Mak Yang Baran

Sebelum kahwin, aku seorang yang baik, penyayang, jarang marah dan penyabar. Tetapi, selepas kahwin, semuanya berubah.

Aku ada seorang anak yang aku jaga sendiri memandangkan aku seorang suri rumah. Jadi, anak aku memang tak ada screen time, makan pun aku jaga (tak ada garam gula), hari-hari aku buat aktiviti sensory, role play dengan anak aku.

Tapi, ditakdirkan, anak aku tetap lambat bercakap. Sampai umur 3 tahun, masih belum boleh buat ayat lagi. Jadi, kena refer Dr, ST dan OT.

Budak yang speech delay akan tantrum sebab dia tak boleh bercakap. Anak aku ni sangat kuat tantrum.

Contoh, bila balik kampung, especially belah suami aku, anak aku akan menangis menjerit sebab tak biasa. Menjerit bukannya sekejap, lama, dan kebiasaannya suami aku akan pukul dia sampai dia diam.

Awal-awal, aku akan marah suami aku pukul anak aku. Bagi aku, pukul bukan penyelesaian. Tambahan anak aku kecik lagi. Tapi, bagi suami aku, pukul tu buat anak diam, maksudnya berkesan.

Dekat kampung, anak memang akan selalu tantrum, dan aku akan pujuk anak, jangan menangis nanti daddy pukul.

Mak mentua aku beritahu aku, kalau anak aku tu anak dia, dia dah perambat untuk bagi diam. Bila aku dengar mak mentua aku cakap macam ni, aku dah stress. Maksudnya orang sekeliling aku tak suka anak aku menangis, menjerit.

Lama-kelamaan, tiap kali anak aku tantrum, aku pukul dia. Mula-mula pukul atas alasan nak elakkan suami aku pukul. Lama-lama aku pukul sebab aku menyampah dengar dia menangis.

Anak orang lain elok tak tantrum, anak aku, pergi rumah orang, menangis nak mainan orang lain. Pergi laut, menangis nak mandi laut lama-lama. Pergi vacation, menangis sebab nak balik rumah.

Aku syak dia autistik, tapi Dr kata dia cuma ada behaviour problem. Aku tak puas hati, aku cari second, third opinion, semuanya kata bukan autism.

Sekarang anak aku dah 5 tahun. Budak yang tertib, dengar cakap, boleh bercakap. Tapi tantrum tu masih ada. Dan pukul anak tu dah sebati dalam diri aku. Pantang aku tengok dia tantrum, aku memang pukul dia sekuat hati aku.

Kadang-kadang aku doa biar tuhan ambik anak aku sekarang, supaya hidup dia tak sengsara. Aku rasa semua orang benci anak aku, sebab perangai tantrum dia.

Family mentua aku, bila dengar dia menjerit, mula cakap belakang, compare dengan sepupu yang sebaya. Cakap anak aku pelik, cacat, sebab perangai suka menjerit. Bila aku dengar, aku stress, aku pukul anak aku bagi diam.

Aku mak yang jahat, aku tahu, tapi aku tak tahu macam mana nak hilangkan baran aku.

– Ayu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Sama mcm adik bungsu saya. saya anak sulung dari 5 adik beradik. dulu adik selalu ikut my mom jln2 luar negeri dgn adik beradik dia. kitorg dh besar sikit so kitorg xjoin. yg bungsu ni kerap tantrum bila keinginan dia x dituruti. kalau klua berjalan mesti nak beli mainan. kalau xbeli dia akan menangis kuat2 sampai my mom beli. ktorg bukan dari family yg kaya jadi xmampu nak beli semua yang dia nak. end up my mom terduduk dkt luar kedai sbb dh xdpt nak pujuk adik. my aunties masa tu semua buat muka marah dgn adik. smpai ada yg kata ‘ nasib baik bukan anak dia. kalau anak dia, habislah’. kesian tau bila my mom cerita apa yg jadi. smpai sekarang saya msh ingat. now adik dh ok sangat. dh nak habis degree di salah satu uni di sini. dia juga seorang yg sangat memudahkan, rajin, sentiasa ada dgn family bila diperlukan. dia sanggup kerja jadi rider utk cari pendapatan sendiri & bayar yuran pengajian sendiri. my parent dh pencen dh. dia sendiri pun xnak ambil ptptn sbb xnak berhutang. masa dia skolah menengah jugak dialah yg paling rajin dan xmalu utk tlg my mom berniaga. semoga puan kuat dan dipermudahkan segala urusan. kitalah satu-satunya insan yang dapat membantu anak kita untuk menjadi insan yg berguna. dont give up, pedulikan org luar yg mengata.

  2. percayalaa. bila kerap pukul anak, esok lusa anak tak peduli pun dekat makpak dia. sia sia ja beranak

  3. Boleh jadi sebab kena pukul jadi macam tu, stop la pukul dia sekuat hati, ada cara nak rotan anak semua, jangan layan sangat. jangan doa yang pelik2 nanti awak jugak menyesal.

  4. Sy pernah baca bdk2 akan lambat bercakap kalau xde kwn2 yg baya dgn dia… Mcm adik sppu sy la, mmg lambat cakap smpai umo 3 thn bru start boleh cakap… Bila jumpa doc, doc ckp spceeh delay je nanti lama2 ok… Sbb dia xde kwn sama baya, last2 makcik sy hantar pegi tadika… Skrg kita plak geram ckp x brenti…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *