Jangan Cari Yang Sempurna

Di sini aku nak ceritakan perjalanan yang aku tempuh sampailah aku sudah bekerja. Aku kerja biasa je penguatkuasa.

Aku mulakan dengan perkenalkan diri. Nama aku F. Umur aku 26 sama dengan Aliya. Aku kenal dengan Aliya dah lama sejak aku darjah empat lagi tahun 2004.

Aliya merupakan anak kepada cikgu tuisyen yang mengajar aku dulu dalam subjek Bahasa Melayu PMR dan SPM.

Dua2 subjek yang ayah dia ajar dulu dekat aku, aku skor ‘A’ dalam peperiksaan PMR dan SPM. Aku pernah dapat nombor 2 dalam kelas tahun 2008 masa tu aku FORM 2.

Sekolah aku dulu, semua boleh di kategorikan semua lelaki bukan sekolah campur lelaki perempuan.

Pada tahun 2009 dan 2011 aku dapat surat dari Aliya yang mahukan aku berjaya dalam pelajaran. Dia kata kalau aku masuk universiti, dia lah trofinya dan dia akan jadi kekasih aku buat selama lamanya.

Tapi hubungan kami berhenti di separuh jalan disebabkan aku buat tak tahu yang dia suka kat aku.

Aku tahu sebenarnya dia suka kat aku, cuma aku pura pura buat tak tahu je masa dulu. Hubungan kawan terbina lama putus macam tu je.

Kitaorang tak pernah bercinta pun sebelum ni. Couple pun tak pernah. Cuma bila dia mula luahkan dengan nada marahnya, hubungan persahabatan kami pun putus begitu saja.

Aku tahu dia ada dalam page confession ni. Sebab dia student grad UIA. Dia transfer belajar dari UMK dulu ke UIA pun sebab kelantan banjir. Kos yang dia ambik tu aku terpaksa rahsiakan. For privacy.

Masa waktu aku masuk di zaman kolej aku belajar rajin, aku aim score every semester. Sebab aku nak confess someone.. Dia budak MLB.

Aku pelajar kesayangan seorang lecturer india perempuan ni Miss T (2016). Dia cakap tulisan aku cantik macam photostat.

Dan di waktu konvokesyen aku dipanggil Ali Setan oleh student junior. Entah aku pun tak tahu kenapa. Aku konvo tahun 2018 bulan 1 20hb.

Niat dalam hati nak confess lepas konvo, rupanya ada pulak potong line terlebih dulu.. dah bertunang rupanya.. jadi terbantut lah niat aku nak confess..

2 tahun aku single walaupun ada yang ajak aku berkahwin masa tu..

Pada tahun 2020, aku kenal dengan seorang hamba Allah nama dia A.H. Orangnya kenid. Ceritanya di sini, kami kenal dalam waktu yang singkat.

Aku sempat bertanya hantaran kahwin nanti berapa. Mak dia mintak dalam 15k atau 20k. Mak dia mintak macam tu sebab anak dia doktor kan. MO. Dia kata kat aku, pandai2 lah bincang ayah dengan mak dia. Aku ON je.

Aku sebenarnya simpan duit nak beli SBK tapi tak apalah mungkin ada rezeki lain lepas kahwin pakai SBK. Mak dia siap calculate gaji aku lagi.

Pasangan baru aku ni dah lama tak solat, dah slowtalk tapi tak jalan. Beri alasan cuti. Sibuk kerja OT. Kerja sebagai doktor kan busy sampai lupa nak solat. Ex 11 orang. Ramai..

Dia jugak pernah tanya dekat aku. Pernah buat hubungan kelamin tak sebelum ni? Aku memang tak pernah sentuh perempuan, sesungguhnya aku tahu berzina itu dosa besar.

Bumi berbentuk flat ke sphera? Mestilah sphera. U ni anti vaksin ke? Aku bukan anti vaksin.

Ada waktu malam tu dia bagitahu aku. Patient lawyer, dulu kerja kat parkson sama dengan dia, call lah kongsi masalah,

“I ada masalah dengan isteri i, isteri i tak nak layan kemahuan i. Kita orang selalu gaduh. U tahu kan isteri i india. M*** i seorang je lelaki faham perangai u macam mana. Sudi tak u jadi isteri nombor dua i.

U nak tahu tak lelaki sekarang ni tak boleh percaya. Boleh dikatakan aku dengan dia ni selalu bertekak lah.

Ada satu malam tu aku sengaja copy gambar makanan dari internet. Gambar makanan. Aku sebenarnya tak sempat nak ambik gambar masakan aku tunjuk dekat dia.

Balik dari masjid pun pukul 9 malam, balik dari masjid aku terus makan, dah habis makan tu boleh lupa pulak nak ambik gambar.

Allahuu.. Atuk aku ada cakap masa aku kecik kalau tipu sunat tak apa. Bukan jadi satu kesalahan pun. Tak sengaja.

Malam tu jugak dia marah aku mintak putus dengan aku, tak jadi kahwin dengan aku. Cakap aku ada perempuan lain lah ini lah.

Ini hal makanan entah celah mana aku ada perempuan lain. Aku tak mintak putus pun sebenarnya dah kau yang mintak. Aku ikutkan je.

Tapi aku tahu akan kena ranjo dengan kau kalau aku teruskan hubungan ni.. Kalau ex dah ramai confirm aku jadi mangsa seterusnya.

Kau banyak skandal, kau jangan nak sama kan aku dengan kau.. Sebabnya.. Aku memang pencinta wanita namun ku bukan buaya.. Yang setia pada seribu gadis ku hanya.. Mencintai dia.. Dia…

Aku kalau dah sayang orang, aku stay dengan orang tu je, kalau aku tahu orang tu ranjo aku. Aku terlebih dulu angkat kaki. Sayonara.

Zaman sekarang ni 15K-20K tu dah dianggap wang kecik je. Tapi ni untuk philosophy buaya darat lah. Tak ada rupa tak apa janji dapat menyedap. Nauzubillah.. Aku tak cakap yang aku ni bukan buaya darat. Aku anak bapak daa..

Akhir kata aku nak mintak maaf kalau aku ada sakit kan hati kau orang.. Aku hanya insan biasa tak lari dari melakukan kesilapan.

Gurau2 juga tapi itulah sebagai manusia biasa we learn from our mistake..

Tahun depan lepas abang saudara aku kahwin, giliran aku pulak, aku nak jemput korang ke majlis resepsi aku pulak. Kita sebagai umat islam tak elok bermusuhan. Eratkan silaturrahim sesama manusia.

Buat korang kalau nak bercinta niat dalam hati tu nak berkahwin je, jangan mainkan hati orang. Jangan kejar yang sempurna sebab kau tak akan dapat.

Bila perempuan dah offer nak dekat kau, kau jangan reject pulak. Jangan jadi macam aku. Dulu ada orang nak tapi aku jual mahal. Yang perempuan setia je lah dengan seorang lelaki.

Tak hensem tak apa. Kalau boyfriend kau putih, gelap macam african ke, kau setia lah jangan cari lain.

Janji dia tahu jadi ketua keluarga, beri nafkah, hormat keluarga kau, tahu imamkan solat, lead tahlil, tahu untuk solatkan jenazah bila kau dah tak ada nanti…

Wallahualam.. Think positive okay.. Assalamualaikum.

– Mr F (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *