Mangsa Istikharah part 1

Salam semua. Ak dh lama nk tulis ni tapi asyik tertangguh. Hari ni ak nk bercerita psl mcm mana ak asyik mnjadi mangsa istikharah lelaki2 yg 'alim' ni. Kisah ni pnjg dn brsmbung2 so ak rasa baik ak tulis part 1 dulu takut korg pening nnti baca kisah byk sgt.

K kisah pertama. Ak ditakdirkn utk masuk ke kolej yg environmentnya usrah2 gitu. Jadi ak yg first time kenal apa itu usrah pun terikut samalah, berubah jd baik etc. Pd masa sama sering jugak dimomokkan dgn nikah khitbah, haa nikah gantung gitulah. Dan masa tu jugak org2 sekeliling ak sgt obses dgn kisah cinta islamik ni. So semua berangan nk kawen awal etc. Tk lupa jugak metod istikharah yg begitu popular dlm memilih jodoh ni.

Okay so nk dijadikn cerita, ada sorang mamat ala2 ustaz gitu approach ak. From the same college. Ak terima dia sbb ak rasa dia budak baik. K fine so kami bercinta. 'Islamic way'. At one point dia kata dia tk snggup lah bercinta lagi sbb dia takut dosa so kami break up. Tp ak tk prnah move on dr dia. Ak slalu pujuk dia suh balik kt aku. Ak promise kt dia utk jarang mesej dn tk keluar dating kalau itulah sbb nya dia tk mau couple, sbb ak dh syg sgt kt dia so ak rela lah mcm tu. So dia ni pn ada jugaklah bagi hrpn dkt aku dn in a way gantung ak tk brtali. So ak yg bodoh ni setia lah kt dia walaupun kitorg dh tk kapel.

Satu hari, laki ni ckp kt aku dia ada suka kt sorang perempuan dan prmpuan ni adalah kwn aku. Ak dh risau lah. Pastu akhirnya dia reveal prmpuan tu nama Sakinah (bukan nama sebenar). Bila ak tahu tu ak kecewa sgt dn ak hilang trust dkt dia. Sakinah tu brtudung labuh dn cntik. Wei tp ak tudung labuh jugak -.- sejak masuk kolej tu. Cuma personaliti ak masih diri ak yg sama, bukan type2 ustazah yg ckp lemah lembut idaman lelaki ustaz tu.

So ak kecewa gila sbb ak dpt tahu lelaki ni cuba approach kwn ak pulak. Nasib baik sakinah ni dh berpunya. So ak further discuss lah dgn si mamat ni. Dn dia kata dia dh istikharah. Pastu dia nampak ada aku dn prmpuan tu dlm mimpi dia. Pastu prmpuan tu lambai2 dkt dia. So hati dia kuat mengatakan jodoh dia dgn sakinah. Ak bengang gila sbb setahu ak mimpi kau tu tk smstinya petunjuk istikharah. Mgkin sbb kehendak hati kau kuat nak dia sbb tu kau jdi mimpi mcm tu.

To cut the story short, selepas insiden dgn sakinah ni, ak hold lg setahun dgn mamat ni. Lepas tu akhirnya ak yg bodoh ni ditinggalkn sbb mamat ni nak kt prmpuan lain pulak. Punyalah selama ni dia dakwahkn ak utk tutup aurat, last2 makwe die skrg tk tutup aurat pun. Propa je lebih mamat ni. Dn akhirnya dia bukan dgn sakinah pn, yg kekonon masuk mimpi istikharah dia tu

Alhamdulillah ak rasa lega sbb dh tkde pape dgn dia. Sbb lepas ak completely tkde pape tu, ak dpt tahu dr junior2 aku yg mamat ni suka mesej prmpuan dn suka mengayat prmpuan. Kekonon mcm nk cari calon isteri trbaik yg paling layak utk dia. Wah wah mcm tu rupanya kaedah kau ye. Jual agama utk kepentingan sendiri. Maaflah sy dh alergik dgn kaum ini. Kisah seterusnya akan sy update next time.

– Mona

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

206 Comments

  1. Mmg ada jenis yg mcmtu. Huhu. Perwatakan baik dan suka berceramah sana sini. Xpelah jadikan sbg pengajaran. Jgn salahkan imej jika mereka berjubah @ kategori alim bg si lelaki.

    Cuma perbanyakkan doa ditemukan dgn mereka y ssuai dgn kita. Satu masa Allah temukan dgn mereka yg betul. If we’re dah sampai seru.

    Seeloknya kita cuba perbaiki diri jadi hambaNya yg terbaik. Solehah kita krn Allah. Utk supaya doa kita smpai pd kedua ibu bapa. Huhu.
    Pjg lebar pulokk doh kecek Suezieanna Zhakariya oii. Hehe

  2. Haa ada sorang mamat camni. Habis semua kawan aku yang cepat terpedaya dengan lelaki ala ustaz gini frust menonggeng. Belum lagi yg bermasam muka. Yg peliknya lelaki ni nak budak budak dalam circle2 aku ni jugak. Heran betul. Apa yg power sgt. Aku kalau jumpa laki gini..aku tak kira..aku nak bg penampar sedas sbb mempermainkan hati kawan2 aku sorry la first time bahasa iolls ksr. Marah ni marah.

  3. Pengajarannya.. kalau ada lelaki yang mesej kau konon nak cinta islamik bla..bla.. janganlah percaya. Majoriti yang betul-betul islamik dan alim ni takde nak mengorat perempuan nak couple acah islamik. Kalau sembang pun takde nak bukak topik perempuan bakal bini ke apa..
    Yang mesej tu sekadar mempergunakan agama untuk dapatkan perempuan.

    • Berhati2 la jika ada manusia yg asyik mntarbiah kita sewaktu berusaha memikat..bukan brsangka buruk…berjaga2 dgn silauan manusia munafik

    • don’t worry, cuma xsmpai yg btul2 baik tuk kita je, istikharah hnya satu cara klau kita nk lbih yakin apabila kita dh yakin,bkn mmbuat pilihan..
      selamat hari raya

    • Hmm..betul2..cuma kecewa dgn segelintir dlm kalangn kita suka sgt jadi ‘penunggang agama’ bkn dlm isu ni je tp mcm2 lagi…bnda ni berlaku sbb masing2 mgimpikan pasangan mcm bidadari n bidadara..masing2 nak tnjukkan kesempurnaan dari segi agama,personaliti diri sbb nak dpt pasangan yg terbaik..berlakunya mcm ni sbb kita x rasa yg Allah yg mnentukan jodoh, rezeki, kita rasa kita mmpunyai kuasa yg penuh dlm mnentukan apa2 terhadap diri kita..laki yg baik utk prmpuan yg baik..contohnya..laki yg imannya 50% dpat prmpuan yg sama bgitu juga..cuma pndgn..

  4. ni namanya ust kasanova hati2 gurlz .selidik dpu sblum nk terjtuh cinta tu..moga Awk bljr dr pglmn ok.insyaAllah yg baik mmg dtg lmbt.Allah buka jln dgn byk minta ampun bkn byk berfikir ..sy doakn baik2 utk awk.sadokan hati.

  5. Sbb tu skrg ni aku dh ade ‘penyakit’ pandang serong kt golongan yg ‘luarannya’ alim sbb kebanyakan mereka nampak macam ‘penunggang agama’ kalau diperhatikan betul2 perbuatan mereka. Tak kira laki atau perempuan. Semuanya sama je. Mereka inilah yang menyebabkan islam terfitnah di mata mereka yg jahil. Islam diturunkan untuk agar manusia kenal n taat TUHAN YANG ESA serta mendidik manusia menjadi khalifah di muka bumi. Tapi mereka menggunakan agama utk memenuhi kehendak nafsu mereka. Minta Allah jauhkan kita daripada menjadi sebahagian dari golongan ini.

  6. Nurul Fazlinda ingat ka masa part 2? Kafaz ada bagitau pasal someone tu? Mesej semua perempuan, termasuk aku n kafaz.. Hahaha. Lebih kurang mcm ni la dia

  7. Cinta islamik takde. Orang lelaki kalo betoi2 islamik dia pegang hati perempuan dalam doa dia… dia syukur kalau tak dapat. Dia redha kalau ketentuan jodoh perempuan itu dengan orang lain.

    Rilek. Cool.

  8. Ishh2..sakit aty je lau trkena mcm neyh..ade hikmahnye jgak knpe dye tk trme kau even kau setia bagai nak rak kat dye..tgok..akhirnye Allah tnjukkan jgak disebalik kekecewaan tu ade kebaikan untk diri sndri..Allahuakbar..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *