Malas Memasak Itu Saya
Terbaca aku pasal cerita malas memasak.
Sebenarnya perempuan boleh jadi gila kalau kena bekerja, menjaga anak, mengemas rumah dan memasak sekaligus.
Aku pun sama, malas memasak.
Tapi aku rajin mengemas, membasuh baju, deko-deko, bekerja, mengajar anak, menulis novel dan lain-lain. Satu sahaja yang aku malas, memasak. Sejak aku kecil sampai dah beranak. Kahkah.
Syukur, aku dapat suami yang rajin dan suka memasak. Aku pun bekerja, dia pun bekerja. Lepas kami balik kerja, aku setelkan anak, mengemas, membasuh, dan semuaaaaakerja-kerja rumah kecuali memasak. Dia pula bersilat di dapur dan ajak makan bila dah siap. Penat?
Ramai suami ingat mereka seorang yang penat. Isteri pun penat juga. Mungkin sebab suami yang keluarkan duit, maka isteri ialah hamba. Pergh, sadis gila dapat lelaki gini. Suami bekerja di syarikat, bos bayar gaji. Isteri bekerja di rumah, ada suami bagi gaji? Tak ada. (Kalau ada, korang memang terbaik). Kalau sediakan tempat tinggal dan makan itu gaji, jadi kenapa pembantu rumah dapat gaji bulanan?
Seperti kes confession malas memasak yang lepas, dalam banyak-banyak kebaikan isteri itu, tapi hanya sebab dia malas memasak (satu disadvantage), suami cari baru. Pergh, kenapa bukan lelaki tu yang masak? Suami ada kekurangan, isteri ada kekurangan, saling lengkap melengkapi lah.
Lainlah kalau isteri tu duduk rumah goyang kaki, anak terbiar tak terjaga, rumah serabut, yang itu mohon cerai. Aku pun alergik.
Aku sebenarnya cukup kecil hati bila dengar lelaki nak kahwin sebab nak cari orang yang boleh jaga makan, minum dan pakai. Aku ingatkan lelaki mahu kahwin sebab dia cintakan perempuan itu, mahu bina masa depan yang cemerlang, mahu travel sama-sama, bla.. bla.. . Sebagai perempuan, aku tak pernah rasa nak kahwin sebab aku mahu ada lelaki yang kena keluarkan duit untuk aku. Tak pernah.
Terima kasih suamiku kerana selalu memasak tanpa merungut!
– Kucing