Mas kahwin & wang hantaran – 3:43 PM

Mas kahwin & wang hantaran

Salam hadirin hadirat sekalian :B

Mohon admin post kan ni sebab saya keliru sangat sekarang ni. And terima kasih admin kalaudah post ni. Hehe

Saya dibesarkan di Selangor tetapi akan bernikah di Kelantan. Bagi negeri Selangor, mas kahwin adalah RM 300 dan hantaran tu terpulang kepada lelaki and selalunya hantaran tu digunakan untuk kenduri. Tapi saya difahamkan bagi negeri Kelantan, mas kahwin disekalikan bersama hantaran. Bermakna sekiranya pihak lelaki nak bagi hantaran RM 15ribu, maka duit tu tak boleh digunakan untuk kenduri. Kena bawak sedebuk depan tok kadi masa akad nanti.

Masalah saya ni, mula2 kami decide untuk nikah di Selangor. Atas sebab-sebab tertentu, terpaksa tukar bernikah di Kelantan. Tunang saya nak bagi hantaran 15ribu bermaksud sekali la dengan duit kenduri. Tetapi sekarang ni bila bernikah di Kelantan maksudnya kene bawak sedebuk la depan tok kadi tu sedangkan duit tu kami dah guna a few untuk kenduri and preparation kahwin. Tok kadi pulak taknak cek2 ni. Nak cash. Gila oi nak bawak 15ribu cash. Buatnye kene rompak dalam perjalanan tak ke naya.

Betul ke prosedur nikah di Kelantan macam tu? Atau pun depends kepada tok kadi. Mohon sesape yg pernah bernikah tau prosedur nikah di Kelantan untuk terangkan. Terima kasih korang yang gojes.

– Niniey

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *