Manjanya Pelajar Zaman Sekarang

Assalamualaikum, aku perkenalkan diri  sebagai Hana. Aku masih lagi belajar degree di universiti tanah air tercinta ni.

Apa yang akan sampaikan dalam confession ni adalah berkenaan dengan sikap passive dalam kalangan pelajar terutamanya semasa kelas ODL ni.

Aku bukan nak burukkan sesiapa, aku cuma nak bagi sedikit teguran untuk membuka mata tentang efek sikap itu.

Sesiapa juga bolehlah memberi komen cadangan yang bernas untuk masalah yang aku kemukan ini. Kitaran masalah yang sama berlaku setiap semester dan di mana-mana universiti.

Orang yang passive ni sebenarnya banyak bagi masalah pada yang lain.

Bayangkan bila ditugaskan oleh pensyarah untuk buat tugasan berkumpulan dan ahlinya semua passive. Semua menunggu orang lain untuk membuka mulut barulah nak jalan kerja.

Ada antara ahli yang tersangat passive dalam grup kerana mereka sibuk di rumah, amboi sibuk sepanjang masa nampak, dah lupa dah kot tanggungjawab sebagai pelajar.

Sebenarnya mereka bukannya sibuk sangat pun tapi saja menyibukkan diri dengan dunia socmed.

Masa pensyarah bagi tugasan berkumpulan, biasa grup whatsapp kumpulan akan wujud. Masing- masing menyepi.

Perkara ni biasanya aku akan cuba untuk atasi dengan memulakan percakapan dalam grup. Tak dinafikan ada yang sangat aktif menjawab.

Tapi yang menyedihkan ada yang seen tanpa menjawab sepatah kata pun untuk pertanyaan yang aku tanya.

Aku bukanlah nak ambil port sangat kalau sekali dua macam tu, ini tidak berkali-kali tidak dijawab. Sampai aku fed up dan whatsapp personal sorang-sorang.

Kawan aku ade jugak yang kena macam ni, dia cuba untuk pm teammate dia, tapi teammate dia cakap dia ni suka mengarah dan sedap2 saja nak bagi orang buat tugas itu ini.

Sudah ditanya dalam grup untuk bagi pendapat tentang kerja tapi tak dihiraukan, bila nak bagi kerja mulalah mengamuk buat status play victim.

Lagi haru, bila time peer evaluation orang yang banyak sekali bagi guidelines dan buat jadual tugasanlah yang diberi markah rendah alasannya suka mengarah, pandai pandai saja bagi tugasan dan suka paksa-paksa orang.

Ramai student yang macam ni. Malahan, yang bijak pandai pun menunggu orang untuk memulakan dan tidak ada inisiatif sendiri untuk memberi sumbangan dalam grup. Istilah spoon-feed ni biasa diamalkan student zaman sekarang.

Kerja berkumpulan ni sangat membebankan sesetengah orang sebab wujudnya manusia yang kurang common sense bab buat tugasan. Idea tidak diberi malah mengamuk jika diberikan tugasan tertentu. Lepastu buat ala kadar. Member yang lain pulak kena betulkan.

Time ODL ni banyak kerja berkumpulan yang perlu disiapkan pada tarikh yang sama. Biasanya aku akan buat meeting online dengan kawan-kawan satu grup untuk bincang idea. Tapi yang jadi masalah bila semua senyap saja dalam meeting tu.

Tunggu sorang untuk ambil alih meeting yang lain just hear and watch tanpa ada usaha nak catat apa2. Seorang atau dua orang saja yang bercakap yang lain cuma mengiyakan semua perkara, takde usaha lansung nak bagi pendapat atau idea.

Bila kerja tu melibatkan topik yang belum belajar atau perlu buat sedikit research, mereka cuba mengelak dari buat kerja tu.

Boleh saja cari maklumat tu tapi mereka lebih memilih untuk bergantung pada orang lain untuk menyelesaikan tugasan tu.

Banyak yang beralasan jika nak buat kerja berkumpulan, alih2 orang lain yang terpaksa buat double task.

Bukan kamu sorang yang ada masalah atau sibuk, orang lain pun sibuk dan ada life masing2. Kenapa tak cari masa untuk buat tugasan? Sibuk mengalahkan perdana menteri.

Bila ditegur, habis dicanang cerita yang tak baik di story whatsapp atau ig. Penat tau layan  teammate macam ni. Ada yang sampai gred rendah sebab teammate tak kisah pasal markah group assessment.

Kalau korang pernah tengok drama cheese in trap, ada scene pasal kerja berkumpulan yang mana ahli dia malas buat kerja dan bila nak present mula cakap merapu.

Pensyarah dia pun syaklah diorang ni tak bekerjasama dan bagi markah rendah. Kesian watak utama sebab dia yang kerah idea dan tenaga dari mula sampai habis.

Adakalanya aku penat nak melayan karenah ahli kumpulan ni. Kalau aku dah putus asa tanya pendapat diorang sebab asyik bisu saja. Aku akan buat senarai tugasan masing2. Aku pastikan tugas tu fair and square lah.

Pastu aku tetapkan due date untuk hantar di group wasap. Biasanya tugasan aku agihkan berperingkat ikut minggu. Minggu ni siapkan tugasan a dulu baru ke tugasan b untuk elak kerja last minute.

Ada pulak masalah bila teammate tak siapkan on time, yela sebabkan due date lambat lagi.

Ulang ayat due date lambat dan kumpulan lain tak mula lagi. Habis nak tunggu sehari sebelum due date hantar ke?

Bukan sekali tak buat tugas dia on time, banyak kali sampai aku taknak bagi apa2 job dah dekat dia atau bagi task yang senang dia buat. Bukan nak bagi muka tapi perangai sama berulang.

Ingat orang ade masa ke nak remind dan nasihat selalu.

Mungkin kamu boleh dapat carry mark tinggi walaupun tak bagi sumbangan dekat grup (sebab ahli lain buat task kamu) atau kamu tak kisah pun dapat kosong markah kumpulan, tapi ingatlah sebabkan perbuatan kamu habis yang lain kena tempias.

Kalau tak kisah tentang markah sendiri untuk hak kamu, tapi kalau markah itu melibatkan orang lain maka kamu perlu mengambil bahagian dalam kerja itu. Amanahlah dalam memikul tanggungjawab.

Pensyarah letak ahli kumpulan random sebenarnya untuk kita luaskan circle kita. Dalam dunia pekerjaan pun bukan kita boleh pilih siapa yang kita nak dalam satu team.

Bila kita berhadapan situasi macam ni kita akan tahu cara untuk handle masalah ni pada masa akan datang.

Cuma aku nak menasihati rakan seperjuangan, janganlah aniaya teammate anda dengan sifat malas tu. Kalau malas sekalipun usaha untuk contribute sehabis daya.

Kalau tak faham tanya kawan, kalau kawan tak tahu tanya pensyarah, kalau pensyarah sibuk tanya encik YT dan encik google.

Banyak sangat sumber tunggu kita gerakkan jari untuk taip, tunggu kita untuk belek, tunggu kita untuk tanya. Aku rasa salah satu kekurangan lahir zaman ini, membuatkan kita lagi malas sebab dah ada semua benda dalam hidup kita.

Makin hari makin kita terlalu bergantung pada sesuatu tanpa sedikit usaha.

Realitinya ramai sangat pelajar macam ni. Bukan saja melibatkan kerja berkumpulan tapi banyak perkara lain. Punca utama adalah MALAS dan tak cuba untuk perbaiki sifat ni.

Macam yang aku bagitahu tentang istilah spoon-feed, benda ni dah sebati dengan jiwa pelajar universiti.

Tunggu pensyarah bagi suap dan mengharapkan pensyarah sahaja. Bila time exam atau test, keluar soalan yang lain dari pensyarah ajar mulalah salahkan pensyarah padahal topik tu ada dalam buku teks.

Bukan tak ade buku cuma tak mahu nak belek. Bilalah kita nak maju kalau terus bersifat macam ni. Berusahalah untuk jadi pelajar yang bertanggungjawab.

Akhir kata, aku minta maaf jika susunan ayat aku berterabur tapi harap dapat faham mesej yang disampaikan.

– Hana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *