makcik bongkok – https://iiumc.com/forumv2/
Makcik bongkok
Terima kasih kpd admin yang sudi menerima confession ni. Aku bukan budak iium cuma pembaca setia page ni. Aku pun pelajar macam korg semua dari form 1 sampai la belajar di universiti memang tinggal kat asrama. Banyak kisah seram yang aku nk kongsi.
Kisah pertama tentang makcik bongkok . biasa la dekat asrama malam2 kita rasa lapar rasa dahaga. Nak dijadikan cerita, pada satu malam tu dalam pukul 2 pagi, aku rasa dahaga sangat. Stok2 air aku dan mber2 pun dah abis. Nak buat camne aku terpaksa la trun bawah isi air. Ambil 80 sen dalam dompet terus aku trun sorg2.
Roomate semua belum tidor , tgah main game biasa la laki2 kn. malam tu memang gelap, lampu koridor dgn lampu tangga semua tak mnyala. Aku takde la takut gelap, cuma rasa sejuk2 cam tu lah. Dah sampai hujung koridor aku pun mula la trun tanggal. Aku tinggal dekat aras 4.
Aku turun pelan2 sebab tak nampak sangat tangga. Bru jer turun sampai dekat tengah tangga antara aras 4 dengan aras 3 , aku nampak sesuatu macam lembaga hitam dekat hujung dinding belah kiri. Bende tu kecil sikit dari aku dan berada dalam keadaan rukuk. Aku tercengang tak boleh gerak. Serious terkejut weh kerana bila aku tengok betul2 , rupanya dia makcik tua yang bongkok. Mata dia merenung tepat ke mata aku. Jarak aku dengan dia memang dekat tak sampai satu depa pun.
Walaupun gelap aku still dapat tgok dia dengan jelas mungkin sebab terlalu dekat . Dan yang paling aku takut ialah bila kepala dia bergerak sedikit kekiri dan kekanan. Betul la orang cakap, bila dah terkejut memang segala jenis ayat mesti lupa, takbir pun dah tak boleh nak sebut terkaku dalam 3 4 saat . Memang aku tak percaya apa yang aku lihat. Aku cuba pejam mata dan terus berpaling kearah atas dan lari sekuat hati . Lari naik ke aras 4 dan masuk terus ke dalam bilik. Aku tak cerita dekat sape2 sebab aku sendiri masih lagi tak percaya Dan aku taknak takutkan roommate aku .
Inilah kisah yang aku masih tak boleh lupakan. Banyak lagi kisah tapi nantilah bila aku ada mood .
Abang tak berapa sado
– aku seorang lelaki