Anak Yang Cemburu

Assalamualaikum semua pembaca iiumc. Hai. Aku San. Bekerjaya profesional dan berumur 26 tahun. Sebelum aku mula ceritakan kisah tajuk diatas, aku nak ucapkan terima kasih admin sudi siarkan cerita aku.

Seperti tajuk confession ni, ya, aku antara orang yang terkesan dengan apa yang terjadi dalam family aku sendiri. Mak dan ayah tidaklah bercerai, tapi ayah ada keluarga lain. Sehingga kini, aku tidak berminat untuk ambil tahu tentang anak ayah dengan makcik tu.

Adik beradik aku yang lain tahu dan ambil tahu tentang keluarga tu, termasuklah mak. Setahun dua yang lalu, ayah tidak berapa sihat, mak ambil keputusan biarlah mak yang jaga ayah.

Aku dan mak yang selalu bawak ayah ke hospital, jaga di hospital, lepas kerja aku hantar makanan kepada ayah, bawak pergi checkup, dan mcm-mcm lah. Aku buat je semua sebab tahu tu tanggungjawab aku sekarang.

Baru-baru ni ayah taknak makan, tak lalu makan, dan muram je. Bila aku tanya, kata takde apa. Abang aku ada bawak ayah pergi klinik. Doc kata takde apa pun. Doc bagi vitamin je. Balik dari klinik, abang ajak aku berbual. Dia kata ayah rindukan ‘anak-anak’ dia.

Disebabkan pintu sempadan tutup, ayah tak boleh terbang jumpa anak-anak dia. Aku rasa kalau pintu sempadan tu bukak, mungkin ayah akan terbang jugak walaupun dia sebenarnya tak boleh nak berjalan sangat dah. Kaki dah tak kuat.

Aku macam biasa malas nak ambil tahu. Banyak sangat memori yang menyakitkan daripada ayah semasa aku membesar. Ayah dan mak selalu bergaduh, aku ingat lagi mak menahan nangis bawak aku dan kakak naik bas pergi rumah kakak dia.

Bila aku ingat balik rupanya hari tu ayah menikah lain. Bila baca mesej ayah kat mak, sakit je hati. Macam takde perasaan lgsung. Tak kesian langsung kat anak-anak, pikirkan bahagia dia masa tu.

Aku sumpah tanak ingat, tanak mengungkit kisah-kisah ni, tapi tu lah. Sakit tu tak boleh nak hilang.

Mungkin aku kata aku dah maafkan, tapi bila aku tengok ayah tanak makan, tak lalu makan, diam je kat rumah, tanak main dengan cucu-cucu dia, benda ni buat aku persoalkan, masa aku kecik-kecik dulu, ayah ada rasa macam ni tak.

Aku pernah admit hospital berhari-hari, ayah busy kerja. Tengok aku pun tak. Mak kata ayah ada tanya kat mak aku okay ke. Tapi tanya mak je lah. Tak datang tengok aku pun.

Masa ayah muda dulu, ada tak dia rasa rindu kat anak-anak dia yang selalu tertunggu-tunggu dia balik. Sekarang mungkin lah ayah dah pencen, takde apa nak pikirkan sangat, lepas tu tak boleh tengok anak-anak dia yang lain, sebab tu rindu sampai takde selera.

Aku jadi kesian dengan mak. Aku tau mak sedih. Mak pun takleh nak tolong ayah apa-apa. Mak pun tak mungkin bagi ayah terbang pergi ke anak dia sorang-sorang dgn keadaan ayah yang tak sihat sangat tu. Kalau korang nak kata aku jealous, aku rasa ya aku jealous.

Semua ni aku simpan sendiri je. Aku takpernah bgtau adik-beradik aku yang lain. Dorang semua boleh terima, aku je yang tak boleh terima. So aku malas nak kena bebel, aku pendam je sorang-sorang. Sedih aku bukannya orang lain faham.

Mak selalu try cerita pasal anak tiri dia kat aku. Tapi aku buat tak tahu dan tak jawab pun. Aku cakap ngan mak, mak cerita kat kakak atau abang je lah. San tanak tahu. Mak aku cerita jugak, tapi aku tak ingat satu pun. Memang masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Aku pun tak tau kenapa. Hati ni tak ikhlas nak dengar. Tapi sepanjang mak cerita tu aku diam je lah. Aku buat je apa apa yang aku tgh buat masa tu. Drive ke, masak ke, tgok tv ke. Busykan diri, and jawab sikit-sikit bila perlu, ‘ohh, okay, hmm, yeke’

Aku belum kahwin, dan aku takut nak kahwin. Aku sentiasa doa jodoh aku yang baik-baik, yang boleh ada dgn aku masa susah senang dan dialah yang jaga aku sampai bila-bila. Kisah mak dengan ayah dulu mmg buat aku trauma. Aku jadi paranoid. Sampai bila pun aku tak tahu.

Aku pernah kenal dengan lelaki sorang ni. Bila berkawan baru tahu rupanya dia suami orang. Aku punya cuak teringat apa mak lalui dulu. Aku mmg suka lah kat abang tu sebab baik apa semua kan. Masa kawan pun tak pernah lah sampai dating berdua ke apa.

Mesej pun jarang, call 5 minit cakap pasal kerja and tanya khabar macam tu. Bila tahu dia suami orang, cepat-cepat aku strict kan semua nya pasal kerja sahaja.

Dia ada kata minat nak berkawan apa semua sebelum aku tahu pasal dia dah kahwin, bila aku tak tunjuk minat dah, dia pun okay je.

Saja test market lah kot. Bila pikirkan mesti anak bini dia rasa apa yang aku rasa dulu, aku jadi sedih. Takpelah tak de boyfriend, tunang ke suami ke, aku tanak aku yang buat orang lain rasa mcm apa aku rasa dulu.

Aku harap para lelaki diluar sana, kalau kalian masih punya hati dan belas kasihan, tengoklah muka anak bini sebelum buat keputusan untuk kebahagiaan sendiri.

Aku contoh anak yang cemburu. Anak yang mengharapkan kalau ayah tak buat macam tu dulu, mesti aku tak rasa macam ni, mesti sekarang ni keluarga aku bukan macam ni.

Tapi semua tu ketentuan Allah. Aku tak ada hak nak persoalkan semua tu. Anak ini hanya mampu doa semoga mak dan ayah mencintai satu sama lain sampai ke akhir nafas mereka. Biarlah aku bawa rasa cemburu ini sendiri.

Terima kasih semua.

– San (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *