Mana Silapnya Aku?

Assalamualaikum. Terima kasih admin kalau tersiar. Dan aku harap ianya akan tersiar. Aku perempuan, 21 tahun dan baru habis belajar.. Act aku tak pernah nak meluah dengan siapa2 pun pasal masalah aku. Aku malu, aku taknak orang pandang pelik dekat fmly aku, tapi sebabkan beberapa perkara yg terjadi dalam bulan ni, aku rasa aku perlukan sedikit semangat dan sedikit dorongan untuk teruskan hidup.

Aku anak no 3, dari 8 beradik.. Along aku dah bekerja dan angah aku masih belajar di ipta, adik2 aku pula semua masih besekolah.. Mak ayah aku tak bekerja sebab masalah kesihatan, jadi nya semua pembelanjaan akan ditanggung oleh along.. Aku dengan along sangat rapat dan selalu berkongsi masalah..Oleh kerana dia sorang sahaja yang bekerja dan menanggung keluarga, aku mengambil keputusan untuk tak lagi menyambung pelajaran dan bekerja di supermarket.. Bukan aku tak cuba untuk cari kerja yang lain, tapi belum rezeki aku.. Aku tak kisah kerja apa sekali pun janji aku boleh tolong keluarga aku.. Aku dah pergi banyak interview tapi masih belum ada jawapan..

Parents aku suka bandingkan aku dengan abang2 aku.. Dari segi pelajaran, kerja, jodoh and everything.. Parents aku selalu suruh aku sambung belajar, katanya nanti boleh berjaya macam abang2 aku.. Boleh dapat kerja macam abang2 aku.. Bukan niat aku nak kecewakan mereka, tapi aku dah taknak susahkan along aku yang baru nak menyimpan duit sikit2 untuk masa depan dia.. Disebabkan dia sorang je tanggung fmly sebelum ni, dia tak boleh nak simpan duit..

Bila aku dah kerja and tolong family sikit2 baru lah dia dapat menyimpan untuk masa depan dia.. Aku selalu cuba tunaikan apa yang fmly aku nak, apa yang adik2 aku perlu aku cuba untuk tunaikan.. Setiap bulan pasti aku belikan sesuatu untuk parents aku, selitkan duit untuk belanja harian mereka.. Aku dah buat macam2, tapi parents aku masih anggap yang aku tak pernah tolong mereka, tak pernah ringan kan beban mereka.. Malah aku menyusahkan mereka dan memalukan mereka sebab masih tak dapat kerja office mcm abang aku..

Aku lepaskan peluang belajar aku sebab aku nak ringan kan beban semua orang, Aku tak memilih kerja sebab aku taknak buang masa dengan duduk rumah je, salah ke aku? Aku betul2 dah tak ada semangat nak buat apa2.. Apa aku buat semua tak kena dimata diorang, semua mesti di bandingkan.. Bila aku bersuara dikatanya aku anak biadap, bila aku tak bekerja dikatanya aku anak menyusahkan, bila aku bekerja dibandingkan gaji yang aku dapat, di pertikaikan waktu bekerja aku yang tak macam office hour.. Lama2 aku rasa tertekan, aku hilang semngat, aku dah taknak teruskan apa aku tengah buat sekarang..

Parents aku terlalu banggakan abang2 aku sampai dia tak nampak pun apa yang aku tengah usahakan.. Sekarang aku tengah usaha simpan duit nak bawak parents aku pergi Umrah, korang doakan aku boleh yeee.. Korang tolong la bagi aku semangat atau sedikit dorongan untuk aku teruskan hidup aku.. Doakan aku kuat nak hadapi semua ni and Allah luaskan pintu rezeki untuk aku.. Terima kasih semua :)

– Ayu.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *