Masalah

Nak tanya, memang masalah utama kebanyakkan student uia ni adalah berkaitan soal jodoh dengan roommate ke? Ataupun yang luahkan hal-hal tersebut sebenarnya bukan student uia?

Saya tertarik membaca luahan-luahan di page ini dan memang majoritinya berkaitan dengan dua perkara di atas.

Saya kongsikan luahan-luahan tersebut kepada kedua ibu bapa saya yang umur mereka dalam 60an. Komen mereka terhadap luahan-luahan ini semua adalah bahawa orang muda kini jiwa mereka lemah, perkara-perkara kecil pun boleh stress (mungkin isu tersebut kecil daripada perspektif mereka). Mereka menyatakan dulu, mereka tidak pernah pun ada masalah-masalah sebegini. Masuk ke menara gading fokusnya adalah menuntut ilmu secara total. For the sake of knowledge itself, dan apa yang mereka dapat sumbangkan kepada masyarakat dengan ilmu yang diperolehi sepanjang pengajian. Maka, mereka tidak ada masa untuk memikirkan hal-hal yang akan mengganggu fokus tersebut.

Mungkin juga dulu tidak ada media sosial yang menyebabkan mereka tidak ada medium untuk meluahkan melainkan melalui journal/diari. Hasilnya, mereka kuatkan diri juga menempuhi dan menyelesaikan segala masalah dihadapi.

– Chewbacca

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *