Manusia Yang Toxic Dan Juga Si Pencurang!

Assalamualaikum. Kisah ni mengenai seorang manusia yang aku kenalkan di sini sebagai N. N bekerja sebagai peguam syarie di ibu kota iaitu KL.

N ialah seorang yang sangat toxic dan selfish. N sering merasakan dia berkuasa di tempat kerja sebab dia lama bekerja di situ.

Kalau ada staff lain yang lebih daripada dia atau buat dia sakit hati, dia akan protes dengan mengadu kesalahan staff kepada majikan.

N juga akan membuat mental torture secara halus dan diam sehingga staff tersebut berhenti. N licik.

Dia akan menjalankan kerja toxic dan mental torture secara halus sebab dia tak suka orang pandang dia jahat atau jenis tikam belakang.

Majikan percayakan dia sebab tu staff lain tak mampu untuk berbuat apa-apa. Kerana ini, N naik kepala dan merasa majikan akan ikut segala apa yang dia cakap. Licik kan N ni? N juga suka play victim.

Dia akan buat reka cerita untuk semua orang kesian kat dia seolah dia mangsa padahal dia pencetus segala masalah dan huru hara.

Kuat mengadu, tak boleh tengok orang lebih dari dia, suka merendahkan level orang lain seolah dia level tertinggi, suka menindas orang yang dia tak suka secara halus dan licik.

N juga ada skandal dengan lelaki bujang aku sebut di sini sebagai A yang sama tempat kerja. N dan skandalnya juga sering berdua-duaan di tempat kerja sehingga tengah malam. Buat kerja apa sampai tengah malam?

Bila ada staff yang balik lambat, mereka sanggup tunggu di mana-mana dan patah balik ke tempat kerja apabila ofis dah kosong. Check in hotel 5 star. Antaranya Hillton Hotel dan Grand Hyatt.

Mungkin ada banyak lagi 5 star yang lain tu tak pasti. Hotel kedai pun pernah. Mungkin N dan skandalnya tidak sedar KL ni tak besar mana pun, alih-alih boleh terserempak sesama sendiri.

Antara sedar atau tak. Allah kalau nak tunjuk, Allah akan tunjuk. Kalau di tempat kerja, mereka sering buat “kerja” di dalam surau sehingga staff di tempat kerja yang tahu mengenai hal ini solat di tempat lain.

Bila N dapat tahu, N akan protes dengan tiba tiba moody. Mungkin rasa ada buat salah atau tercabar. Kalau masuk surau berdua waktu malam memang tak boleh dah nak sangka baik.

N dan skandal tidak tahu staff di situ tahu mengenai hubungan mereka serta kegiatan mereka di tempat kerja pada waktu malam.

Allah tunjukkan kebenaran walaupun sepandai mana mereka cuba sorok. Ada staff yang berhenti sebab tak tahan untuk bersubahat dengan maksiat mereka berdua.

Kasihan kerana sikap selfish manusia ni, orang lain yang kena berkorban.tempat mencari rezeki dijadikan tempat mereka membuat kerja tak elok.

Bercinta bagai tak ingat dunia. Macam ada dalam dunia sendiri. Benda ni dah berlaku sejak tahun lepas lagi dan sehingga sekarang.

Mereka pandai berlakon seolah tiada apa-apa yang jadi. Kadang-kadang tu mereka berdua saja buat drama bergaduh untuk elak orang syak walhal kesemua staff dah tahu hal ni.

Ada yang masih bekerja kerana terikat dengan komitmen dan sbgnya. Untuk diadu ke majikan, risau tak dilayan kerana difikirkan mungkin majikan akan fikir reputasi dan prestasi company lagi penting.

Suami atau keluarga N serta keluarga skandalnya juga tidak pernah diberitahu sebab tiada jalan untuk hubungi suami atau keluarga mereka.

Untuk menegur mereka berdua secara face to face apatah lagi kerana tidak tahu bagaimana cara untuk memulakan. Lemahnya iman kerana tidak menegur perbuatan mereka.

Moga Allah ampunkan dosa manusia ini yang tidak berani untuk menegah maksiat. Moga dengan confession ini dapat meringankan sedikit rasa beban kerana dapat meluahkan apa yang dipendam.

Kalau nak cerita pasal ni, memang panjang. Yang boleh disimpulkan, kita ni tak payah la nak jadi toxic pada orang lain.

Kalau kat tempat kerja, buat jela kerja kita. Tak payah nak kacau periuk nasi orang sebab kerja kita pun belum tentu bagus sangat. Lagi satu, Jangan pandang rendah pada orang lain.

Berkaitan dengan skandal tu, bertaubatlah. Kesian anak dan suami. Walaupun dengan membuat maksiat, N fikir rezekinya selalu ada. Apa yang dia nak selalunya dapat.

Ya Allah, takut fikirkan benda ni. Sombong sangat kenyataan ini. Allah kalau nak tarik, sekelip mata Allah boleh tarik.

Moga kita semua sama-sama sempat memohon keampunan sebelum menutup mata. Kita semua adalah pendosa dan tidak sempurna namun jangan kita terlalu taksub dan leka dengan dunia.

Semoga Allah jauhkan kita semua daripada terus leka dan lalai denganNya dan juga dijauhkan daripada sikap yang lagha dan terkutuk. Aamiin. Maaf zahir dan Batin.

– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *