MANUSIA YANG MENJADI
usai solat maghrib, dari tingkat 2 masjid, turun ke bawah
Pudin tengah betulkan rambut di depan cermin, aku datang dari belakang, buat perkara lebih kurang sama (semenjak rambut panjang), dan aku mulakan konversasi
Ahmad: ko tahu apa yang menjadikan kita manusia?
Pudin : haha (mennyeringai), mende doh?
Ahmad: setiap hari kita buat pilihan, yang sukar dan yang mudah
Pudin : mana pulak ko dengar mende nih?
Ahmad: aku sendiri je
Pudin : seram doh aku dengar ko cakap macam tuh
Ahmad: entahlah, aku banyak berfikir sekarang, tak tahu lah betul ke tidak, hidup tak macam sekolah dulu, satu mende yang aku rindu hidup asrama, semuanya diatur, dari pagi sampai ke tidur, ko tak payah fikir banyak, sekarang, soalan nak makan mana pon susah nak jawab, tiap-tiap hari buat pilihan
Pudin : betul jugak cakap kau, susah doh~ sebab kita tak boleh predict masa depan, tapi betul ke yang kita kalau fikir banyak-banyak, boleh jadikan masa depan kita lagi baik, tapi kita hanya boleh merancang kan
Ahmad: tak tahu doh, aku rasa, masa depan tak banyak berubah pon kalau kita rancang macam mana pon, sebab memang ada perkara yang memang dah fix untuk kita, aku rasa kalau kita banyak fikir, kita lagi banyak muhasabah, so yang berubah sebenarnya diri kita, macam mana ko terima masa depan
Pudin : tu la aku sekarang pon jadi ragu-ragu, sama ada pilihan yang aku buat nih betul ke tidak
Ahmad: setakat yang aku rasa la, dalam memilih dalam hari-hari takde yang terlalu nyata salah atau betul, kalau ko pilih yang ini, ada pro nya, ko pilih yang itu, ada pro nya, dan ko belajar dari apa yang ko telah pilih, dalam memilih perkara lain pada masa depan, dan apa yang kau telah pilih, itu semua yang terbaik yang pernah ko pilih, sebab masa itu dah berlalu, dan pilihan telah berlaku
(sampai CAC)
Ahmad: arghh~ apsal pintu nih tutup !!!
(p/s: banyak tokok tambah)
– GULAI