Mana tahap kita? – 8:48 PM

Mana tahap kita?

Pernah dengar tak, 'Orang Mukmin tak akan jatuh lubang sama 2 kali'?

Aku adalah salah seorang daripada manusia yang kerap terleka. Masa aku susah hati aku rasa aku dekat sangat dengan Dia. Rasa khusyuk bila solat. Ada rasa 'grip' tu. Aku solat dhuha. Aku pergi solat berjemaah di masjid menempuh jalan yang agak jauh walaupun hanya satu masa sahaja sehari. Aku bersemangat membaca buku buku motivasi untuk meningkatkan keyakinan diri. Aku baca Quran at least dua mukasurat sehari. Banyak jugak usaha aku masa aku susah hati itu.

Tapi sekarang susah hati itu Allah ganti dengan sedikit ketenangan, masalah yang dulu ada juga semakin berkurang. Alhamdulillah. Tapi mana kurangnya sehingga aku terasa semakin jauh pula dari Dia sekarang? Allah.

Aku sekarang sudah tidak ke masjid lagi, hanya ke surau terdekat. Aku sekarang sudah jarang sekali solat dhuha. Aku sekarang kurang mengaji, kadang bila aku sedar aku sudah berhari hari tidak buka al Quran yang dulu aku cari cari. Aku sekarang sudah kurang berdoa, doa yang aku sering ulang ulang waktu dulu aku sangat berkehendak akan sesuatu, sudah aku tidak lakukan lagi bila sesuatu itu Dia telah beri. Allah. Allah. Aku sekarang sudah jarang memotivasikan diri, hanya sibuk berwassap, berinternet. Allah.

Tolonglah wahai aku. Tolonglah ingat, hidup kita sebagai manusia ini ingatlah lah satu perkara ini. Ingatlah, hidup kita saat ini, hari ini, WAJIB lebih baik dari hari sebelumnya, hari semalam. Selidikilah diri, adakah sekarang ini aku lebih baik atau lebih buruk dari semalam? Jika lebih baik, alhamdulillah semoga istiqamah. Sekiranya lebih buruk, bangun sekarang dan tolong lakukan apa yang sepatutnya. Tolong.

– Smile

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *