Budaya Makanan Melampau di Media Sosial

Assalamualaikum adik-adik semua,

Atas dasar ilmu, saya (35, wanita) kongsikan perkara ini untuk pengetahuan generasi muda di Malaysia. Saya melihat dengan serius trend Boba hunting dan food hunting yang kini semakin sebati dengan masyarakat, saya merasa risau yang amat kerana ini bukanlah cara hidup Rasulullah s.a.w dan kita agungkan demi sesuap like dan secebis view di IG story. Artikel ini untuk perhatian semua artis, youtubers, instafamous, dan insta tak famous.

Dari Aishah radiallahu’anha:

“Pertama kali bidaah yang terjadi setelah zaman Rasulullah s.a.w adalah kenyang. Kerana, sesungguhnya kaum (orang orang) ketika perut mereka kenyang mereka dikendalikan hawa nafsu mereka ke arah dunia”

Berapa ramai dari kita yang saban hari membiarkan perut kita terlebih dari kenyang? Ya saya faham kita lahir di era (dan negara) yang makanan minuman adalah berlambak lambak, kita bukan lahir di zaman Rasulullah s.a.w yang mana pernah beberapa bulan dapur baginda tidak berasap. Tetapi untuk makan berlebih-lebihan malah merasa berbangga dengan kejayaan kita mengejar sebungkus air/ sehampar food shellout, adalah sesuatu yang “next level” dalam perbuatan bidaah kita.

Ini adalah jauh tersasar dari kehidupan seorang Mukmin, dan saya minta kesemua rakyat Malaysia kembali kepada Allah swt dan Rasul. Tidak ada dalam sirah baginda Rasulullah saw perbuatan para sahabah dan baginda sendiri berduyun duyun ke pasar dan beratur lama demi mendapatkan segelas air yang trending atau pun bersafar ke mana mana lokasi yang jauh atas tujuan food hunting. Tiada.

Berapa ramai vloggers dan instafamous hari ini yang bersafar (travel) kerana teruja untuk merakam video mahupun story mereka mencari makanan di Penang di Kelantan di Bandung? Ramai. Terlalu ramai. Perkara ini ada kesan kepada hawa nafsu pembuat itu sendiri dan ada kesan kepada masyarakat yang menonton. Ia menanam kecintaan kepada makanan (secara berlebihan) and we become the society that worship food. We worship food. We are the slave of food.

Ingat kembali, keseluruhan hidup seorang muslim adalah berpaksikan kepada Al Quran dan Sunnah Rasulullah saw. Kesemua perkara di atas iaitu food hunting dan boba hunting adalah BUKAN dalam saranan baginda Rasulullah saw dalam dakwah 23 tahun baginda buat kita. Keseluruhan hidup kita seharusnya dihabiskan dalam amal dan mencari ilmu.

“Knowledge hunting”, itu yang sepatutnya kita buat (buat dan janganlah riak pula). “Pahala hunting” bagi lelaki adalah 5x ke masjid untuk solat jemaah setiap hari, malah Rasulullah saw ada kata mafhumnya kalaulah org org munafik itu tahu ganjaran bersolat Isyak dan Subuh berjemaah, nescaya mereka akan merangkak ke masjid”

Hari ini kita merangkak demi mendapat Boba supaya dapat upload di Instagram dan jadikan IG story. Manakala bagi wanita, duduk di rumah sahaja pun ada pahala macam macam . Zikir Subhanallah sambil menyapu rumah, pahalanya seperti kita menyapu lantai sekeliling Kaabah. Maaf saya malas nak cari sumber hadis hadis ini anda cari sendiri, panjang lagi nak tulis ni.

Hari ini wanita berbondong bondong keluar rumah cari makanan cari Boba dan rekod gambar makanan itu belum campur lagi rekod bunyi kita makan (memalukan!) dengan harapan ramai yang teruja tengok story kita tengok vlog kita dan makin naik lah follower kita demi sesuap duit yang bernama IG review.

Open your eyes ladies, not only are your dressing is tabaruj and luring the eyes of non-mahram, you are behaving in the manner of the kuffar where everything goes. Everything is trendy. Everything is okay. Put a stop to this already.

Before anything, maafkan saya atas percampuran bahasa. Saya membesar dengan bahasa Melayu tetap bahasa formal saya English, insyaAllah saya cuba kurangkan percampuran.

Pada wanita muslim itu perlu ada sifat malu bahawa ramai mata memandangnya, ramai mendengar hirupan air boba nya dan ramai menatap gerak geri mulut nya sedang makan objek viral. Perlu ada rasa malu. Suami instafamous sepatutnya MENUTUP wajah dan kelibat isteri dari dipandang umum. Suami instafamous sepatutnya MELARANG isteri dari menghantar video demi video yang jelas menampakkan kecantikannya malah semasa makan berpeluh peluh pun masih nampak cantik lagi.

Kecantikan adalah fitnah.

Ulama bersepakat bahawa pada kecantikan itu ada fitnah. Suami seharusnya melindungi kecantikan isteri dari menjadi tontonan awam, bukannya suami menggalakkan isteri upload video (dan mengajar isteri cara cara ambil video paling kreatif ).

Ya saya faham suami nampai nilai matawang $$ tiapkali isteri famous upload video, jadi nilai matawang itu kini lebih penting kah daripada dosa? Adalah suatu dosa suami membenarkan isteri keluar dari rumah dengan wajah penuh solekan yang dapat dilihat para lelaki lain malah harini isteri tidak perlu keluar dari rumah kerana suami tolong rekod video isteri dan snap gambar isteri dalam rumah untuk share kepada public. The sin is now beginning INSIDE the house and is much much easier to commit, please take note IG-husbands dan IG boyfriends.

Untuk kembali kepada Sunnah Rasulullah saw saya senaraikan beberapa perkara:

1) Makan minum perlu SIMPLE.

Dalam mengembalikan hidup kita kepada cara Rasulullah saw, makan minum kita perlu ringkas. Jika keluarga kita kecil, cukup sekadar ada 1 -2 lauk mungkin 1 sayur dan 1 ayam/ikan. Cukup. Didik keluarga kita untuk makan yang simple, kerana masa yang extra itu boleh para ibu gunakan untuk membuat amal ibadah. Jika keluarga besar ya saya faham mungkin perlu lebih dari 1 lauk, pandai-pandailah kita adjust asalkan jangan sampai tahap “berlebihan” dan bermewah dalam bab makan.

2) Jangan jadikan Food Hunting sebagai usul hidup.

Ya saya faham viewers suka menonton vlog dan IG story yang memaparkan idola mereka mencari makanan2 sekitar Penang Kelantan Johor Spore dan macam macam lagi. Do NOT feed what the viewers want, feed what ALLAH wants. Allah swt tidak suka kita menunjuk nunjuk, Allah swt tidak suka hamba yang ada takabbur dalam dirinya walaupu sebesar biji sawi. Menunjuk nunjuk di social media adalah tanda tanda kita ada penyakit ujub (hairan dengan kebagusan diri sendiri, kagum dengan kehebatan diri sendiri).

Food hunting adalah tersasar dari kehidupan yang sepatutnya habis dalam amal ibadah terhadap Allah swt. Masa yang digunakan untuk food hunting itu lebih bernilai digunakan untuk pergi ke madrasah madrasah atau ke surau surau dan duduk mendengar Ustaz Ustazah mengajar fiqah solat fardhu.

2.1) Bantu Peniaga tambah rezeki (katanya)

Kepada mereka yang berkata food hunting vlog/video adalah punca rezeki peniaga makanan bertambah, saya sangkal dakwaan anda. Dalam kita membantu seseorang peniaga menambah rezekinya, kita perlu berada dalam garis garis sempadan Agama. Apabila anda melihat rezeki seseorang peniaga itu bertambah (kerana anda mention atau viralkan dia melalui video food hunting) itu adalah kasih Allah swt terhadap peniaga itu lantas Allah menambah baginya rezeki TETAPI anda dalam proses membuat video itu telah mengaut dosa -dosa tersendiri seperti aurat (jika perempuan) dan dosa menanam kecintaan kepada dunia untuk ribuan followers itu.

Anda menanam dan memupuk kecintaan kepada dunia di kalangan viewers sehingga mereka semua pun terjebak dalam membuat safar/travel semata mata kerana hendak memenuhkan isi perut yang sedia kenyang. Ada ulama berpendapat makan selepas kenyang adalah haram. Jadi, hentikan trend food hunting ini melainkan anda dapat mengecilkan impaknya terhadap viewers. Iaitu, anda dapat mengolah video itu sehingga ianya menjadi video iklan (ringkas) buat peniaga dan bukan video yang mensuburkan cinta dunia. Pilih dan tapis apa yang dikatakan semasa video, bukan membuat bunyi bunyian yang mengujakan dan memalukan.

3) TIDAK perlu tayang di social media.

Di awal artikel telah saya katakan perihal tercelanya makan hingga kenyang atau makan berlebihan. Berhentilah setakat itu saja, jangan kita tayang pula dosa /sifat tercela yang kita buat itu. Apa apa yang kita makan dan mana mana bubble tea yang kita minum samada Daboba ke Tiger Sugar ke Xi Fu Tang ke, TIDAK perlu ditayang di social media.

Stop it already with the defense that if you dont show it it didnt happen….to maintain popularity on IG, i need to show it. Stop it already. Pergi baca apa ulama ulama kata pasal ujub, pasal takabbur, pasal riak. Panggillah nama apa pun sharing ke, sharing is caring ke, all that is just another name to justify ujub. Ujub is the disease of the heart. You are amazed at yourself. And you are pleased that others are also amazed at you. This is a dangerous (super dangerous) disease of the heart if you die with a mustard seed of arrogant, you cannot enter Paradise astaghfirullah.

Stop it with showing off,

Stop it with uploading everything.

Apabila membeli makanan dan minuman, simpan perkara itu untuk pengetahuan diri kita sendiri sahaja. TIDAK ada keperluan untuk memberitahu satu negara bahawa semalam anda cuba Chatime, harini anda cuba Koi, esok nak cuba Tiger Sugar. Tidak perlu. Kesemua ini adalah BUKAN cara hidup mukmin yang dianjurkan oleh Nabi saw. Kehidupan nabi adalah merendah diri, tidak menunjuk, dan Nabi menganjurkan kita untuk tetap di dalam rumah masing masing dan tangisilah dosa kita. Duduk di rumah masing masing sambil menangisi dosa dosa kita yang lampau.

We have become a sick society, a society with the disease of the heart. Kepada mereka yang follow Instafamous atau Youtubers atau Artis, jangan menghalalkan apa yang tidak halal. Jangan kerana terlalu suka dgn idola anda, semua yang dia buat adalah betul dan apa saja yang dia upload layak diberi like dan view . Sifat memuja muja yang anda tunjukkan itulah yang membawa artis/famous menjadi semakin jauh dari landasan Agama Nauzubillah.

Akhir kata, saya mohon agar budaya mendewakan Boba (dan apa saja objek makanan selepas ini) dihentikan serta merta. Hari ini juga. Masa yang ada gunakan untuk mencari bekalan akhirat insyaAllah, dan jangan berbangga dengan bidaah atau dosa kita.

Para suami instafamous dan suami artis saya mohon anda hijabkan kecantikan isteri anda dari pandangan umum (takpe Allah ganti dgn rezeki lebih berkat nanti) dan bimbing isteri untuk TIDAK mempamerkan diri dan bakatnya ke khalayak umum melainkan dia mampu tampil dalam niqab atau tampil tanpa sebarang tabaruj. Jika ini tidak dapat dibuat maka simpan kecantikan isteri di rumah kerana perbuatan isteri anda menjadi ikutan gadis gadis muda yang cetek ilmu agamanya.

Saya doakan kita semua dapat kembali kepada kehidupan simple yang dibawa oleh Rasulullah saw, jangan menjadi hamba kepada makanan dan ringkaskan seboleh mungkin penyediaan makanan di rumah rumah. Apa yang kita beli, jangan ditunjuk ke media sosial kerana menunjuk nunjuk itu adalah ujub yang tercela di mata Allah swt dan RasulNya.

– Anastasia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *