Manusia Boleh Berubah
Aku dah berusia suku abad, belum berkahwin, belum habis belajar.. tinggal di asrama dengan kawan2..aku tak ramai kawan..hanya ada sorg dua kwn rapat..boleh dikatakan sebelum aku msk U aku x pernah ada kawan rapat..masa aku bnyk dihabiskan bersama keluarga…
Masa sekolah dulu tak duduk kat asrama, belajar di sekolah harian biasa..hari2 balik rumah. Heaven siot..makan minum terjaga..aku mula keluar rumah selepas spm. Dapat tawaran belajar di pantai timur.
Daripada kanak2 hingusan aku dah jadi anak dara yg berdikari. Daripada cakap longat utara pekat aku dah bisa bertutur dlm semua loghat…aku rasa aku mmg da berubah…aku dah dewasa aku dah dpt menilai benda depan mata aku..makin lama aku merantau makin luas pndangan aku…disebabkan terlalu lama merantau dan hanya pulang waktu cuti sem je aku da rsa lain bila balik rumah.. i feel that i dont belong here…rumit ceritanya…manusia bole berubah..mungkin aku yg berubah ataupun mmg keluarga aku yg berubah…ataupun cuma aku da dewasa..aku da bole nilai segala kelemahan yg ada……..persoalan ini biarlah aku sendiri yang jawab di dalam hati
Aku, seorg yg pendiam tapi bnyk berfikir…aku suka memerhati…memerhati dan membandingkan dengan orang lain…aku rsa sangat menyesal..kesilapan membandingkan sampai sekarang aku kesali…kelemahan aku, benda yang aku taknak igt aku akn lagi igt lama…aku cuba untuk tanamkan dalam otak aku bahawa semua ini hanyalah dugaan..hidup ini hanya sementara….aku kelak akn berkeluarga juga….dan aku sgt sedih kalau anak aku akan jd mcm aku…mungkin ini dinamakan dugaan hidup…
Tapi dalam hati aku berharap sekiranya segalanya ini bukan disebabkan aku yang berubah, aku tak mahu Allah menutup pandangan aku akan perubahan itu..
Tetapi aku berharap semoga Allah mengubah segala yang tidak diingini itu menjadi yang aku mahukan…Setiap org inginkan kebahagiaan kan?begitu juga dalam keluarga
– observant