Harini aku ditinggalkan lagi berdua bersama adik di rumah. Lepas balik dari sekolah, Kak Lin (pemandu van) bagitahu aku mama tinggalkan pesanan kepadanya bahawa mama pergi hiking. Kunci rumah kat tempat biasa. Aku dah biasa dah dengan semua ni.
Dulu masa papa belum lagi bercerai dengan mama, mama sangat prihatin jaga kami. Makan minum cukup. Dulu walaupun mama kerja, dia sanggup bangun awal pagi siapkan breakfast untuk kami semua. Tapi semua dah berubah. Lepas mama balik kerja, dia mesti keluar pergi hiking. Kadang-kadang tak balik, aku tak tahu mama tidur mana.
“mama, mama tak balik ke? mama tidur mana?” pernah aku tanya.
“mama balik esok,” tu je mama balas.
Aku baru umur 17 tahun, ya nak spm. Adik aku 7 tahun. Jiwa aku kacau lepas mama berubah. Kadang-kadang tu aku mengadu kat papa pasal mama tapi papa langsung tak ambil endah. Nak mengadu kat siapa pun aku tak tahu. Adik? Adik tak tahu apa. Yang dia tahu, mama kerja. Sampai kalau mama nak pergi kerja pun, adik tak pernah merengek. Kalau aku yang hilang, adik meraung-raung menangis.
Pagi aku yang buatkan breakfast. Alah, breakfast simple je, roti dengan teh. Adik pun suka. Mama pulak siap2 terus pergi kerja. Macam kerja tu lagi penting dari hadap anak-anak dia. Kalau malam tu kadang2 kami adik-beradik tak makan pun. Kalau mama balik awal, dia beli lah jugak makanan kat luar.
Obses mama terhadap hiking tu, sampai setiap kali aku bukak facebook je, mesti nampak mama pos gambar-gambar dia pergi hiking. Sakit tu memang sakit bila tengok, tapi apakan daya kalau tak ada mama, mesti aku merempat dengan adik.
Lepas setahun papa tinggalkan mama, aku jarang sekali nak luangkan masa berborak dengan mama berbanding dulu. Tu yang buat aku sedih sangat. Tambah lagi, mama banyak beli barang set hiking. Kalau murah tak apa, tapi semua nak branded. Tahan lama katanya. Walhal kami asyik pakai recycle punya baju. Nasib badan aku tak berubah.
Satu haritu aku intai la bilik mama. Aku masuk terus. Dah lama aku tak masuk bilik mama. Kalau dulu aku selalu nak menempel dengan mama tapi sekarang tak. Aku perhati sekeliling bilik mama. Memang ada aura orang yang gigih nak bersukan haha. Aku perasan banyak barang set2 nak kuruskan badan. Baju slimming fit, alat senam dan lain.
Ya, dulu mama badan berisi sebelum bercerai dengan papa. Sekarang, kurus lidi sangat. Aku nak mama yang dulu. Tak kisah pun pasal semua ni. Tapi sekarang banyak berubah. Ada satu malam aku tanya mama, kenapa mama gigih nak pergi hiking semua ni? Kenapa nak sangat kurus?
“Dengan hiking la mama nak hilangkan rasa sakit. Dengan hiking la mama taknak suami mama pandang rendah kat mama. Sakit tau wawa. Ingat mama tak boleh kurus ke? Tengok mama dah kurus,”
Tapi mama abaikan kami. Kami sakit mama. Aku rindu mama yang dulu :'(
– Wawa
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit