Masih Dara Walaupun Sudah 7 Bulan Berkahwin

Salam semua, aku nak direct to the point sahaja. Aku berusia awal 20 an dan sudah berkahwin selama 7 bulan dan aku masih dara.

Suami aku normal, tapi aku yang tidak. Aku ada masalah vaginismus, penyakit yang membuatkan aku terlalu takut disentuh dan bersama dengan suami.

Sepanjang perkahwinan, banyak kali aku cuba tetapi tak mampu kerana terlampau sakit.

Aku dah cuba buat rawatan dengan doktor tapi masih belum berkesan.

Aku juga dah refer beberapa perubatan Islam, risau kalau ada unsur sihir tapi semua tu tak ada.

Aku stress dengan benda ni. Jujur aku cakap, sepanjang 7 bulan berkahwin ni suami aku tak pernah paksa aku untuk bersama. Dia sentiasa beri ruang.

Tapi benda macam ni buat aku rasa tertekan. Aku bukan nak puji tapi ini realiti, suami aku baik sangat. Nafkah aku monthly RM1.3k, aku tak bekerja lagi sebab baru habis belajar.

Suami aku pandai masak, mengemas, ringan tulang, aku memang zero. Tapi aku usaha setiap hari untuk pandaikan semua kerja tu, aku tak amik kesempatan okay.

Bila ingat balik hantaran aku RM20 ribu tapi aku benda basic satu pun tak boleh buat, aku hampir depress. Sambil aku buat rawatan vaginismus, aku ada juga susulan untuk mental health aku.

Walaupun baru 7 bulan, berat badan aku merosot. Aku jadi demotivated. Aku tak mampu nak layan suami aku yang baik tu.

Aku selalu baca kisah orang yang dapat suami jahat, aku bersyukur suami aku bertanggungjawab tapi hm itu lah, problem nya dekat aku.

Sampai bila suami aku nak tahan? Ada jaminan ke dia akan kekal faham? Apa aku nak buat?

Aku nak kerja pun susah, jiwa aku tak tenang. Parents aku pun dah tahu benda ni, diorang banyak support tapi aku tetap kusut.

Apa lagi aku nak buat supaya aku tak rasa bersalah dengan suami aku?

– Hazwani (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Salam dik, hopefully adik baca ni. Akak 8 tahun Vaginismus. Akak survey mcm2 doktor yg sesuai dgn level Vaginismus akak. Finally akak jumpa Dr.Kash Mustafa. Dia rawat akak 2 hari je, akak dah berjaya intercourse dgn husband hari ke3 rawatan. Sebulan kemudian akak pregnant tp gugur and now tengah pregnant 3 bulan. Insyaallah boleh ye dik, adik cari dia. Tak silap dia ada clinic dah dekat KL. So tak payah jauh2 ke pantai timur. Dia buat dua jenis rawatan berdasarkan level Vaginismus kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *