Aku Hawa. Seorang janda anak 6. Dah hampir 10 tahun aku menjanda, jatuh terlungkup tersungkur, n bangun, n tersembam, then bangun lagi, membela anak2 sejak yang bongsu berumur setahun dan yang sulung 11 tahun.
Aku jadi janda sebab ada seorang wanita muslimah calon syurga yang teringin nak berpayung emas dengan suami aku. Aku terima dia walau hati ni remuk. Masa tu aku tak kerja, so apa pilihan yang aku ada… dengan perut yang memboyot dan anak2 kecik.
Tiga tahun aku bermadu, aku dah tak mampu nak cerita betapa hidup jadi isteri pertama ni tersiksa macam kain buruk yang terjelepuk di sudut yang hina. Nafkah pun dah semakin terabai. Aku terpaksa cari kerja dan syukurlah walaupun aku cuma dapat gaji RM600 masa tu.
Ye lah, takkanlah aku boleh dapat kerja bagus2, sedangkan umur aku dah 35 masa tu. Aku pun cuma ada spm je. Nak kerja kilang memang mustahil la sebab takde sape nak jaga anak aku.
Tak lama tu aku dapat anak lagi. Aku nak sangat merancang kelahiran tapi suami aku tak izinkan. Dia kata, kufur kalau tak nak anak sebab takut lapar. Dia ceramah kat aku siap ayat quran. So aku ikut je la.
Sejak ada baby kecik, madu aku dah mula tunjuk belang. Kalau dulu dia anggap aku kawan, tapi sekarang musuh. Mungkin sebab suami aku banyak beri perhatian kat baby aku.
Akhirnya kami setiap hari bergaduh. Bukan perang mulut, tapi dia selalu tunjuk perangai dan macam2 dia buat. Dia tak bagi suami aku balik rumah aku dan banyak lagi. Hingga suami aku mcm dah tak fikir pasal aku lagi.
Hingga akhirnya aku diceraikan. Memang aku tak sangka. Apa pun, aku terima je sebab aku pun dah takde rasa sayang kat dia. Jiwa aku dah mati. Masa dia lafazkan talak tu aku rasa macam takde perasaan… kosong.
Selama ni aku dah pendam sesuatu yang sangat berat dan menyakitkan, so bila perceraian terjadi aku dah tak rasa hal tu berat. Biarlah isteri solehah dia jaga dia.
Dia kan wanita idaman lelaki, berjubah dan berpurdah. Aku ni walaupun tak pernah pakai seksi, tapi aku tak berjubah berpurdah.
Kerja aku di tempat yang lasak, memang pelikla kalau aku berpurdah. Isteri solehah bekas suami aku tak bekerja… sebab katanya wanita yang keluar bekerja lebih banyak mengundang fitnah.
Bila jadi ibu tunggal, aku sangat berhati2 pada setiap tindak tanduk aku. Orang keliling mula pandang serong sebab aku bercerai. Ye la kan… perempuan yang bercerai ni kan orang anggap calon neraka. Aku terpaksa pindah daerah sebab tak tahan dengan kata2 orang.
Pindah dengan bawak semua anak, dan mulakan hidup baru, kerja baru, sesuatu yang sangat mencabar dan aku hampir rebah. Aku penat sangat.
Ku fikirkan bila dah pindah, dah lega la… tapi rupanya tidak. Bekas suami aku kadang2 datang kononnya nak jenguk anak, tapi dia akan parking kereta depan pintu rumah aku, dia menyapa jiran2. Isteri solehah dia pun ikut sekali.
So jiran2 pun tau la aku ni janda. Hinggakan ada jiran yang tak nak tegur aku. Aku pun tak faham, apa salah aku. Aku tak pernah berbual pun dengan laki dia… nak jeling laki dia pun aku takut, tapi kenapa dia benci sangat dengan aku.
Dan aku tak tau macamana ex aku boleh tau tempat tinggal aku. Semua ni buat aku stress sangat. Aku tak boleh halang dia jumpa anak2…itu ayah mereka.
Walaupun nafkah anak dia beri RM300 untuk 6 anak aku tapi aku tetap bersyukur, dia masih nak beri. Cuma aku tak suka dengan cara dia menyiksa aku. Dia siksa batin aku, sejak sebelum bercerai dan lepas bercerai. Dia buat aku jadi depressed.
Banyak lagi yang tak mampu aku nak cerita. Dengan hidup kais pagi makan petang, anak ketiga aku ada masalah jantung, anak bongsu ada lelah teruk.. dan aku juga ada penyakit.
Aku dah tak makan ubat sebab dah tak fikir lagi pasal diri aku. Makan minum anak2, susu pun aku catu. Syukur bantuan dari jkm ada untuk anak yang bersekolah 3orang..boleh diguna untuk bayar sewa rumah.
Aku terpaksa beli kereta terpakai, untuk berulang alik hantar anak sekolah dan juga hospital. Kadang2 tengah malam anak aku sakit, aku kena bawak ke hospital. Kalau takde kereta, tentunya susah nak buat semua urusan tu.
Aku nak balik kampung, tinggal dengan mak ayah, tapi mak aku dah pesan, jangan tinggal kat kampung sebab mak tak nak sakit telinga dengar orang kutuk aku sebagai janda. Aku memang takde tempat lagi nk dituju. Ayah aku tak pernah backup aku.
Masa dia tau ex aku nikah lagi, dia cakap aku tak reti jaga laki. Memang dari aku kecik, ayah aku macam tak suka dengan aku. Ayah aku lebih sayangkan abang2 aku. Takpela aku redha.
Sudahnya, aku terima je semua tu. Ada masanya bila aku dah tak mampu nak tanggung semua masalah, aku pergi tepi bukit yang dekat dengan rumah aku, aku jerit kuat2, aku nangis. Aku tak boleh menangis kat rumah sebab tak nak anak2 sedih.
Lepas tu aku balik rumah, amek wuduk dan solat sunat. Aku hanya ada Allah. Ye, aku rasa lega bila dapat mengadu kepada Allah. Aku takde kawan baik. Sejak kawen, ex aku tak minat kalau aku jumpa kawan2.
Aku bukan kuat sangat pun. Kadang2 ada jugak aku mengamuk kat rumah. Waktu tu aku rasa macam tak sedar…
Pernah aku pegang parang dan aku cincang2 mangkuk kat dapur. Bila dah berkecai, aku rasa lega. Aku takut dengan sikap aku sendiri. Sampaikan aku tak nak pegang pisau depan anak2.. aku takut kalau aku buat benda yang bodoh.
Setelah 10 tahun aku lalui pahit manis kehidupan, kini aku rasa dah biasa dan aku jadi lebih tenang. Terutama bila anak2 aku cemerlang di sekolah. Aku bahagia dengan mereka. Kerjaya aku pun dah semakin bagus.
Dan anak2 aku, pandai berniaga walaupun masih belajar. Aku selalu masak dan anak2 aku berjaja keliling taman. Mereka memang anak yang baik.
Ex aku? Aku dengar citer dah nikah lagi. Bermakna, isteri solehah dia tu bermadu lagi. Dan aku malas dah nak amek tau pasal mereka.
Cuma satu perkara yang buat aku sedih dan ralat, anak sulung aku mempunyai sifat yang sangat keras, cepat marah, cepat stress. Mungkin kerana dia banyak lihat penderitaan aku sejak dulu. Dia yang ku panggil kak long, selalu berkata, kak long benci lelaki.
Aku tau dia sangat kecewa dengan ayahnya. Aku tak pernah didik dia untuk bencikan ayahnya… malah tiap kali cuti sekolah, aku hantar anak2 ke rumah ayahnya, even mereka hanya betah duduk sana 2,3 hari sahaja.
Anak kelima dan bongsu, betul2 tak suka dengan ayah mereka. Risau sungguh aku, kerana mereka anak lelaki…seharusnya mereka ada contoh teladan untuk diikuti. Sedih bila difikirkan.
Aku kesian sebab anak2 membesar dalam suasana yang tak sempurna. Aku juga dulu membesar dalam keluarga yang suka bergaduh. Pakcik2 aku selalu bergaduh hal rumah pusaka dan tanah. Makcik aku ada sorang je dan alhamdulillah dia sgt baik.
Pembaca semua, doakan aku terus bahagia. Anak2 suruh aku bernikah lagi, mereka nak adanya seorang lelaki yang boleh jaga aku dan anak2. Mereka nak merasa ada seorang ayah.
Tapi sesungguhnya hati dan perasaan aku dah mati untuk bercinta lagi. Bukan tak pernah aku dirisik tapi sekerat jalan je.
Dan aku rasa, bahagia bukan hanya terletak pada adanya suami. Aku tak tau sampai bila hati aku nk terbuka, cuma aku harap anak2 faham.
Sekian kisah aku. Akulah seorang Hawa yang selalu malang sejak kecil.
– Seorang Hawa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit