Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama sekali nak ucapkan terima kasih kat admin kalau confession ni disiarkan. Nama aku Ana, berumur 25 tahun dan sudah bekerja. Aku merupakan pesakit ADHD/ADD (doktor sahkan) sejak 3 tahun lepas. Masa tu aku jumpa doktor psikologi atas nasihat kaunselor universiti aku sebab masalah-masalah (akan disenaraikan di bawah) yang aku alami. ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorder) atau ADD (Attention Deficit Disorder) ialah sejenis gangguan psikologi. Kebiasaannya gangguan ni banyak dilihat pada kanak-kanak tapi tak mustahil boleh terjadi pada orang dewasa macam aku ni. Info lain korang boleh google sendiri lah ye hehehe. Tujuan aku menulis confession ni sebab nak bagi pendedahan kepada masyarakat tentang ADHD/ADD sebab ramai sangat orang salah faham dengan kami ni sebab sakit ni bukan orang boleh nampak pun macam depression, bipolar disorder dan macam2 disorder yang lain.
Kat bawah ni aku akan senaraikan masalah-masalah ADHD/ADD yang aku hadapi. Perlu diingatkan tak semua pesakit ADHD/ADD mengalami masalah yang sama. Kemungkinan ada masalah yang ada pada pesakit lain tak ada dekat aku dan sebaliknya.
1) Senang hilang fokus.
– Kalau ada seseorang bercerita dengan aku, aku akan pandang dia tapi apa yang dia cerita tu aku tak dengar pun, lagi2 kalau cerita panjang. Aku akan angguk2 macam acah dengar tapi sebenarnya tak. Bukan sebab cerita dia tak menarik ke apa tapi kadang2 aku pun tak perasan yang aku dah mengelamun fikir benda lain. Pernah beberapa kali aku terhilang fokus bila interviewer tengah interview aku untuk kerja hahaha. Tips untuk korang yang normal ni, kalau tengah bercerita tu, kau tanya lah dia yang dia dengar tak. Tapi jangan tunjuk sampai korang habis cerita baru nak tanya, tak memasal kena ulang semua cerita.
– Kalau nak cerita fokus dalam kelas dulu hmmm aku tak pernah fokus pun masa lecturer mengajar hahaha. Bukan sebab aku main2 taknak belajar ke apa, tapi memang aku sedar2 je dah nak habis kelas. Kiranya datang kelas dengan balik kelas sama je, tak dapat apa pun. Kalau ada orang sebelah tanya apa lecturer tu cakap sebab diorang tak dengar, aku akan jawab ‘entah, aku pun tak dengar’ hahaha.
– Kalau tengah tengok movie, kadang2 terpaksa ulang balik sebab aku hilang fokus.
– Tengah baca buku pun sama, baru je baca satu ayat, kena baca balik sebab masa baca tu tak fokus. Ulang bukan sekali ulang. Tengok lah berapa kali terhilang fokus. Hahaha.
– Terlupa nak cakap apa
2) Hyperfocus atau terlampau obses
– Contoh, masa dekat universiti dulu, aku jadi ajk untuk satu kelab ni. Kerja aku masa tu aku kena key in nama ajk dan peserta. Kalau ikutkan sekejap je nak key in tu tapi aku ambil masa hampir 2 hari nak organise excel tu sebab kejap2 aku tukar font kejap2 aku tukar saiz. Macam2 lah aku buat sampai aku rasa puas hati. Lepas dah habis tu aku save, lepas tu aku bukak lagi. Memang ada kerja lain masa tu tapi aku tak buat.
– Terlampau obses dengan kerja sampai tak makan
– Kan dekat facebook kan selalu ada je viral makanan2 yang sedap2, ada satu hari tu aku terjumpa post pasal maggi ketam. Setiap hari aku sanggup keluar pergi cari maggi ketam tu, search kat facebook, twitter sampai berjam2 berhari2 kat mana ada maggi ketam. Tempat aku takde maggi ketam tu. Selagi tak dapat, selagi tu aku tak rasa tenang. Dan lepas dua minggu (kalau tak silap), dekat kelantan, aku dapat akhirnya makan maggi ketam tu. Tapi lepas tu aku rasa sedih tambah benci kat diri aku sebab aku fikir apa bodoh sangat obses dengan maggi ketam ni. Hahaha.
3) Pelupa
– Kalau ada orang mintak tolong aku, tak sampai 5 minit lepas dia cakap tu aku terus lupa. Mak aku suruh angkat kain kat luar rumah tapi sebab masa tu aku tengah buatkan air untuk ayah aku, so aku cakap kejap nanti aku angkat kan. Lepas je hantar air kat ayah aku, aku terus masuk bilik golek2 atas katil hahaha. Memang terus kena dengan mak aku lepas tu hahaha.
– Pernah aku keluar rumah, aku ambil kunci kereta lepas tu drive. Dah separuh jalan dah, tengah drive tu aku terlupa aku nak kemana. Hahaha nasib baik masa tu mak aku ada dalam kereta tu, so dia yang ingatkan.
– Salah masuk lorong sebab tak ingat tujuan banyak kali dah hahaha.
– Aku jenis yang akan cerita benda yang sama berulang kali sebab aku tak ingat aku dah pernah cerita.
– Pergi dapur nak ambil cawan tapi ambil sudu
– Masuk bilik nak ambil handphone tapi ambil tuala terus masuk bilik air. Dah masuk bilik air baru tersedar buat apa kat situ. Lepas tu keluar balik. Hahaha
4) Cepat bosan. Awalnya akan obses, cuma obses tu tak lama. Lepas tu bosan terus. Salah satu sebab kenapa aku takut nak ada serius relationship hahahaha.
5) Orang tak habis cakap tapi aku dah interrupt dulu.
6) Buat kerja last minute. Esok nak exam, hari ni baru aku start buat nota hahaha.
7) Banyak sangat cakap sampai orang rasa menyampah hahaha
8) Boros berbelanja
9) Aku explain pasal perkataan tu sebab tak ingat. contoh aku nak cakap ‘aku lari semalam’ tapi aku lupa perkataan lari tu. So aku buat gaya aku tengah berlari. Hahaha
10) Tak konsisten.
Okay cukup lah setakat ni je. Minta maaf banyak2 sebab ayat tunggang langgang. Kejap guna bahasa melayu baku, kejap guna bahasa inggeris. Dan terima kasih banyak2 sebab sudi baca sampai habis. Nombor 4 sampai 10 tu aku tak explain panjang2 dan bagi contoh banyak2 sebab takut korang bosan pulak baca panjang sangat hahaha. Ada banyak lagi masalah2 yang aku hadapi tapi cukup sampai sini je lah ye. Kalau korang ada masalah2 kat atas, pergi lah jumpa pakar psikologi ye. Insha Allah diorang boleh bantu kita. Serius aku cakap, aku terseksa dengan sakit ni sebab orang sekeliling aku judge aku dengan masalah2 ni. Sedih sangat. Diorang fikir aku taknak ubah perangai aku tapi diorang tak tahu betapa strugglenya aku dengan masalah2 ni. Aku sendiri rasa masalah2 ni beban bagi aku tapi aku masih terima diri aku seadanya.
– Ana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit