut, buku tak tulis nama, barang seni apa nak kena bawak, barang seni yang kena beli semua atas kepala aku. Aku kena fokus kat anak2 bila weekdays. Nasib aku dah ajar dia belek jadual macam mana nak urus.

So far okey sebab dia tak merungut dia salah bawak buku. Ni yang darjah 1. Yang lain semua aku cuma tanya2 je. Kot dorang salah hari. Tapi aku nak kena suruh semuanya. Aku rasa penat sangat.

Sebab ikutkan hati aku malas nak cakap. Tapi nanti effect masa aku jugak. Sebab aku yang kena hantar dorang ke sekolah. Puas aku ugut nanti gi jalan kaki. Sekali suruh, sekali aku mengamuk. Baru buat.

Macam pagi tadi tula aku mengamuk. Aku cakap kalau masuk bilik air, diam je tak mandi, aku siram dengan air panas. Dalam kebanyakan waktu aku tak cakap macam tu.

Tapi sebab aku penat, aku mengamuk je cakap gitu sebab aku rasa dorang semua ambik kesempatan kat aku bila aku berlembut. Actually aku garang. Tapi kalau aku cakap elok2 tak jalan 100 percent. Ada la 50 percent.

Yang sek menengah takde masalah sangat. Dorang banyak bantu aku. Kadang aku tak sempat masak, dorang tolong buatkan. Kadang aku tak sampai hati sebab dorang dah penat ke sekolah dari pagi sampai petang kul 5 baru balik sekolah. Nak jugak rehat.

Tapi bila aku terlalu penat, aku mengamuk macam dah takde hari esok. Aku kesian kat anak2 hadap perangai macam ni. Dan aku pun tak suka perangai macam tu. Takut effect perasaan anak2.

Tiap2 hari aku ulang rutin tu (hantar dan ambik anak). Yang sek men jarak sejam pergi balik pun aku ambikkan sebab suami dah hantar. Nanti petang suami ambik sek rendah/ agama yang sesi petang plak.

So far anak2 aku semua bijak. Tapi bukan la yang terpaling pandai. Dalam top 10 gitu je. Kiranya takde isu bab hantar ambik anak ni. Sebab kami 2 sama2 buat.

Otw balik sekolah, dorang suka bercerita hal sekolah dengan aku. Kalau balik dengan ayahnya pun masih lagi nak cerita dengan aku kalau sampai rumah.

Kadang aku terpaksa tolak secara baik, sebab otak aku takleh nak proses dah ape dorang nak cerita. Plus petang2 baru aku sempat masak untuk makan malam.

Tengahari kami makan je apa yang simple, telur goreng ke, ayam goreng ke. Kalau keje part time aku dah siap, aku sempat la masak.

Masa ni baru aku rasa relax sikit sebab dah setel masak awal2. Kalau masak waktu petang, aku rasa penat sangat dah. Jadi rutin aku fleksibel, tapi kadang memenatkan.

Suami aku jenis yang sangat simple, dia faham aku bz. Kadang rumah lintang pukang pun dia boleh pejam mata lagi. Dia rajin, dia tolong lipat baju. Dia rasa aku penat, dia tak kacau aku. Aku cuma perlu masak, makan sama2 dan buatkan air panas je untuk dia.

Aku mengamuk pagi tadi sebab aku rasa terlalu letih untuk semua benda yang aku kena suruh je. Tak suruh tak jalan. Benda ni jadi sesekali. Tapi akan effect kan perasaan anak2. Aku bukan nak tamak, semua aku nak. Tapi aku terpaksa.

Kalau aku tak keje aku takde duit sendiri. Kalau aku tak peduli anak2, nanti masalah sosial timbul. Sedangkan aku ‘duduk rumah’. Takkan tak sempat nak tengokkan/ didik anak2. Kalau aku tak masak nanti anak2 kebulur plak.

Kalau aku tak jaga laki aku, kang ada penyondol plak. Kata aku tak pandai jaga laki. Kalau aku nak bagi anak2 naik transport, nanti kena bayar mahal sangat. Aku tak mampu.

Tapi itula, semua benda nak buat, buat aku rasa exhausted. Sumpah aku rasa mengamuk dan marah dengan diri sendiri.

Aku cuma nak tanya, apa perlu aku buat? Untuk balance kan hidup aku ni. Aku nak jadi mak yang baik, aku nak anak2 aku bijak pandai yang terjaga perasaanya, aku nak juga jana income walau aku surirumah.

Aku masih nak jalankan tanggungjawab aku sebagai isteri sebaik mungkin. Dan jangan lupa aku kena jugak jadi supir, sebab kalau nak naik transport untuk 5 orang anak mungkin kos dalam RM800.

– Minah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Utk Puan diatas,

    saya cuba memahami flow cerita puan tapi tak berapa nak faham sbb puan tak mention part time puan tu kerjanya apa?. bagi saya, masalah puan ni boleh diurus kalau puan betul2 tahu nak bahagi masa and buat jadual, list outkan mana priority mana yang bukan, jangan crammed semua nanti rasa terbeban. cuba amalkan tick one chores at a time, instead of rasa mcm ”banyaknya aku kena buat!!!” try ubah mindset ”okay, masak dah, lepas ni ambik anak sekolah” kind of accomplishment. sebab skrg puan view semua chores ni as beban sbb tu badan puan letih sebab badan akan react on how we set our mindset. and lagi satu, jangan amalkan tidur lepas maghrib bangun pukul 1 pagi tu, sebab fitrah manusia siang kerja, malam tidur. secara saintifiknya, bila kita tidur waktu malam, hormon melatonin akan direleasekan dan buat kita rasa tenang, so esok pagi bangun tak moody. jadi, bagi saya apa yg puan perlua adjust balik ialah lifestyle. insyaallah once puan sort out betul2 jadual dan masa puan, puan akan lagi tenang. pergi la bercuti sehari dua untuk tenangkan fikiran dan reflect balik diri. semoga yang baik-baik sahaja untuk puan dan family

    • setuju 100% dengan L.

      mungkin gaya hidup Puan takngam, cuba Puan try ubah sebab ramai je surirumah yang buat part time, ambil anak dan uruskan rumah semua.
      Pergi bercuti dulu, tenangkan fikiran, balik tu Puan fikir dan ubah gaya hidup.
      waktu tidur, semua… InsyaAllah boleh ni, kami percaya Puan boleh buat, Puan kuat! cuma kena plan je betul betul jadual dan flow biar cukup rehat juga.
      kalau kerja Puan tu perlukan Puan kerja malam, mungkin Puan boleh tambah waktu tidur sejam sebelum zuhur ke (11-12pm ke kalau 1 dah kena ambil anak?)
      semoga baik baik sahaja untuk Puan sekeluarga.

  2. mama kena ambil 1 hari cuti
    pergi spa urut2 badan
    kemudian dah balik rumah
    malam2 ambil kertas buat jadual harian mama sendiri
    mama boleh, mama hebat..
    semoga dipermudahkan..

  3. Puan,

    Jadi ibu, buat benda rutin memang stress kan? Tambah kita ni nak yang terbaik- takut nak ignore sbb rosak sosial tp kita juga penat.

    Tah laa puan. I feel you. Sgt feel.

    Apa yang boleh kita buat ek? I myself in this thing and dah tak tau how to help me 😞

  4. Sy rs tt kena adjust balik rutin harian tu. Dan cuba cari masa utk me time.

    Sy juga surirumah juga anak 5, anak2 sy berumur 11y, 10y, 8y, 7y dan 18m.

    Sy pjj dengan suami. Suami balik sebulan 2x sahaja. Sy urus semua sendiri. Hantar anak ke sekolah pagi yg jaraknya 20min dari rumah pergi balik, sekolah agama yg jaraknya 10min dari rumah juga pergi balik. Sy yg ajar mengaji dan bantu homework anak2. Mana memasak, kemas dapur kemas rumah lipat baju, fuhh! Penat.

    Baby memang sy angkut kemana2 sy pergi hatta beli barang rumah. Sy juga buat kerja part time online tutoring dan research assistant. Research sy akan buat semasa anak2 dah tidur.

    Memang letih, sgt struggle urus seorang tanpa suami. Alhamdulillah anak2 sy memahami, sy kerap buat ‘circle’ dgn anak, bagitau situasi family kami dan keadaan sy yg semua sy kena urus. Time circle ni sy banyak puji anak dan ucap terima kasih byk memufahkan kerja sy sehari2. Dari situ sy minta anak2 sama2 bantu jagakan baby dan uruskan diri sendiri yg mana mereka boleh buat tanpa bergantung dgn sy.

    Sy ada reward apps juga utk anak2 dlm fon sy. Ada reward utk semua chores dan good deeds yg mereka buat secara harian.

    Me time sy, sy akan curi2 waktu free utk main games di fon atau layan drama. Atau masa memasak, kemas rumah atau sidai baju sy akan pasang lagu di spotify dan karaoke sengsorang. Kihkihkih. Kesian baby hari2 dengar suara karat mama dia. Just sharing my motherhood experience right. Sy pun tak lari dari jd singa dan masih mencuba menjadi cinderella.

    Tips dari sy mulakan hari dgn al-mathurat, in sha Allah Allah S.W.T akan mudahkan urusan kita sepanjang hari. Semoga kita semua ibu2 dipermudahkan urusan. In sha Allah besar ganjaran pahala untuk kita nanti. Aamin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *