Mangsa Yang Di Scam

Salam semua. Sekadar nak meluah kisah aku. Supaya boleh jadi pengajaran takkan tertipu dengan kerja part time. Aku nak luahkan pasal kebodohan aku kena dengan scammer part time. Hari tu ada orang invite aku dalam group part time kononnya.

Part time ni kena buat beberapa task dan kena keluar modal sendiri baru dapat pulangan balik. Aku mula2 taknak terjebak. Tapi lama2 bila tengok orang lain post dalam group resit bayaran untuk task yang diorang terima.

Jadi aku pun mencuba. Awalnya aku letak sikit saja duit. Alhamdulillah dapat jugak pulangan dia. Lepas beberapa hari. Aku mencuba lagi.

Kali ni task yang kecil2 takde. Aku pon memberanikan diri mencuba yang berharga RM500.

Tapi hari tu mungkin hari malang aku. Tiba2 orang tu kata task aku buat tu ada kesilapan. Kesilapan yang aku buat sendiri. Lepas tu aku menagih refund daripada agent tersebut.

Dia kata kalau nak dapatkan refund boleh tapi aku kena buat lagi 3 task. Taktahu kenapa aku setuju tanpa berfikir panjang. Tanpa berfikir apa risiko yang akn datang.

Jadi task pertama yang diberikan bermula dari RM2k. Aku agak terkejut dengan harga tu. tapi aku pikirkan agent ni legit dari segi nak dapatkan refund. Dan aku fikirkan sekali habis satu task dia akan pulangkan duit yang aku labur berserta commission.

Tapi sebenarnya dia suruh aku habiskan sehingga tiga task. Baru aku akan dapat semula duit yang aku labur, commision dan refund RM500 tu.

Aku teruskan dengan task kedua. Kali ni lagi aku terkejut sebab task kedua bermula harga RM12k. Aku dah hilang arah. Aku berfikir mana nak dapatkan duit sebanyak itu.

Aku minta dia carikan task yang murah dari harga tu. Malangnya tiada. Aku berniat tak nak teruskan. Tapi agent tu psycho aku. Dia kata aku boleh tolak duit dari modal yang sebelum tu.

Jadi aku hanya perlu RM8k untuk teruskan task kedua. Dan dia akan tolong untuk dapatkan task ketiga dengan modal yang rendah.

Aku dalam dilema juga masa tu. Nak taknak aku meminjam dari beberapa orang kawan yang rapat. Diaorang sedia membantu.

Aku dapat duit terus aku bank in ke agent tu. Tapi bank in bukan atas nama syarikat. Nama orang lain. Lepas aku bank in, aku didalam penyesalan. Tapi aku sangat berharap yang aku akan dapat pulangannya nanti.

Seterusnya task ketiga. Dia bagi task yang bermula RM33k. Aku mengucap panjang. Aku marah2 dia kata nak bagi task yang rendah tapi kenapa bagi task yang tinggi macam ni. Aku dah takde duit. Aku merayu untuk dia bagi semula duit aku yang sebelum ni.

Lagi sekali dia psycho aku. Dia bagi ayat bulan dan bintang. Aku senang termakan kata2 manis. Aku berfikir untuk mencari agensi pinjaman wang berlesen untuk pinjam RM27k. Aku mencari di website dan di laman sosial.

Semua yang aku jumpa aku whatsapp. Akhirnya ada satu agensi bernama YC hubungi aku. Ejen tersebut minta details aku untuk membuat semakan kelayakan untuk aku. Selepas itu dia kata aku layak untuk membuat pinjaman.

Tapi dia minta aku buat bayaran sebulan advance untuk test komitmen tapi dia kata akan pulangkan semula bila aku dapat duit pinjaman. Aku yang tak pernah membuat pinjaman percaya dengan kata2 ejen tu.

Aku fikirkan itu adalah syarat untuk buat pinjaman. Jadi aku bayar dengan baki duit untuk emergency. Setelah itu dia kata nanti manager dia akan hubungi aku. Manager tersebut bernama MR Mudzaffar.

Di bio whatsapp dia ada tulis Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Dia hubungi aku menggunakan whatsapp sahaja untuk berurusan.

Dia interview aku untuk pinjaman yang aku mohon. Lepas tu dia kata dia akn bank in pinjaman aku dalam masa 20minit. Aku pon menunggu dengan sabar.

Tak lama kemudian dia hantar video yang dia sedang berusaha untuk bank in duit aku. Tapi dia kata sebabkan aku pertama kali buat pinjaman. Jadi kena buat bayaran kepada bank dengan KPKT untuk proses borang permohonan kali pertama.

Aku dah mula rasa syak wasangka. Aku cakap mana ada duit dah untuk buat bayaran. Lagipun aku nak pinjam duit bermakna aku takde duit. Takkan aku nak keluarkan duit lagi.

Tapi dia terus memujuk dan berkata bahawa duit itu akn dikembalikan pada aku masa dapat duit pinjaman.

Aku pon pinjam lagi pada kawan2 aku. Dan bank in pada agensi tersebut. Dia kata kena tunggu setengah jam untuk proses. Aku tunggu lagi.

Lepas tu dia hubungi aku lagi. Dia kata aku kena ada duit sebanyak RM5.5k dalam akaun yang aku nak guna untuk terima pinjaman.

Sebab kononnya bank nak tengok kelayakan simpanan aku. Perasaan aku masa tu memang sangat kesal dan marah sebab dia melambatkan proses pinjaman aku.

Aku cakap kalau lepas ni dia minta untuk keluarkan duit lagi. Aku takkan buat. Dia janji hanya minta screenshot untuk duit RM5.5k berada dalam akaun aku saja.

Aku pon pinjam dari kawan aku lagi. Setelah bagi screenshot akaun bank aku pada mudzaffar tu, aku pulangkan semula duit tu pada kawan aku.

Tapi selepas tu mudzaffar hubungi aku lagi untuk bank in lg RM4k pada bank kononnya untuk diaorang naikkan CTOS aku. Percenta CTOS aku sekarang 50%.

Tapi 4k tu akn dipulangkan semula pada aku dengan duit2 yang sebelum ni berserta duit pinjaman. Masa ni aku dah mula naik angin dan aku mintak cancel pinjaman tu.

Tapi dia berkata kalau cancel pinjaman duit yang aku bank in tdi jadi burn untuk proses2 yang dah dilakukan. Hampeh.

Baru sedar yang aku kena scam dengan agensi tu. Dia tak takut sekiranya aku buat laporan polis dan buat tuntutan mahkamah kerana dia kata agensi diorang ni valid dengan kerajaan.

Aku nak buat laporan polis tapi aku masih dalam pantang. Lagipun aku tiada kenderaan untuk pergi balai polis.

Jadi aku buat aduan online di website KPKT. Untuk diambil tindakan sekiranya agensi tersebut menggunakan nama KPKT untuk tujuan yang salah.

Tapi tulah, masih tiada respon dari KPKT. Aku memang tak redha dengan duit aku yang telah discam dari agensi YC.

Aku rasa ramai lagi yang pernah tertipu dengan agensi berkenaan.

Jadi aku teruskan mencari agensi pinjaman yang lain. Kali ni aku cari yang takkan minta duit pendahuluan. Akhirnya aku jumpa dengan agensi yang betul ada lesen. Dan dapat pinjaman pada hari yang sama.

Lepas aku dapat pinjaman tu aku terus bank in pada agensi part time tu sebanyak 19k untuk selesaikan task yang ketiga.

Tapi aku kena tunggu 24jam untuk terima duit. Duit tu akn dimasukkan dalam akaun yang digunakan untuk buat task then baru la dapat withdraw duit tu ke akaun bank.

Lepas 24jam aku hubungi kembali ejen tu. Aku nampak duit modal, commission dengan refund dah masuk dalam akaun task tu. Dia minta aku cuba withdraw duit tu.

Setelah cuba aku nampak duit tu dikembalikan semula dalam akaun task. Aku tanya pada dia kenapa tak masuk dalam akaun bank aku.

Dia suruh aku hubungi customer service. Customer service tu pon gunakan whatsapp untuk dihubungi. Dia kata akaun task yang aku ada sekarang ada limit pengeluaran.

Dan aku tak boleh keluarkan sikit2 pon duit aku. Dia minta aku upgrade akaun yang tiada limit pengeluaran.

Tapi aku perlu membuat pembayaran sebanyak 22k. Kali ni aku pasrah. Aku dah tahu aku takkan dapat duit tu semula. Cuma tak tahu la kenapa aku bodoh sangat2 sebab sanggup meminjam duit dari kawan dengan pinjaman berlesen.

Aku harap orang lain takkan kena macam aku. Sekarang hutang keliling pinggang. Dengan tengah berpantang pikir masalah duit.

Sumpah aku stress sebabkan kebodohan aku. Dari patut rugi 500 sekarang aku rugi 40 ribu. Sekarang nak beli susu anak pun meminjam lagi.

Terima kasih admin tolong siarkan kisah aku yang bodoh ni. Aku sangat2 berharap kalau ada sesiapa yang boleh tolong kes aku ni.

– Yang bodoh (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *