Assalamualaikum thanks sudi siar aku punya story.
Aku seorang ibu tunggal umur 29 tahun. Anak satu. Muda kan untuk seorang ibu tunggal.
Ceritanya bermula begini… zaman anak dara dulu aku ni dalam kategori cantik la. Tinggi 167cm, berat 55kg. Kulit putih. Sejak skolah menengah (form6) dah ada boyfriend. Tapi mak aku xsuka. Jadi masa aku masuk kolej, aku putuskan hubungan dengan dia sebab mak aku betul2 tak suka. Bukan sebab dia jahat, tapi sebab keluarga dia berlainan pilihan politik dengan keluarga aku.
Masa kat kolej aku kapel lagi dengan budak sarawak. Lepas tu bgtau lagi mak aku. Mak aku tak bagi jugak sebab jauh dan sebab budak tu amik sijil je, aku amik diploma. Aduhai….. ( masa ni jiwa muda aku yang gatal dan gedik macam korang rasa bila tengok budak muda bercinta) uwekkk…
Lepastu ada sorang mamat ni memang duk suka aku since form6 lagi. Aku cuba jugak nak terima dia…. yang ni mak aku suka. Orangnya baik, tapi aku pulak yang tak boleh nak terima. Dalam masa yang sama aku tersalah langkah….. aku berkawan dengan kaum sejenis. ALLAH hancurnya hati keluarga bila diorang dapat tahu …. masa tu aku dendam pun ada sebab pilihan hati aku semua mak tolak…. so kapel ngn pompuan lebih baik pada aku masa tu. Bila family dapat tahu aku putuskan hubungan jugak.
Sejak dari tu aku pon single la sampai habis belajar, kerja pada 2009…. walaupun aku single dan tak buat dosa kapel2 ni, aku buas hala ke lain plak…. aku mula blajar pegi clubbing dan sebagainya yg jahat jahat belaka….kecuali jantan….yang ni memang aku tak main..semua geng aku masa tu single belaka dan buas belaka…. pada tahun 2011 aku slowdown semua kegiatan maksiat dan buas2 dan hidup macam pompuan biasa…. dalam pertengahan 2011 datang rasa nak kawin, tapi masatu manada bf….kawan lelaki pon sorang pon xde.
jadinya aku pilih rakan setempat kerja yang mengurat aku. Masa tu dia tunangan orang.. nak ke aku punya pasal dia putus tunang. Tapi aku bukan bercinta pon ngan dia masa dia decide putus tunang tu.. lepas dia single baru kami kapel. Kapel 3bulan terus tunang, 2 bulan lepas tu terus nikah.
Dan disinilah permulaan yang sebenar…..
Allah menduga aku dengan suami yang xmolek perangai. Selama berkahwin aku stress manjang dengan sikap suami yg penipu, pengikis, kaki pukul, tak solat, dan tak bertanggungjawab tak bagi nafkah, duit aku habis kepada dia.. paksa aku buat loan segala bagi kat dia…..
Kalau tak penuhi apa yg dia nak mula lah gaduh, akhirnya aku dipukul… lepas aku buat loan bagi dia, dia janji nak buat bisnes dan akan bayar loan tu kat aku bulan2…
Bulan pertama je dia bayar…selebihnya duit tu dia joli, dia bermegah dengan pompuan lain kononnya dia kaya…. masa tu kantoi dia duk main whatsapp ngn pompuan lain…sudahnya bisnes ke mana, apa pon xde…. habis duit tu melarat jugakla hidup kami sbb gaji aku dh sikit… gaji dia lagi la sikit sebab sblm kawen dia dh buat loan joli ngn bekas tunang dia….
Aku makinla menderita tersiksa…..pernah ditendang, dihantuk kepala di lantai sampai benjol dahi …pegi keje terpaksa tipu kwn2 cakap terantuk gate rumah.
Masa ni aku muhasabah diri betul2… inilah kifarah atas dosa silamku….. ni baru sikit…. neraka Allah lebih dahsyat…. Allah…aku takut….
ALLAH MAHA MENGETAHUI
Setelah dua tahun berkahwin, masih jugak tak berjaya dapat zuriat, aku jumpa pakar sakit puan. Doktor tu bagi aku makan pil hormon….
Masihku ingat masa tu ramadhan 2013, aku selalu menangis..
1- sebab suami
2- nak anak
3- nak keluar dari hidup aku yang mcm hape time tu.
Dalam bulan puasa yang mulia Allah balas doaku…. aku diberi kekuatan yang entah mana datang, aku minta izin suami utk balik kampung, tapi dia tak nak ikut. So dia suh aku balik sorang …. drive memalam dari KL ke kedah. Dia tak suka sangat balik kampung aku sebab dia kena berlakon solat padahal fatihah pon baca xkena…
Sampai je kampung, aku cerita semua pada family aku. Mak ayah kakak abang terkejut amat dengan berita dan cerita aku sampaikan…. menggunung simpati dan pertolongan aku dapat masa tu.
Dua hari kemudian aku balik semula ke KL. Aku sampai lepas berbuka. Malam tu dia mengamuk sakan habis dapur dia hambur barang telur sepapan jatuh berderai, semua barang atas meja makan dia tolak jatuh. Air masak, pinggan mangkuk menyembah lantai…Aku dahla penat baru sampai kena cuci semua tu.
Esoknya aku pakai baju kerja dan curi2 masukkan baju kurung dalam beg. Aku drive ke mahkamah syariah, balai polis dan semua settle aku buat dalam masa sehari. Petangnya dh habis ofis hour aku msg suami and cakap aku takkan balik rumah, barang barang aku nanti aku ambik bila family aku free boleh teman aku g ambik.
Malamnya abang aku dr ipoh sampai, anak saudara, abg ipar dua tiga orang teman aku pegi rumah ambik barang….ramai betul excort aku time tu sampai 3 kereta….takut punya pasal semua bawak parang….. kalau la malam tu ade roadblock….. hahaha
Akhirnya seminggu lepastu dia lafazkan cerai dalam whatsapp. Aku lepastu tinggal dengan kakak aku. Masatu aku slalu penat, asik ngantuk dan malas ya amat. Kakak aku syak aku pregnant, tp aku deny sbb macam tak logik je. Tp kakak aku paksa aku check upt. Macam nak pengsan bila keputusan tu positif. ALLAH…. aku menangis sebab at first rasa mcm taknak.
Lepas tu kakak2 aku bagi nasihat semua aku cool down and muhasabah diri, aku terima rezeki Allah bagi ni…. bukan ke Allah dah jawab permintaan aku? Allah, kita hanya tahu meminta, tapi Allah maha tahu bila dan dimana Dia nak bagi. Pegi check kat klinik aku pregnant 7minggu… alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah.
Sekarang anak aku dah umur dua tahun 3 bulan. Kes cerai pon dah selesai. Bekas suami aku tak pernah tengok anak dan tak pernah bagi nafkah walau sepuluh sen.
Aku redha, tu bahagian dia lah menjawab depan Allah nanti. Yang penting sekarang aku dh berikan yang terbaik yg aku mampu untuk anak aku.
Sampai sekarang aku masih rasa letih dan peritnya jadi isteri kepada lelaki tak guna …. sampai rasa serik nak kawin…. ramai tanya kenapa aku xcarikan ayah untuk anak aku….sebab dia asyikla duk panggil ayah saudara dia ayah…. kesian jugak aku pada anak aku ni…. tapi ingat nak cari lelaki yang baik mcm cari rambutan kat pasar malam ke…sementara nak beli 5biji ko bedal dulu…kalau xsedap ko blah….
Zaman sekarang susah weh nak jumpa lelaki yg baik….yang boleh terima ibu tunggal macam aku ni lagi la payah…. tapi tu bukan matlamat besar aku pon…. matlamat aku sekarang nak besarkan anak aku bebaik je, hidup bebas hutang, jaga mak ayah bebaik…..
Kepada wanita adik2 yang belum kawen, cari dan selidik betul2 lelaki di hati korang….
Kepada lelaki di luar sana, ingat tanggungjawab korang, hormat pasangan korang. Jangan sebab korang lelaki korang pijak2 maruah wanita disisi korang…..
Terima kasih kerana sudi membaca.
– wanita tabah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Nurul Asyiqin Abu Bakar
Ramai je lelaki baik kat luar sana tapi x emsem..
Masalahnye korang plak xnak…btul x??
sis , awak hebat .. selalunya isteri sanggup kena sepak terajang sebab sayang kan suami .. tapi awak pilih jalan yang betul , report polis .. jangan biarkan lelaki buat kita macam hamba ..
Alias Firdaus bekas tunang orang .. hummm
Seram…
Teruskan tabah ye kak :)
Tanpa ujian, kita takkan matang & xkan jadi org yg kebal iman & bertaqwa.
Masalahnya bukan psl susah nk cari lelaki yg baik. Tp Allah dah janjikan jodoh yg baik adalah utk org yg baik. Dah lifestyle kau pun mcm neraka lepas tu expect nk dpt jodoh yg baik ke. Patutnya nasihatkn gadis2 di luar sana kalau nak jodoh yg baik, reflect diri sendiri dlu. Bukan semua tuding salah kt lelaki. Lelaki mmg ramai tak baik. Perempuan pun ramai tak baik. Sbb tu dijodohkn bersama.
Wow so Tuhan :)
Lol. Apa tetiba psl tuhan
It’s true. Muhasabah diri sendiri dulu sebelum tunding jari. Kukuhkan hubungan dengan Allah sebelum nak cari hubungan sesama manusia. I’ve been in a somewhat similar situation. Bezanya the guy kept on saying kalau kahwin, dia nak ceraikan talak 3 kalau tak dengar cakap dia even once. Bila reflect balik, maybe saya sendiri ada salah dengan Tuhan. Jadi, redhokan lah jodoh tak sampai. Bagus juga tak menjadi. sebab kalau tak, tak dapat suami yang elok macam sekarang. ?
Indeed
Btul2,,stuju
betoi
Siti Fatimah ambil iktibar
Emm.. Harapnye lelaki mcm tu akan pupus.. N pmpuan pon jgn la buat prgai pelik2 utk blas pbuatan laki yg da buat jahat tu.. ?
Pgi cari dia timah.. Pijak2 kpla diaa.. Potong apa yg ptut.. ?
Hehehe.. Auchh.. Pisau tumpul.. ??
Parang ad.. Sy suport dri tepi blkg ats bwh
Ezaty ZakaRia
Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dah pernah berkahwin dan ada seorang anak. Lepas ni kalau tak kahwin lagi pun tak salah
just nak bgtau ja lelaki baik untuk perempuan baik..wanita aniaya wanita lain rampas tunangan org tuhan bayar cash kat dunia dan inilah pengajaran dia kepada wanita disana berhati hatilah bila nak kacau pasangan halal org lain bukan ape isau takut tuhan balas seperti cerita ini. dan kepada wanita lain yg cakap jgn marah dier adalah silap kita memang x marahkan dier tapi ingatkan wanita yang nakal2 cam gini bukan ape allah memerhati ye
savageaf
True af
Mcm makin ramai pula laki xguna..huhu
Hazrain aka ain, aku xtahu lah nak komen apa..
Kalau mcm nie mcm mne plak Nurul Ain Anises..
Aduh.. mcm mna ni pulak..
Allah bagi hikmah untuk gadis yg diputuskan tunangan itu utk tidak dijodohkan dgn lelaki kaki pukul tu. X perlu faham kenapa dia rampas tunang org ini semua permainan takdir dan perancangan allah.
Zuraida Razali
haha jadeh pe mg tag
Hahaha…die suh siasat lu ltr blkng sblom pilih laki
tu ah..bakte.ssh sungguh la..huhu
baca x g mek Nor Zuriati Razali
Bce hk mn mek Zuraida Razali
Fatimah Azzahra Shafie
Amalina Surday pengajaran…
Abu HIsyam scaryy
Fauzia Jieya
Tabah la nak. Sebak akak :(
Mohamad Amirul Hafiz Roslan read this….scary
Admitting to having a problem is not everybody’s forte but it is the first step to recovery. Therefore I would like to congratulate the writer for her courage to do so. Readers should stop judging her past because everyone make mistakes but instead wishing the best for her in the future because that is the whole point of this confession..
Misya Shahperi
Didiklah anak dgn jln agama islam dr sumber yg halal n barakah. Hrp dia mbesar seb muslim sejati, tdk mewarisi baran n buruk laku dr darah bapanya. Puan kuatkn jiwa sb hdup dgn tenang sbb allah tetap bsama jika puan tdk tglkn allah dlm khidupn. Insya allah lps ni akn ada jodoh baru yg dtg drp allah, bkn dtg drp kehendak kita seb manusia. Byk2 bsujud n solat sunat agar thindar drp fitnah dunia.
Afikah Zakiey
i think we should change the title of this facebook page so that no more people will be involve in huge misunderstanding
uishh mmg kuat + tabah r kakak ni ! tabikk spring ;)
Takut kan kalau jd ceni Maii Sahidon Mumu Nasir Zaki’s Daughter Mahirah Erah Jiha Najihah
Kita hanya akan betul2 kenal lelaki tu bila kita duduk serumah & tidur sebantal dengan dia….sebelum kahwin semuanya boleh jd hanya lakonan. Doa byk2 supaya ditemukan dgn jodoh yg baik…semoga Allah perkenankan..Aamiinn…
Mohd Ismeth Azmerr jd kn pengajaran.
Semoga Allah melindungi kite semua..
iktibar untuk future Alif Izdihar Yusuf . Takutnya cheq Illa Shahila . sama2 muhasabah diri balik
Ahmad Syameer
Well . Kan dia kata lelaki tu putus tunang baru dia kapel . Bukan salah dia .
Pastu dia dh tinggalkan kegiatan maksiat n g club semua sebelum dia ada niat nk kawin .
Sedap je nak bash orang tp tk faham apa yg dia tulis . Dah lah dia teraniaya .
Doakan dia je dh la . Doa yg baik2 . Dia tengah susah tu .
N to you sis . Semoga tabah dlm membesarkan anak . Jaga amanah Allah baik2 . InshaaAllah Dia akan bantu .