Assalamualaikum bro and sis..
Bercakap tentang perkhawinan, penceraian dan keluarga. For sure la, aku lalui semua tu. Parents bercerai then rujuk balik. Bercerai sebab kematian arwah ibu then ayah kahwen lain… jeng jeng…
2005 Arwah ibu pergi meninggalkan kami. Abg sebagai tentera tidak ada ketika dia menghembuskan nafas terakhir, yang lain semua ada. Aku menyambung amanat beliau untuk meneruskan kehidupan di dalam sektor kerajaan.
Abang ngah, adik lelaki dan adik bongsu bertanggungjawab menjaga makan, minum serta pakaian ayah. 2 Tahun berlalu, adik lelaki dan abang terpaksa keluar dari rumah demi kerjaya. Yang tinggal hanyalah adik bongsu (perempuan) yang menjaga ayah.
Aku, mengeluarkan sedikit simpanan. Tujuanya adalah untuk ayah. Aku mengizinkan ayah berkahwin lain demi masa depan. Demi keperluan dirinya. Tak kan adik perempuan aku nak uruskan dia.
So ayah kawen lain. For sure la everything going right. Mak tiri ok, adik tiri (3 beradik) pun okay..
But lately setelah 8 tahun, sangat annoying..
Ayah tinggal bersama isteri barunya, dirumah besar itu tinggal bersama adalah 3 orang adik beradik aku dan 2 orang adik tiri lelaki.
Isunya anak sulung mak tiri aku dah kawen. Stay kat selatan, tiap kali balik kampung. Mak tiri aku be like.. "Along nak makan apa? mak masak" Then anak ketiga (adik tiri aku) dah kahwen, Isterinya be like.. bangun pagi, mandi dan pergi dapur pastu sarapan. Lepas sarapan masuk bilik, tunggu lunch lak.
Aku balik kampung be like "A nak makan apa, tengoklah kat dapur tu, suruh wife masak". Tak pun suruh adik masak (merujuk kepada adik perempuan aku)
Eh hello…. Mak tiri..
Anak sulung ko balik kampung, ko boleh masak untuk anak ko. Anak kedua ko si jantan malas kerja tu ko tak pernah bising. Siap bagi duit belanja. Bila aku tegur anak ko suruh kerja, ko cakap "Angah tu tak suka orang tegur dia macam tu"..
Eh mak tiri, abis tu nak suruh ayam itik ke tegur anak ko yang berumur 23 sihat tubuh badan tak kerja, main internet, makan, tidur, lepak, isap rokok.
Adik tiri yang last tu (baru kahwen) bini tu letak dalam frame ye, masak tak leh, kerja tak leh, makan tidur jela ye.
Yang aku sakit hati sangat sebab..
Asal kena masak, adik bongsu aku kena buat, semua kerja rumah dia buat.. Adik aku tu kerja, balik malam. Duit gaji beli barang dapur, bayar bil letrik, air, internet. Abang dgn adik lelaki aku bagi duit belanja yang sama kat ayah.
Menantu ko, duduk rumah main facebook, Anak jantan ko duduk rumah abiskan beras. Bila anak kandung ko balik, ko layan macam puteri. Bila anak tiri ko balik.. kitaorang buat semua tu sendiri.
Eh hello mak tiri, kalau semua family aku uruskan rumah tu. Anak ko boleh get lost la angkat kaki (geram lak aku).
Isunya ialah..
Kenapa ko pilih kasih sedangkan anak-anak kau tak membantu apa-apa dalam rumah tu. Adik beradik aku tak pernah berkira, duit belanja tiap-tiap bulan tak penah miss. Untuk ayah dan MAK TIRI.
Aku yang dah kawen ni pun tiap-tiap bulan kasi duit kt ayah even kadang-kadang tu 100 je. Anak ko, ada bagi apa? bila ada duit keluar makan sendiri. Tak ingat orang kat rumah. Bila adik beradik aku open table, habis satu kampung ko call ajak join.
Aku bukan berkira pasal duit beb. Aku terasa ati sebab apa anak ko buat semua betul. Anak suami ko (adik beradik aku) macam wujud tak wujud je.. Anak menantu ko layan macam raja. Anak menantu suami ko??
So sekarang aku balik kampung, duit belanja dah kasi ayah, peruntukan untuk mak tiri dah tak de.. Aku harap sangat mata ko celik wahai mak tiri.. Nasib baik mak mertua aku baik macam arwah ibu.
Zaman dulu dan sekarang mak tiri tetap zalim, cuma beza cara sahaja. Yang mana mak / bapak tiri baik tu Alhamdullilah..
p/s : Sambungan kisah : Rumah Aku – Part iv Akan menyusul minggu depan. Aku tengah otw ke langkawi ni, jangan kaco okay..
– Capital A