Manusia Gila

Assalamua’laikum.. Pertama sekali, ni bukan cerita pasal depression atau orang yang dah betul-betul hilang kewarasan akal atau gila. Tapi ni pasal orang yang nampak macam ok atau berpura-pura baik tapi sebenarnya menyorokkan perangai jahat mereka.

Saya rasa, mesti ramai sangat yang dah pernah terkena dengan orang macam ni kan. Kawan tikam belakang kawan, isteri yang dah kahwin baru kenal belang suami sendiri, pasangan yang psycho yang awal-awalnya nampak perfect dan lain-lain.

Apa yang saya nak cerita, mungkin tergolong dalam jenis-jenis orang macam ni.

I’m a guy. A married man. Sekarang dalam transit nak cari rumah sewa baru. Jadi saya, isteri dan anak-anak sekarang ni tinggal dekat satu tempat yang ada bilik banyak-banyak dan bilik air kongsi.

Jadi dekat tempat ni ada dapur, ada beberapa bilik air besar, ruang tamu dan tempat untuk basuh baju. Macam rumah biasa cuma bezanya ada banyak bilik. Gaya macam hostel la di ibu kota.

Sebelum ni masa awal-awal kami duduk, ada ramai orang. Tapi COVID kan makin teruk sekarang ni. Jadi ramai yang pulang dan tinggal la sorang hamba Allah ni saya namakan sebagai A.

Jadi A ni dari awal kami datang menginap di situ, memang nampak sangat baik orangnya. Ramah dan nampak sopan. A ni pelajar ijazah jurusan dalam bidang agama Islam.

Jadi, sesuai dengan bidang tersebut, percakapan A ni memang nampak islamik dan tiada apa-apa yang mencurigakan pada mulanya. A juga kerap memberikan kami makanan terutamanya apabila A memasak. Nampak sangat baik dan pemurah.

Tapi, I am a bit suspicious about him. Saya ada sejenis perangai yang saya selalu tanpa sedar, saya buat. Saya memerhati orang. Cara, percakapan, perbuatan, body language dan etc.

I have that habit. Tak tahu la teliti tahap mana tapi, banyak kali sangat dah, when I suspect something from a certain person about their hidden personality, selalunya, dengan izin Allah, apa yang saya rasa tu kebetulan betul.

Berbalik pada si A ni, dia duk pung pang pung pang pasal agama islam ni dengan saya, banyak kali jugak la.

Saya bukan banyak ilmu sangat, jadi saya banyak dengar jela apa dia cakap. Perkara yang saya tahu dan rasa tak bercanggah dengan islam, saya iyerkan jela. Yang saya tak tahu, saya senyap.

Lepas beberapa minggu duduk situ, A mula slow-slow tunjuk perangai. Sebelum ni keluar bilik sentiasa berbaju, sekarang sentiasa tak berbaju. Kentut sebelum ni tak berbunyi, sekarang duk kentut bunyi macam bom hiroshima.

TAPI… Ini bukan sebab kenapa saya label A sebagai manusia gila. Next part will be more interesting.

Pada suatu petang… saya memasak di ruangan dapur untuk isteri saya (Isteri saya tak sihat dan tak dapat urus kami sangat buat masa ni).

A datang ke dapur dan kami bersembang. Dia tak pakai baju dan nampak bulu-bulu dada dia yang konon macho tu. Well that’s fine. Dia laki, aku laki, Nothing is wrong with that. What is wrong is what I am going to tell after this.

Tengah duk sembang-sembang tu, A ni duk la usap-usap dada dia. Usap bahagian puting dia. Cara dia macam menggoda.

I was like, What the tut! Sambil dia buat tu dia duk cerita dia pergi jalan-jalan dengan ada sorang kawan dia ni dekat satu tempat percutian (kawan dia tu lelaki).

Tak tahu apa point dia. Then he said something yang saya tafsirkan seolah olah he wants me.

Once again, Aku macam What the tut! This crazy guy actually trying to seduce me? Gila. Tapi saya teruskan perbualan tu dan buat bodoh dengan apa yang dia cuba sampaikan tu.

Siap masak aku cepat-cepat blah dari ruang dapur tu. okay2…mungkin bahagian ni korang dah start cakap, aku ni pikir banyak sangat, pikir negatif, bla bla bla.

Aku pun pikir macam tu dan cuba think posititive dan abaikan benda tu. mungkin aku je yang pikir lebih. Lebih kurang seminggu atau lebih jugakla aku duk berlawan dalam kepala pikir positif, pikir negatif tu. Sampai la kejadian seterusnya ni.

Pada satu malam, saya nak keluar. Tapi masa tu tergesa-gesa, jadi keluar pintu bilik, terus bergegas ke ruang tamu nak keluar. A ada kat depan. Tengok video ape ntah, bahasa arab. Takde apa-apa yang pelik kan? Well there is something very wrong about that situation.

Tangan dia dalam kain pelekat dia, dengan cara yang agak mencurigakan. Mungkin pembaca lelaki akan kata biasa la tu, gatal kot, garu2 sikit. Masalahnya bila aku kat ruang tamu tu, dia macam terkejut dan lepas dia terkejut tu, dia bawak keluar tangan dia tu tergesa gesa.

Ok2, mesti ada duk kata ‘garu je tu, kau ni pikir lebih sangat ni’. Aku pun pikir macam tu jugak wei, walaupun sebelum insiden dia goda kat dapur tu aku dah suspek benda tak kena dengan mamat ni. Final part ni,akan clear all of our doubt.

Masa ni aku baru bangun tidur. Biasa memang pagi-pagi, aku bangun dulu. Sepanjang duduk sini memang selalu macam tu. Si A ni pun tahu benda ni. Aku pergi tandas.

Memerut kejap. Perut duk sakit. Bilik si A ni dekat dengan tandas dan sebelum aku masuk tandas aku nampak pintu dia terbukak. Masa ak tengah duk melabur tu, tiba-tiba duk dengar macam bunyi orang tengah tengok video.

Mula-mula aku tak dengar sangat, tapi lepas tu, si A ni macam kuatkan lagi volume. Jadi dengarlah apa jenis video dia tengah tengok tu. Video p0rn.

Dan sebelum video tu habis pun macam dengar suara dia duk ahh ahh tu. Bodoh tak? Ingat aku sangap ke dengar suara dia tu? Perlu ke dia buat suara tu?

Tahu tak apa masalahnya dekat situ? Ko nak tengok p0rn, ko pakai la earphone bodoh! Kalau takde orang pompuan lain cerita.

Mungkin sama lelaki tak rasa malu. Ini Isteri dan anak-anak aku ada kot. Takde rasa malu ke? Nasib baik la masa tu anak isteri aku tengah tidur (mungkin dia memang tahu pun anak bini aku tidur).

Tapi betapa tak malunya dan nak tunjuk kegilaan dia tu. Jadi kat sini, menguatkan apa yang aku rasa tu betul. Insiden-insiden sebelum ni pun mungkin memang macam aku jangka. Memang tak boleh nak positif dah.

Insiden melancap kat ruang tamu pun rasanya macam sengaja jugak. Logik ke nak melancap kat ruang tamu? Kecuali memang sengaja nak bagi orang nampak.

Ni baru satu kisah pasal manusia gila yang aku jumpe. Ada banyak lagi. Aku pun tak tahu kenapa tapi Allah bagi rasa. Mungkin tak pada semua yang aku tengok aku boleh rasa.

Tapi kalau aku selalu berkomunikasi secara face to face, biasanya boleh agak-agak la orang tu ok ke tak. Dari mesej pun boleh agak kalau tahu kesan apa yang tak kena. Tapi face to face is better.

Some body language, you just can’t hide. Tapi pelakon dua muka yang pandai, takkan tunjuk apa-apa yang suspicious cuma kadang-kadang, diorang ni pun ada buat kesilapan kecil. Dari situ boleh kenal perangai diorang ni.

Kalau buat servis cam perangai orang pun laku jugak nih. Bolehla bantu orang cam perangai pasangan sebelum nak kahwin.  Aku pun tengah takde duit, haha. Melawak je ok.

Tapi aku memang tengah takde duit. So, kena tinggal kat tempat ni sementara waktu lagi. Doakan keselamatan kami dan doakan murah rezki kami, dapat keluar dari sini cepat-cepat.

Pengajaran dekat sini, jangan cepat percaya orang. Tapi manusia gila macam ni, pandai berpura dan berlakon. Banyak yang aku jumpa, tak tunjuk belang diorang. Lelaki ke perempuan, ada belaka. Jadi selalu la doa, mintak Allah lindung dan jauhkan dari manusia macam ni.

– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit