Makan Hati Berulam Jantung

Assalamualaikum pembaca,

Selalu kita dengar dan baca, dari ceramah, dari sekolah dan universiti, kurang berkat kehidupan anak-anak sekiranya ibu bapa terasa hati dengan kita.

Tapi macam mana kalau anak-anak yang terasa hati dengan ibu bapa? Berdosa ke anak-anak tu? Ke berdosa ibu bapa tu?

Sungguh aku sekadar nak tahu.

Sedikit pengenalan, aku anak sulung dari keluarga yang besar dan sederhana, tak mewah dan tak miskin, cukup makan pakai alhamdulillah.

Aku dah berkahwin dan mempunyai anak. Sedari dulu aku dan adik beradik kurang rapat sesama kami dan begitu juga dengan ibu bapa atas tuntutan mereka bekerja dan sekarang masih bekerja.

Jadi makan malam kami asing-asing, kami tak berjemaah dan jarang bercuti bersama dulunya, juga atas faktor kewangan.

Kini kami semua dah besar, masing-masing boleh bersembang dan makan bersama, tapi hambar.

Bila kami pulang beraya dan cuti, ibu bapa berharap kami dapat makan-makan, bergambar sekali tapi gitu saja la, takde rasa keakraban sebuah famili.

Kalau dilihat dalam socmed, kami seperti keluarga yang sangat bahagia.

Tapi, perasaan tu kosong. Gambar-gambar tu kosong. Apa guna bergambar sedondon. Masing-masing senyum. Tapi kosong.

Faham ke perasaan tu. Macam okay kau pergi solat raya, bersiap-siap baju sedondon dan bergambar. Tapi kosong.

Mungkin sebabnya aku terasa. Aku sebagai anak sulung, aku mendengar keluh kesah adik-adik, aku hulurkan wang ringgit sekiranya perlu, tapi aku tak dapat balasan. Asyik aku je syok sendiri.

Dan aku ada anak, tetapi aku tengok ibu bapa dan adik beradikku tak melayan mereka.

Main bunga api tapi untuk dimasukkan ke dalam socmed. Dan selepas gambar dan video diambil, anak-anakku ditinggalkan.

Aku lihat anak-anakku mengajak makcik dan pakciknya bermain, tapi masing-masing nak berfoto sesama lain.

Dan baru-baru ni anak aku tak sihat. Siap bervideocall anakku kelihatan tak sihat. Esoknya, aku mention anakku tak sihat dalam group whatapps.

Namun tiada bertanya sehingga hari kedua, ketiga dan seterusnya. Okay ke anakku? Boleh makan ke?

At least show some care. Ni je cucu dan anak saudara yang ada. Yang lebih aku terasa bila mana, yang acap bertanya adalah keluarga sebelah suami.

Bervideo call dua kali sehari dan tiap-tiap hari bertanya keadaan anak di kali mereka pun sama-sama sibuk. A simple sentence, “assalamualaikum, okay ke anak?” betul-betul merubah hati kita.

Kadang aku rasa unfair. Aku dengar keluh kesah. Aku dengar sakit demam mereka.

Aku usahakan beri nasihat bila ada masalah. Bukan sekali dua, dah berkali-kali. Kadang bila aku call ibuku, seperti acuh tak acuh, dengar tak dengar, jadi aku makin terasa.

My parents, mereka merasakan, anak-anak patut berbakti kepada mereka.

Ya, betul, aku tak sangkal. Fahaman mereka, anak-anak kena call mak ayah, bukan mak ayah yang call anak. Tapi kenapa famili mertuaku bukan sebegitu?

Kadang aku tengok, anak-anakku makin rapat dengan mertua. Dah pandai memilih, nak balik rumah tokma mana.

Masakan tidak, mertuaku tahu apa kegemaran anak-anakku, melayan mereka makan bersama, bawak naik motor dan kereta, bawak ke kedai beli aiskrim, dan ajak tidur bersama-sama di mana anak-anakku tak merasa bersama ibu bapaku.

Sedikit demi sedikit, benda ni menambah luka di hati. Aku harap, aku dapat nasihat dan pandangan berkaitan hal ni sebab jujur, aku dah mula rasa drifting yang sangat jauh.

Terima kasih admin kalau tersiar.

– Anak sulung (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit