Makanan Sunnah dan Perubatan Islam
Dulu aku pernah baca satu artikel, Kempen Kesedaran Kanser Payudara yang diwar-warkan media cuma gimik komersial. Aku bukan maksudkan kempen tersebut tidak bagus atau kanser payudara sesuatu yang main-main, tapi iklan syarikat promosi produk warna pink cuma strategi pemasaran untuk lariskan jualan benda yang tiada kaitan pun dengan kanser payudara.
Aku perasan umat Melayu pun buat benda yang sama. Makanan sunnah, perubatan Islam.
Padahal tiada hadis yang sahih pun tentang makanan sunnah. Hadis tentang habbatus sauda penyembuh segala penyakit itu pun ramai yang salah tafsir. Kullu dalam hadis tersebut bukan 'segala' tapi 'sebahagian'. Mereka yang belajar BA pasti faham benda ini.
Ada juga yang promosi produk kemudian larang pergi hospital. Jangan ambil ubat farmasi. Konspirasi Yahudi katanya. Bila dah melarat teruk pandai lepas tangan. Dah ramai pakcik makcik yang kena. Masa tu pergi hospital pun dah tak boleh buat apa.
Satu lagi, selalunya produk ini mahal. Ratus-ratus. Tak pernah aku jumpa penjual buat jualan amal bagi free. Masa wabak banjir kencing tikus, tak ada pun pergi sedekah kurma bagi penyakit tu baik. Kakitangan hospital Yahudi jugak yang berhempas pulas rawat. Ada juga thirdforce yang bawa kurma tapi memang diketahui kurma makanan bergula, bagus untuk mangsa banjir yang tiada tenaga. Ini aku cerita pasal penyakit.
Lagi celaka, aku nampak dekat wall Facebook nama group Our Healthy Unvaccinated Baby. Larang ibubapa ambil vaksin. Putar belit ayat Quran dan hadis. Akhir sekali, "Boleh beli produk X dengan saya." Konon kurma itu vaksin. Vaksin bukan ubat atau makanan. Vaksin merupakan booster untuk penyakit spesifik dan ada kaedah spesifik bagaimana vaksin bertindak, sebab itu ada banyak vaksin untuk penyakit berlainan.
Aku tak kisah orang nak jual kismis. Aku juga tak dengki orang nak jual kurma. Tapi berdusta dengan nama Nabi aku memang kisah. Nasihat aku, kalau ada orang jual itu ini boleh sembuh pelbagai penyakit jangan beli. Pakai ayat Quran belum tentu orang tu betul.
– Ostad FB