Ceritanya macam ni, nama aku Akif (Bukan nama sebenar). Aku tak tahu nak cerita kat sape benda ni, aku sorang lelaki dalam umur 30 tahun.
Kalau korang nak tau, dalam hidup aku, aku hanya pernah cintan cintun hanya sekali, itupun masa zaman sekolah menengah.
Aku jenisnya memang seorang yang hardworker, tapi sangat hampeh dalam bab cinta2 ni.
Mak aku dah takde, abah pula sangatlah tua. Target aku dalam hidup ni nak upgrade diri je, bagi aku nak bercinta ni memang takde kepentingan dalam hidup.
Sampailah satu hari tu… aku rasa hidup ni sunyiiii sangat.
Korang mesti pernah dalam situasi aku yang umur 30 kerap sangat kena tanya,
“Bila nak kahwin.. Kawan kau sorang2 dah kahwin, nak tunggu Acik2 kau meninggal sorang demi sorang baru ko nak kahwin!?”
Mulut acik aku memang macam tandas awam, aku mcm kebal sangat ngan mulut diorang ni. Hahahaha, bagi aku acik2 aku tu hanya nak yang terbaik untuk aku
Aku bukan taknak kahwin, masalahnya aku tak tau nak start kat mana.
Aku ada lah juga tengok kat TT yang pasal nak cari jodoh mesti hantar profile & admin akan post your bio kat TT, orang boleh simply contact awak dari sana.
Aku tak nak komen banyak on this, banyak yang aku jumpa semua jenis yang takleh pakai,
“Eh, awak suka benda tu juga ek? Ex saya pun sama macam awak” spesis ni aku gelar gadis terpaling tersakiti yang tak move on langsung
“Saya kalau boleh nak semua laki tanggung, saya nak jadi surirumah sepenuh masa, biar lelaki rasa lebih bertanggungjawab nanti”
Hidup ni keras bhai, laki bini kena kerja untuk menampung kehidupan nanti, aku tak cakap yang aku takkan support financial bila kahwin nanti tapi ngan ekonomi sekarang…
Nak harapkan single income tak bolehlah, aku doakan dia dipermudahkan urusan untuk cari lelaki cmni
“Awak tinggal kat …………. !? Saya selalu nak ke sana tapi belum ada rezeki! Nanti anak kita ikut nationality awak lah ye, sebab saya nak pindah kat sana blablabla”
Aku macam… biar betul minah ni? Aku baru cakap Hi… Hahahaha.
“I nak lepas kita kenal each other ni, 4 bulan kita tunang, end of this year kita kahwin, I tak buang masa u, u jangan buang masa I”
Alahai… aku baru nak berjinak2 ngan dunia luar, ko cakap macamni memang aku takutlah. Hahahaha we barely know eachother dah cakap pasal ni, tak faham aku…
Aku rasa aku seorang yang hopeless romantic, tapi bukan bermakna I didn’t deserve some love kan?
Korang bagi lah aku nasihat nak mulakan kat mana, aku nak post kat sini pun malu, sebab aku buntu. Manatau aku boleh dapat jodoh kat sini, huhuhu.
– Akif D (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Semoga brader confessor tabah. Terus maju dgn kerjaya dan mantapkan diri dgn ilmu agama. InsyaAllah jika niat tu dh betul Allah akan permudahkan urusan.
taktahu nak ckp cane utk post ni. tapi tetap nak ulas something.
1. kau jgn kahwin just to fulfill other’s expectation on you. maksudnya ko kahwin nanti sbb peer pressure je bukan sebab kau nak sgt pon.
2. kau takde provider mindset. aku faham point kau valid yg dunia zaman skrg sorg je kerja tak cukup nak tampung hidup. tapi utk kau direct pukul rata je anggap perempuan tu malas pon satu hal jugak. instead of kau terus cabut lari sbb taknak pikul tanggungjwb tu sorg2, ko boleh je set dalam kepala tu ”utk masa ni saya tak mampu nak tanggung semuanya, tapi saya harap in 5-10 years to come saya dah cukup stable utk rehatkan awak dekat rumah, focus pada keluarga dan anak2 je” but no kau takde mindset ni. perempuan kalau dah sayang dia bukan bangang sgt takkan tolong suami, tapi kau kena jadi suami yg mcm ni la. and cth kalau nak go 50-50, would you be willing to do house chores 50-50, masak, jemur kain, angkat kain apa semua tu sama mcm wife ke? atau kau akan pakai kuasa veto kau as suami? yg ni pon kena tanya diri sendiri jugak. boleh je 50-50, ramai je perempuan luar sana willing, tapi lelaki willing ke nak bahagi kerja 50-50 jugak? haaaaa ramai waniterr terperangkap bila jumpa suami yg nak 50-50 last2 wofe tu la breadwinner, wife jugak housewife. dia kahwin jadi bibik je la.
3. semua org ada preference dan tak salah pon, waniter2 yg kau approached tu tahu apa yg diorg nak, and kau pon tahu apa yg kau nak, ciri2 org mcm mana etc. and bagi aku valid je kalau org tu bagi timeframe selepas perkenalan nak tunang dan move forward semua, tapi kau kira pengecut la kalau kau back off sebab takut. kau boleh je ckp kita berkenalan dulu, dalam masa 4-6 bulan tu kalau dedua yakin serasi boleh proceed. itu je kepastian yg sebelah sana nak dgr. bila ko dolak dalih, sesiapa pon tak interested nak berkenalan sbb diorg semua ada aim dan timeframe masing2. org yg asyik duk ”follow the flow” ni selalunya org yg tak tahu apa yg dia nak dalam hidup dia. sbb kalau yakin dan tahu apa yg kau nak, kau akan usaha dan bukan hanya berserah dgn takdir.
jadi, utk bro di atas, aku rasa kau jgn proceed utk cari jodoh lagi. kau rileks je dulu tenangkan diri, kenal diri kau dulu, tahu matlamat dan arah hidup kau dulu, apa kau nak achieve dan plan masa depan kau akan dtg baru kau boleh fikir nak kahwin. nak govern rumahtangga ni bukan mudah lagi pulak sebagai lelaki yg lead rumahtangga. rileks dulu, jgn peer pressure, doa la banyak2 semoga kau dipertemukan yg sesuai dgn kau. goodluck bro
Lelaki dilahirkan utk minat pada perempuan dan ada kebolehan cari pasangan. Macam orang lapar lah.. mesti akan cari jalan untuk makan.. Selebihnya kau fikirlah sendiri..