Jiran dan Kucing

Terima kasih admin sudi siarkan confession pendek aku ini.

Aku saja nak share sakit hati aku. Jiran aku ini pembela kucing. Aku cat lover tapi tak bela lah sebab duduk bujang. Rumah keluarga aku ada kucing.

Masalahnya sekarang ni jiran aku ada seekor kucing betina yang sangat-sangat subur. Mengandung beranak, mengandung beranak saja kerja dia. Siap pakej pernah gugur depan aku lagi.

Dalam setahun adalah 2 kali akan meriah depan rumah aku dengan anak-anak kucing yang baru lahir. Sampai semua besar dan ada yang jadi kucing gelandangan dan ada yang mati.

Aku pernah terserempak banyak kali anak-anak kucing betina dia tu merata dekat dengan tempat tinggal kami (aku tinggal dekat flat).

Tapi yang mak kucing-kucing tu setia tinggal dengan jiran aku dan teruskan mengandung dan beranak. Lantaklah kucing dia kan.

Isunya sekarang ni, aku memang jenis tutup je pintu rumah aku. Salah satu sebabnya bau tahi kucing-kucing jiran aku tu. Tapi tiada masalah pun pada aku. Tutup jela pintu tu bau pun tak masuk.

Sekarang WFH. Kadang aku buka pintu rumah aku kalau masak ke, nak keluar masuk ke, kucing-kucing jiran aku tu biasalah binatang, pantang aku bukak pintu semua meluru masuk rumah aku.

Aku biar jela. Nanti aku nak tutup pintu tu aku keluarkan balik semua. Sebabkan aku duduk rumah sekarang selalulah macam tu.

Semalam aku keluar jap, balik tu aku buka pintu nak masuk rumah, kucing-kucing tu meluru masuk rumah aku.

Aku pun biar jela. Sebab tengah bukak kasut. Nanti dah masuk aku memang akan keluarkan balik kucing-kucing tu.

Tapi boleh pulak time aku buka kasut tu anak jiran aku boleh perli aku cakap “kucing dia ke”.

Eh eh eh.. Aku macam apa benda budak ni cakap? Dia yang tak ajar kucing dia pastu nak perli-perli aku pula. Bukan aku yang bawak masuk kucing-kucing dia.

Aku pun angin keluarkan kucing tu pastu aku cakap keluarlah tuan korang tak suka lah korng masuk rumah ni. Supaya jiran aku sedar yang bukan aku bawa masuk kucing-kucing tu.

Pastu terus jiran aku bawak masuk kucing-kucing dia tu.

Sekarang ni salah aku ke???

Aku kesian pada anak-anak kucing jiran aku yang dah jadi gelandangan. Ada seekor tu aku jumpa dah hilang telinga separuh.

Apakan daya aku tak mampu nak membela. Hanya mampu bagi makan kalau terjumpa. Aku tak tahu apa hukum dari segi undang-undang Allah.

Tapi bagi aku kalau kau tak mampu nak membela anak-anak kucing yang lahir dari rahim kucing belaan kau tak salah kot kalau mandulkan kucing tu.

Nasihat aku pada semua cat lover tolonglah bersihkan tahi kucing anda dengan kerap sekiranya mencemarkan udara persekitaran orang lain.

Sila kurung kucing anda sekiranya anda tidak suka mereka masuk ke rumah orang lain. Last sekali kepada jiran aku didiklah anak anda supaya menjadi insan yang beradab dan dan berakal.

Jangan sokong perbuatan biadap mereka sekiranya mereka melakukan kesalahan. Kelak mereka akan menjadi pelapis yang sombong dan biadab.

Sekian.

– Aku yang tersakiti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit