MAMAT AUSTIN – 3:56 PM

MAMAT AUSTIN – https://iiumc.com/forumv2/

Assalamualaikum w.b.t…Firstly, thanks to admin sebab sudi approve confession ni.. ^^

Nak di pendekkan cerita, kisahnya begini…semalam sis terima chat di fb from lelaki yang x dikenali yang kononnya nak berkenalan. pada mulanya sis agak ragu-ragu nak reply tambahan pula dia ni dari negara lain. sejujurnya ni bukanlah kali pertama sis terima chat dari warga asing. dah berkali kali tapi berlainan orang. memang sebelum ni sis x akan reply sebab dapat rasakan mesti ada muslihat tertentu. tapi kali ni ttba curious nak tahu apa sebenarnya yang diorang nak dengan motif hantar chat kepada kita. pastu dengan penuh hati-hati sis reply chat tersebut dan cuba elak sedaya upaya dari sebarkan maklumat berkaitan diri sis. Ya Rabbi..punya lah sweet talker habis ayat yang dia bagi. puji-puji melangit bagai. sekali baca melting habisss…dua kali baca geli gelemang wehhhhh. geli sampai sekarang x hilang-hilang. then, bila dia dah start keluarkan ayat bunga-bunga dia tu sis dah start rasa lain dah. And i'm started being a bit rude to him.

kayy,,nak dijadikan cerita..selepas sis chat dengan dia tu..sis ada terbaca status dia kat fb. sis dapat rasakan yang status tu memang nak ditujukan kat sis pon sebab kes x puas hati yang i'm being rude to him. kah ! padan muka ! then, sis pun try comment kat status tu kononnya say sorry laah. sambil tu sempat la juga sis tengok orang yang like status dia tu. time tu memang lebih menguatkan firasat sis bila sis tengok majoriti yang like status tu adalah orang malaysia sedangkan dia bukan lahh orang malaysia pun. pastu sis macam terfikir somtim tauu..dan lepas tu sis terus stop chat dengan dia and terus block fb dia. tengah hari tu juga sis ada terima pula chat dari seorang akak ni…dia tanya sis macam mana sis boleh kenal dengan mamat warga Austin tu. sis pun cerita lah dari A sampai Z. and u know what..dia pun pernah terima chat yang sama dari orang yang sama sebijik macam yg mamat tu chat sis yang kononnya nak berkenalan. akak tu bagitahu dia chat sis sebab sis ada comment dekat status mamat tu. tu yang dia chat sis tu sebab nak suruh sis berhati-hati dengan mamat tu. thanks to akak tu juga sebab warning sis suruh berhati-hati dengan mamat tu. kalau x..habis lahhh…nasib baik dah berhati-hati dan x bagi maklumat peribadi kat mamat tu. katanya akak tu lagi dia dah pernah kena macam ni sebelum ni dan diorang pernah mintak sampai 10K tapi dengan mamat negara lain. kiranya akak ni kena kacau dengan mamat Austin ni kali kedua lah..

so..tujuan sis confess kat sini bukan lah niat apa-apa melainkan sekadar untuk memberi peringatan buat semua supaya benda macam ni x akan berulang dan x akan berlaku kat korang lagi. x kira lah lelaki ke perempuan ke…semua sama jerr. kena sentiasa berhati-hati especially dengan orang yang x kita kenali. dunia sekarang dah x selamat lagi dah. bahkan sekarang ni manusia lebih menakutkan dari hantu. macam-macam muslihat yang diorang pakai semata-mata nakkan duit. haaa…orang ni pun sama. diorang ni bukan saja-saja pun nak keluarkan ayat bunga-bunga tapi diorang ni nak kenal kita sebab diorang hanya nak dapatkan maklumat peribadi kita dan nakkan duit kita jerr. hmmm..penat sis menaip. tapi demi sesama muslim sis kongsikan juga…renung-renungkan lahh ^^

– ~MK~

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *