Assalamualaikum. Terima kasih pada admin jika menyiarkan post ini. Maaf jika luahan ini terlalu panjang untuk dibaca. Aku S. Berumur 27 tahun dan aku telah berkahwin hampir 3 tahun. Masih belum dikurniakan zuriat.
Aku anak kedua daripada 3 beradik dan semua nya perempuan. Ayah aku dah meninggal 9 tahun yang lepas. Tapi sakit yang aku tanggung masih aku rasa sampai ke hari ni. Lama aku pendam dan harini aku memilih untuk berkongsi.
Arwah ayah aku meninggal kerana sihir. 3 tahun sebelum dia meninggalkan kami ayah aku sakit, kaki bengkak kehitaman. Terdapat kudis yang dalam hingga mengeluarkan air yang sangat berbau, perutnya besar, kulit dia berubah menjadi hitam terbakar, kemaluanya jadi besar macam buah kelapa.
Bukan tak pernah aku bawa ayah aku ke hospital. Berhari dan juga berbulan2 ayah aku ditahan wad doktor masih tak dapat kesan apa sakit ayah. Kenapa dan bagaimana kemaluan ayah boleh kembung dan kecut pada masa yang sama. Akhirnya dr diagnose ayah sakit paru2 berair.
Masa mula2 aku dengan mak aku tak percaya orang suruh bawa ayah berubat kampung. Aku tak ada adik beradik lelaki. Aku takut nak bawa ayah berubat. Sebab kami perempuan. Kakak aku tak pernah balik sejak tinggalkan beban kepada keluarga aku.
Kakak aku dah kahwin, dia cerai then dia tinggalkan anak yang baru dia lahirkan pada mak aku dan lepas tu dia tak pernah balik. Masa tu aku masih belajar di ipta yang dekat dengan rumah aku. Jadi senang untuk aku berulang alik untuk tengok ayah.
Makin hari kesihatan ayah makin teruk. Mak aku paling stress sebab kena jaga anak buah aku yang masih sebulan ayah aku yang sakit. Aku buat keputusan untuk berhenti belajar dan jaga ayah aku tiada pilihan, sebab mak aku tak mampu nak jaga anak buah aku yang masih kecik dengan ayah aku sekali. Kakak aku terus ghaib. Adik aku masih bersekolah.
Makin hari sakit ayah aku makin teruk. Saudara mara semua dah tak peduli pada kami. Ayah kerja sendiri. Mak terpaksa berhenti kerja untuk jaga anak buah aku. Ada sorang kawan ayah aku bawa ayah berubat kampung dengan imam masjid. Imam tu mengubat cara guna daun keladi. Imam tu pegang tangan ayah dan tempat yang sakit semua daun keladi tu jadi layu.
Sejak dari tu Allah buka mata aku, ayah aku bukan sakit biasa aku bawa ayah berubat secara tradisional. Macam2 cara. Macam2 orang yang berubat kami jumpa. Yang ikhlas, yang tak ikhlas bayarannya. Semua kami pergi. Hingga duit simpanan, barang kemas mak habis dijual untuk ubatkan ayah. Derita kami hanya Allah yang tahu. Makan nasi, kicap dengan air tu perkara biasa.
Akhirnya ayah pergi selepas 3 tahun derita. Ayah meninggal pada pagi raya. Sesungguhnya dengan kekuasaannya jasad ayah yang dulunya hitam kembali kepada warna asal. Kakinya yang kembung kembali lembut. Allah tutup aib ayah.
Jasad ayah dikebumikan saat takbir raya berkumandang… hanya Tuhan yang tahu bertapa sedihnya aku tanpa ayah. Aku menangis 3 hari. Aku depress. Aku tak berhenti berfikir siapa yang tergamak menyihir ayah hingga macam tu.
Berkat doa mak aku. Alhamdulillah aku dapat kerja kerajaan dan berkahwin. Dan aku bawa keluarga aku berpindah ke utara untuk lupakan kisah sedih kami. Aku ingatkan kisah sihir itu berakhir bersama ayah. Rupanya aku pon terkena sihir dan aku sakit sama macam ayah.
Tapi aku bernasib baik sebab suami aku kuat. Dia yang selalu push aku pergi berubat. Dia yang selalu bagi semangat yang tak pernah putus doakan aku. Doakan kesembuhan aku. Dia bawa aku ke mana saja. Cakap sahaja mana kami tak pernah pergi. Mana yang boleh kami pergi. Aku buat loan beribu2 untuk sembuh dari sakit ni.
Aku selalu doa pada Allah. Supaya tunjukkan pada aku. Siapa yang menyihir keluarga aku. Aku tak pernah berhenti berdoa… dan terus berdoa. Bila sakit aku datang. Aku tak kenal diri aku. Aku lupa siapa aku.
Kalau aku bawa kereta aku tak ingat mana hala tujuan aku. Kadang2 badan aku akan bergerak dengan sendiri. Aku dah lama tak period. Aku dengar suara halus. Aku selalu mimpi aku mati. Aku penah direfer kepada pakar sakit jiwa. Dan aku didischarge.
Bila sakit aku datang aku akan emergency leave. Sebab aku tak boleh fokus pada kerja aku. Aku akan bertukar berguling macam ular. Kadang2 jadi binatang macam harimau. Suara aku akan bertukar. Aku takut nak lihat cahaya.
Puas aku berubat. Beribu, berpuluh ribu aku berhabis duit untuk sembuh. Mana yang pandai, mana yang boleh berubat. Aku akan datang.
Pada suami ku.. Maafkan aku yang tak sempurna… aku yakin Allah akan sembuhkan aku, sama ada dengan kebahagiaan di dunia ataupun kebahgiaan di akhirat kelak. Aku takut dengan semangat aku yang kian pudar…
Adakah ada hari esok untuk aku?
Doakan aku dipermudahkan segala urusan…
– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit