Assalamualaikum, Terima kasih kerana approve post ini.
Mampukah dia brubah?
Saya dan dia dah dua tahun berkawan. Inshallah, tahun depan akan melansungkan perkahwinan. Persoalannya mampukah dia brubah. Dia kaki perempuan,kaki mabuk,kaki club and segalanya kakilah. Dia juga sorang yang panas baran. Tapi demi cinta,dia dah kurangkn sikap panas barannya.
Ceritanya berbuka, kami kawan pastu hubungan putus ditengah jalan kerna kehidupan sorang janda. Masa tu dia jdi suka marah2 dekat aku. Aku sabar jela. Dah dia ad janda aku pun pergi balik pada exbf. Kami stop berhubung. Pkul 4.15 am , 13 Ramadan dia text aku minta maaf,dia mimpi aku,dia nk peluang kedua. Aku amik masa 4 hari untuk berikut peluang kedua. Dalam masa peluang kedua tu, rupanya dia masih lagi berkawan dengan janda tu. Tp dah confirm aku bagi peluang kedua dia stop dengan janda tu. Dia bawa aku jumpa parents dia. Ibu dia cakap 'kalau dia main2 ,makcik takkan bagi bawa jumpa makcik. Awk ni lepas 4 tahun dia bawa perempuan jumpa. Ibu dia tya mcmna semua.interview mcam2' it was successful.
Lps tu kami kawan macam biasa. Bincang hal nk kawin semua. sbb taknak tunang lama. dia pun dah call parents aku.Tetiba muncul extunang dia. Pm aku dlm fb. sedangkan aku xletak pape psl dia dlm fb.Cerita macam2. Time ni Keluar yg dia waktu diorg brtunang jahat. Masa tu umur dia 22,sekarang 29. Keluar la kaki perempuan,kaki bomoh,kaki club,pkai minyak pengasih. Aku percaya semua tp aku serah pada Allah. Extunang tanya pernah tak dia amik kesempatan. Aku cakap sumpah lillah dia tak pernah ambik kesempatan. Tak pernah nak holding hands pun. 2 tahun kawan,dia jaga aku sgt2. Sebab tu aku pelik dgn perempuan lain dia amik kesempatan. Dgn aku dia jaga, dia care,dia text n WhatsApp n call.
Sekarang ni aku memane dalam dilemma, kami nk kawin tahun depan tapi patutkah aku teruskan. Bolehkah dia brubah. Aku takut andainya aku gagal dalam perkahwinan. Selama hidup ni aku tak pernah gagal. Allah permudahkan segalanya.segala yang aku buat menjadi. Takut sangat andai perkahwinan ni gagal. Bolehkah dia berubah???
– Aishah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
buat solat istikharah, buat solat hajat, buat solat tahajud sekiranya dia jodoh awk dekatkan sekiranya bukan jauhkan lah..
BG masa PD diri ko utk siasat akhlak Dan berita tu. Ko x rugi Apa pun klu ko lmbat kawin ngn dia.
Kalau kau betul2 sayang dia, terima je la seadaanya. Baik buruk hadapkan je, tak perlu minta dia berubah. Tapi kalau kau sayang diri kau sendiri, kau la yg kena berubah. Berubah hati. Cari yg terbaik.
Btw, kenapa nk pilih jalan hidup yg penuh drama air mata?
Tak perlu mintak dia berubah tu gila hahaha
Terbaik ! Dah kenal sikap si lelaki, tapi nak jugak pilih jalan yang dah terang2 akan membawa kepada kesengsaraan.. harap akak ni berubah hati sebelum terlambat..
Antara sekarang dengan tahun depan tgk dia camana. Kalau ada tanda2 dia masih cam dulu, maknanya dia mmg susah nak berubah. Kena fikir betul2. Pernah terbaca, org lelaki kalau kawin dia x nak bini berubah tapi pompuan pulak kawin harap suami berubah. Maknanya sanggup kawin dengan org yg tak berkualiti, dgn harapan org tu akan berubah. Lelaki dia cari yg perfect siap2 tak payah nak ubah2 dah
Nak cari suami ni dik bukan macam cari baju. Bulan depan tak suka boleh buang beli yang lain. Apetah lagi lelaki tu yang akan membimbing kita.. bakal ayah pada anak2. Pilih la calon betul2 dik oi, dah kawen menyesal pun tak guna.
run while you still can
Jangan gamble.
Possibilities dia balik ke perangai asal adalah 90%
I second Azie Yanty…run while you still can.
Kena pastikan dia berubah sebab Allah. Kalau berubah sbb awak, dah dpt awak habis lah ubah dia tu. Maybe awak kene reject dia dlu. Kalau dia mmg istiqamah brubah . Accpt him back. Kalau tak sbaliknye lah. Ingat kawin ni bkn mcm kawan.
Cari lain..lelaki xkn berubah..jgn menyesal kemudian hari..
Klu takut dilambung ombak,jgn berumah di tepi pantai,cari lah rumah atas bukit.aku harap ko paham dik maksud akak.
Sekarang ni pun ko bole list out perangai buruk dia…agak2 ko la bole ke dia nak berubah…
suruh dia berubah dulu..yg penting solat 5 waktu dia buat tak? i tell u la.. laki ni sblm dpt janji tujuh petala langit…. dah kawen kang mcm2 jadi Nauzubillah…. ambik satu period of time utk tgok dia berubah ke tak… kalo tak…better let go … kalo berubah Alhmdulillah… kalo dia mmg niat nak berubah…x yah tggu kawen..skrg pun dia akan mula berubah… kalo janji lps kawen nak berubah mmg tipu! yg penting sis…. lihat solat 5 waktu dia… kalo dia dah bileh jaga.. InsyaAllah kebaikan lain akan menyusul… moga Allah berikan jalan yg terbaik buat sis..
Buat dia marah gila2 marah punya n see how he react ,, kalau dia start memaki menghina awak better jaga, coz selalu org macam ni mmg sush nak berubah kaki pukul nye
Xkan berubah punya. Jgn jd bodoh sb syg. Jgn tahun dpn aku tgk ko confess kt page krt plak
Cari lah yg lain. B4 n after married is 2 different thing! Jgn pecah otak dok fikir masalah. Slm kawen ni la kene memilih. Islam pun suh kite pilih…
weh..tolong jadi prmpuan pandai. always strive for the best in anything. in this case, strive for the best man u can get. it seems to me the man is a damaged goods. marriage is not a matter to be taken lightly. sure, u may think positively and hope for a miracle to happen like he changed to a better man but still, there is a BIG chance he can revert. who knows?please, think thorouhly. be smart. be wise.
Kalau jenis baran..baik xpayah.
Merubah akhlak bukan satu perkara yg mudah, jika diri sendiri pun perlukan masa dan usaha yg bersungguh2 inikan pula tiada kemahuan dan kesedaran. Tapi putus asa juga tidak boleh. Teruskan berdoa.
Nak tau dia boleh berubah ke tak lepas kahwin, tengok hubungan dia dengan Allah macam mana. Sebab Allah je yg boleh ubah dia dengan usaha dia sendiri. Kita takkan boleh ubah dia. Kalau sekarang dia takde improve hubungan dia dengan Allah dengan kerelaan dia, then sis kena fikir banyak kali. Jangan dia berubah sebab kita duk bebel2 ka apa semua. Tu boleh jadi hanyalah drama. Allah takkan ubah seseorang melainkan dia yg berusaha untuk ubah diri dia sendiri.
Kita ni nak kahwin dengan orang yang akan sentiasa menggembirakan kita, sikit2 sedih tu ok la. Tapi kalau yang sebaliknya, tak payahla. Nanti kemgembiraan semua tu dah tak rasa.
Ada baca kan confession yg kehidupan kahwin tak bahagia, awak nak ke lalui semua tu? Tak payah harap orang berubah, kuatkan diri dan tinggalkan dia. Saya dulu pun pernah stuck dgn first love, macam2 alasan sy create untuk rasa dia lah the one…dan dia pun asyik ttiba contact sy balik, konon2 rasa benda sama. Tp perangai tetap macam tu.
Dan sekarang saya dah kahwin dengan orang yg tak buat saya menangis hampir tiap malam. Bertabahla, doa untuk dipertemukan dgn jodoh terbaik, mgkin tak lama lepas putus terus jumpa.
istikharah jln terbaik