Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Thank you admin jika sudi siarkan post ini. Nama aku G dan alhamdulillah tahun ini genap 2 tahun aku bekerja di salah sebuah sektor kerajaan. Tak perlu aku spill the tea isu yang aku nak luahkan harini, hampir semua daripada kita pernah terdengar dan diwar war kan dengan sentimen pekerja makan gaji kerap curi tulang.
Sebanyak mana pun tulang yang dicuri secara halus dan kadangkala tidak dapat dikesan asbab suka menjilat/mengampu orang atasan, gaji tetap masyuukk! Namun persoalannya, halalkah rezeki itu?
Tuan tuan dan puan puan,
Bila orang tua tua berpesan ‘nak carilah kerja yang halal nak’, wah terus terlintas kerja yang halal itu bila kerja ditempat yang halal, tidak ada arak, bab*, judi, jual anak ayam, judi itu semua sudah halal. Wah, sedap perut menampung lemak mungkin kakanda/adinda sudah lupa, makan gaji dengan pekerjaan yang tidak kita buat itu halalkah akak akak?
Masuk ofis pukul 8 menyembang isu jiran sebelah rumah beli tudung RM2.5k , pukul sembilan masuk isu anak anak sekolah kena buli cikgu asbab kerja rumah banyak. Jam sepuluh ehhh berhenti minum dulu, kerja bersepah diatas meja belum satu disentuh.
Bos bagi rehat 30 minit pagi, iya logik juga terutama yang bekerja di kaunter/ cashier/ technician atau mana mana tempat yang perlukan glucose dalam darah mencukupi bagi mengelakkan insiden hypoglycemia sementara menunggu waktu tengahhari.
ehh tapi tidak bagi pencuri tulang ini, jam 10:45 masih bergelak ketawa di pantry. Ewah berlemak lemak. Bila Jam 5 buat muka tension ‘bos! harini saya OT kerja banyak tak siap lagi’ maka OT lah seminggu tiga kali, duit OT CLAIM LAGI. Wah cari duit lebih katanya, terpaksa korbankan masa buat OT. Ewaaah.
Tahun pertama saya mula bekerja, saya lihat budaya begini benar benar wujud. Bahkan genap setahun bekerja, rakan yang turut melapor diri bersama mengulangi budaya yang sama. Usai minum minum pagi, sambung menhilang tidur di surau. Recharge energy katanya, ‘alah senior senior bos sini semua tak kisah, semua orang buat’.
Ya memang bos bos kamu buat tapi why you have to follow somthing thats is not good to you. why you have to repeat this bad culture. Dahtu EL kerap kali diambil tanpa asbab munasabah. Rakan sekerja pulak menjadi mangsa menangungg tugas atas sikap yang tidak bertanggungjawab.
Tuan Tuan Dan Puan Puan,
Duit yang digunakan untuk ibu bapa/anak anak/ sanak saudara, yang akan mengalir dalam darah mereka itu. halalkah tuan tuan dan puan puan jika begini budaya kita dalam mencari rezeki? Not all workers like this tapi banyak yang begini. My parents used to be one of gov servant but they are very decipline and particular about this issue. Sebabtu kami dididik dari zaman hingusan to be decipline, be responsible to your work, jangan lari dari tanggungjawab melainkan disaat benar benar perlu.
Tuan tuan dan puan puan,
Akhir kalam, jangan fikir perut sendiri berlemak, fikir perut ibu bapa dan anak anak yang kita bagi makan. Be responsible, be decipline, we can change this! Sampai bila mahu berada di takuk yang lama? Sampai bila mahu jadi orang yang malas? Sampai bila mahu membuli orang bawahan untuk melakukan pekerjaan KITA? Sampai bila nak mengulaq tidoq, main phone dan mengurat anak orang saja? Kita dibayar gaji juga bukan?
Sekian. Terima kasih.
– Zee (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Â https://iiumc.com/submit