Salam para pembaca, terima kasih kepada admin sekiranya post ni disiarkan.
Saya namakan diri saya Dahlia. Berusia menghampiri 40an. Dari zahirnya ramai tidak tahu umur saya. Badan kecil dan air muka keanakan membuatkan ramai menyangka saya masih muda 20an.
Saya meluahkan perasaan dengan harapan di luar sana ada yang ramai senasib dengan dengan saya dan berikan sokongan kepada saya.
Saya dilahirkan dalam keluarga miskin, mak ayah petani, penoreh getah, membesarkan anak seramai 12 orang. Saya bongsu.
Semasa sekolah menengah saya sudah bekerja sambilan untuk mencari duit saku membeli peralatan sekolah. Saya bukanlah bukanlah budak genius tapi masih dikategorikan agak bijak tetapi sangat pemalu.
Saya berazam belajar sampai ke menara gading untuk mengubah nasib keluarga. Semua adik beradik saya sudah berkahwin selepas saje tamat belajar.
Masa di univ, mak pesan jangan cepat sangat nak kawin, kerja dan bina kehidupan dulu. Saya akur. Tidak bercinta dan menamatkan pengajian.
Nasib saya baik selepas tamat belajar, saya mendapat pekerjaan di sektor swasta sebagai penolong pengurus tetapi tidak lama.
Saya berhenti dengan harapan dapat mencari pekerjaan yang lebih sesuai yang dijanjikan oleh seseorang. Ayah saya meninggal waktu saya baru bekerja. Tak sempat nak balas budi.
Sayangnya, janji yang dibuat tidak ditunaikan. Saya balik kampung menganggur. Saya ada memohon KPLI tapi tidak berjaya. Ada jiran yang mahu menolong tapi hanya mengambil kesempatan mengenakan caj. Saya bekerja sebagai pembantu kedai runcit dengan gaji rm10 sehari.
Setahun lebih menganggur, satu malam bekas rakan sekuliah menghubungi saya mengajak mencari kerja. Rezeki saya, saya dapat kerja di sektor awam dengan status sambilan bergaji hari RM80.
Kemudian ditawarkan kontrak dengan kelulusan diploma meskipun saya ada ijazah. Tidak mengapa. Janji ada kerja. Dalam masa yang sama, saya memohon jawatan setaraf ijazah melalui SPA. Saya lulus exam dan beberapa kali dipanggil temuduga, sayangnya rezeki tak penah berpihak.
Akhirnya saya buat keputusan tidak lagi memohon ape2 jawatan sementara masa tu emak saya mula tidak sihat. Tiada siapa yang mahu menjaganya.
Biarpun merantau, saya kerap balik kampung menjenguk mak, hantar ke klinik dan sebagainya. Pekerjaan saya ini memudahkan saya mengambil cuti jika mak sakit. Itu yang membuatkan saya membuat keputusan kekal dengan kerja tersebut.
Beberapa tahun kemudian, Allah menguji saya. Mak pergi buat selamanya. Tuhan saje yang tahu betapa sedihnya saya hilang tempat bergantung. Adik beradik semua dah berkahwin. Tinggal saya sebatang kara.
Arwah mak selalu berpesan supaya berkahwin sebelum dia meninggal tapi hingga ke akhir hayat dia tak berpeluang melihat menantu bongsunya. Saya redha asalkan saya dapat menjaga mak.
Tak lama selepas mak meninggal, saya diuji difitnah dan dipulaukan rakan sekerja termasuk kawan baik sendiri. Dalam masa yang sama juga nasib tidak menyebelahi, kontrak kerja saya ditamatkan tidak disambung.
Dugaan bertimpa2. Saya cuba untuk redha dan bersangka baik. Tidak lama menganggur, saya mendapat tawaran kerja yang lebih baik tetapi berstatus kontrak. Saya redha. Sabar dengan harapan ada peluang lain meskipun usia makin meningkat tua.
Pekerjaan baru ini ternyata sangat saya minati. Saya terlalu gila bekerja. Semua benda saya buat sendiri, sampaikan saya meminta kerja2 tambahan secara sukarela daripada ketua saya yang mungkin agak hairan kenapa saya terlalu rajin.
Tiada siapa yang tahu, saya sebenarnya hanya ingin lari dari kesedihan. Kesedihan kerana tidak mendapat kerja tetap setaraf dengan kelulusan dan kesedihan akibat cinta yang tidak penah kesampaian.
Di usia yang semakin tua ini. Allah uji lagi saya bila kontrak saya juga ditamatkan tidak disambung. Saya hilang pekerjaan. Dalam masa yang sama juga saya masih terpaksa berhadapan dengan masalah jodoh.
Saya tidak ingin mengulas panjang berkaitan masalah cinta saya. Cukuplah secara ringkas sahaja.
Sejak di univ sampai bekerja, saya kenal ramai lelaki baik tapi tidak berani meluah perasaan. Hanya orang lain yang menyampaikan kepada saya.
Si A bagi alasan tak berani luah perasaan sebab dia tak hensem. Si B plak hensem tapi bagi alasan dia tak kaya. Si C satu2nya yang melamar dengan berani tetapi sebab dia tidak mahu memeluk islam.
Si D (tiada rupa tapi bijak dan berkerjaya) bagi alasan dia tak layak sebab tiada rupa dan tua, tidak sepadan dengan saya. Fyi, calon2 ni hadir pada masa yang berbeza, bukan serentak
Jangan mengutuk saya memilih sebab saya tidak pernah bercinta jadi saya tidak tahu bagaimana memberi hint setuju melainkan saya hanya diam sahaja. Saya juga beristikharah dan semua calon2 tersebut bukan jodoh saya.
Cukup2lah menghina anak dara tua yang tidak berkahwin. Anda tidak tahu apa yang telah dilalui. Saya terpaksa berkorban antaranya kerana untuk menjaga mak saya yang dah tua.
Saya tidak pernah bercinta, menjaga ikhtilat, tidak pandai melayan lelaki dan tidak pandai bagi hint sekiranya saya suka lelaki tersebut. Masihkah salah saya tidak berjodoh?
Saya juga sudah beristikharah dan mendapat petunjuk calon2 tersebut juga bukan jodoh saya meskipun saya mempunyai perasaan yang sama.
Dan lelaki terakhir ini, adalah lelaki yang selalu menyakiti hati saya. Kami kerap bergaduh dan berselisih pendapat dalam urusan kerja.
Saya tidak pernah berfikir untuk jatuh cinta dengan dia yang lebih muda tetapi sebab selalu digosip, tak sedar perasaan tu hadir sendiri. Tambahan pula selepas bergaduh, dia seakan memujuk dan try hard untuk mengambil hati sehingga kami berbaik semula.
Dalam usia ini, saya rasa terlalu malu mengakui saya masih punya perasaan terhadap lelaki dan mahu berkahwin.
Benarlah kata orang bila meniti usia 36 ke atas Allah akan uji bermacam2 ujian sehingga saya rasa sudah tidak kuat lagi untuk bertahan.
Kenapa saya mesti diuji sebegini? Kehilangan orang tersayang,dibuang kerja, masalah jodoh, bertimpa2 sehingga rasa sukarnya meneruskan hidup.
Bantulah saya dengan kata2 semangat. Please…
– Dahlia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit