Makan Hati Dengan Keluarga Suami

Nama saya Nana (bukan nama sebenar) saya sudah berkahwin dengan suami saya selama 10 tahun. Selama itu juga la saya makan hati dengan keluarga mertua.

Saya anak bongsu, nak kata pandai masak tu saya kategori biasa-biasa sahaja. Bab mengemas saya no 1.

Selepas setahun kahwin kami dikurniakan seorang anak, mak mertua bersungguh pujuk suami saya nak jaga anak kami sejak baby dalam kandungan lagi.

Kami bagi juga mak mertua jaga, alhamdulillah elok anak kami mak mertua jaga sebab mak mertua memang mengasuh cucu yang lain dan anak orang.

Kemudian kami dikurniakan anak ke 2, kami suami isteri sepakat hendak hantar anak-anak ke pusat asuhan atau taska berhampiran rumah kami kerana tidak mahu membebankan mertua,

Tetapi bermulalah drama mertua tarik muka dan lancarkan perang mogok bercakap pada kami berdua.

Akhirnya kami mengalah bagi anak-anak untuk mak mertua jaga. Sehingga lah sekarang kami mempunyai 5 orang anak.

Mertua tidak bagi saya berhenti kerja kerana takut membebankan anak lelaki nya iaitu suami saya terpaksa mencari rezeki seorang diri.

Saya adalah menantu perempuan sulung dan masalahnya sekarang suami saya ini bukan anak kesukaan mertua saya sebab dia belajar tidak tinggi berbanding adik-adik yang lain.

Kerana wujud anak kesukaan inilah timbul sistem pilih kasih dalam keluarga mertua.

Bab makan, kasih sayang dan perhatian semua hanya pada anak, menantu & cucu kesayangan hanya dari keluarga anak yang menjadi kesukaan mertua sahaja.

Pilih kasih ini sampai anak-anak kami sering bertanya kenapa atuk dengan nenek tak bagi kami makan buah tu la, tidak bagi kami main tu la jika dibandingkan dengan sepupu2 yang lain.

Untuk pengetahuan semua mertua tidak pernah langsung berkunjung ke rumah kami selama 10 tahun kami kahwin.

Banyak kali diajak ke rumah tidak pernah sekali pon datang walaupun kami berpindah ke rumah sendiri.

Mertua juga serik kali buat muka bila setiap pagi kami hantar anak-anak.

Setiap pagi juga la perjalan ke tempat kerja saya bertemankan air mata.

Hendak berhenti kerja jaga anak2 dirumah, mertua tuduh saya dan anak2 beban pada suami.

Jika hantar anak2 ke pengasuh yang lain mahu setahun mertua lancarkan perang tidak mahu bercakap dengan kami..

Ipar duai yang lain bila ada family day selalu menjadikan keluarga kami orang terakhir tahu.

Apa sahaja la berkenaan hal family mertua kami orang terakhir tahu dan orang terakhir diajak kemana-mana.

– Nana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. kenapa akak rasa bila akak jadi surirumah akak akan membebankan suami ? sedangkan akak hantar anak2 akak dekat mertua pun dikira salah. Sedaya upaya jangan la susahkan mertua or mak ayah sendiri jaga anak kita walaupun kita ni bukan anak or menantu kesayangan. Walaupun saya baru setahun jagung kahwin tapi saya seboleh2nya taknak hantar dkt rumah mentua sebab saya punya mentua pun tak ok dengan saya. Biarlah mentua buat perang mogok yang penting anak2 tak terasa hati lagi dan persoalkan itu ini pada akak mengenai nenek atoknya pilih kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *