Aku terpanggil untuk berkongsi pengalaman aku selepas terbaca confession mengenai Swinger.. (https://iiumc.com/hadis-14-budaya-swinger-cuckhold-hotwife-dalam-kalangan-orang-melayu/).
Sedih bila ada golongan-golongan yang sebegini.. Begitu juga dengan pesakit-pesakit aku..
Kes 1.
Seorang anak gadis manis berbaju kurung yang katanya kejutan budaya selepas memasuki universiti yang mempertahankan bangsa melayu di sebuah kawasan luar bandar..
Ya… di kawasan luar bandar. Bukan universiti di tengah-tengah ibu kota. Datang dengan simptom keputihan teruk selepas beberapa kali ‘bersama’ dengan sugar daddy-sugar daddynya yang berbangsa lain.
Remuk hati aku dengar bila katanya semakin suka dengan pekerjaan sampingannya ini semata-mata dapat perhatian lebih dari sugar daddy dan hidup di sponsor walaupun hanya untuk beberapa ratus setiap bulan.
Duit PTPTN hanya cukup untuk makan sahaja. Tidak cukup untuk memenuhi kehendaknya dizaman meningkat remaja.
Kes 2.
Pelajar dari universiti yang sama. Melakukan aktiviti yang sama. Telah dibuang uni dan kini menetap di rumah sewa.
Ibu bapanya masih tidak mengetahui tentang kisahnya dibuang uni kerana dia akan balik ke rumah apabila ‘cuti’ semester dan pulang ke rumah sewanya apabila ‘cuti’ semester tamat.
Dengan tenangnya dia kata mahu menggugurkan anak yang di kandung dan dia juga tahu dimana lokasi klinik swasta yang menjalankan aktiviti haram tersebut.
Aku ketap bibir menahan marah apabila dia tetap akan meneruskan ‘pekerjaan’ sampingannya sehingga dia tamat ‘tempoh belajar’ di universitinya.
Kes 3.
Turut seorang gadis berbaju kurung bertudung yang merupakan seorang cikgu praktikal datang ingin membuat ujian HIV setelah memberi perkhidmatan kepada hampir 80 lelaki berlainan.
Kes 4.
Seorang askar yang ‘terlanjur’ di pusat urut thai semasa bini pantang selepas bersalin anak pertama.
Kes 5.
Seorang lelaki yang ingin membuat pemeriksaan HIV 2 minggu sebelum berkahwin dengan bakal isteri yang langsung tidak tahu bahawa bakal suaminya ini selalu melanggan ‘pelacur’ seperti kes no 3 tadi.
Telah aku katakan keputusan HIV nya boleh negatif untuk tempoh 6 bulan selepas hubungan terakhir dan boleh jadi positif selepas tempoh 6 bulan terrsebut.
Tapi lelaki berkenaan masih tetap mahu meneruskan perkahwinan tanpa memberitahu bakal isterinya. Keputusan yang sangat pentingkan diri sendiri..
Aku terkejut bila jumpa banyak sangat kes seperti ini di klinik luar bandar.
Dan apa yang membuatkan aku tidak lagi ikhlas dalam merawat mereka adalah mereka masih lagi melakukan maksiat yang sama berulang-ulang kali walaupun beribu kali aku menasihatkan tentang komplikasi kesihatan, masa depan dan hukum agama.
Aku jadi meluat bila terpaksa menjadi profesional semasa merawat pesakit-pesakit yang seronok melakukan maksiat tanpa ada rasa bersalah dan inisiatif untuk berubah.
Aku berharap sangat supaya akan ada kerjasama pihak jabatan agama dan kementerian kesihatan dalam membendung kes seperti ini.
Aku rasa aku terpaksa bersubahat dengan merahsiakan maksiat mereka hanya kerana aku terpaksa menjadi terikat dengan undang-undang medical untuk menjadi profesional,
Tidak boleh membocorkan rahsia pesakit bagi mengelakkan pesakit lari dan sekaligus menyebabkan risiko jangkitan penyakit berjangkit meningkat.
( Contohnya pesakit tidak selesa dan tidak mahu sambung rawatan tetapi masih melakukan maksiat).
Aku sangat menghargai pesakit yang cuba sedaya upaya untuk berubah dan elakkan maksiat walaupun HIV atau Hepatitisnya sudahpun positif.
Tetapi tidak untuk pesakit yang terang-terang mahu menyambung ‘servis’ maksiatnya walaupun keadaan tidak terdesak mana.
Sedih dan risau bila mengenangkan anak-anak aku membesar dalam keadaan masyarakat melayu islam yang tenat.
Semoga Allah buka pintu hati mereka semua untuk bertaubat dan lindungi anak-anak kita dari segala bentuk zina. Amin…
– Meez (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit