Masihkah ada lebaran Raya?

Assalamualaikum.
Tidak lama lagi hari raya bakal menjelang tiba,Aku sebenarnya agak sedih memikirkan soalan adik2ku yg asyik bertanya,Kak bila nak beli baju raya adik?..Hmm aku kelu kerana aku tidak dapat memberi jawapan kerana aku tidak pasti mampu atau tidak untuk aku membeli baju raya kepada adik2ku.

Ayahku sudah lama tidak bekerja disebabkan keadaan kesihatan yg tidak mengizinkan.oleh itu ibuku terpaksa mengambil upah untuk membuat kuih.N alhamdulillah aku sekrang tengah bercuti sem so dapatlah aku membantunya niaga.Bulan ramadhan ini aku menolong ibuku menjual kuih di hadapan rumah kami sahaja,Untung jualan memang tidaklah bnyak tapi alhamdulillah dapat menampung kehidupan kami pada hari itu.Ada yg menyuruh ibuku untuk menjual di bazar ramadan tapi memandangkan sewa bazar pom sudah mencecah ribuan manalah kami mampu.Allahu aku sedih kerana tidak dapat bnyak menolong ibuku .Pagi juga aku bekerja di kedai runcit tapi yelah bekerja di kg berapalah sangat gaji yg dapat.

Tujuan aku menulis confess ini adalah ,aku ingin meminta daripada kalian,Bukanlah wang ringgit yg ku mahukan tetapi cuma jika kalian ada baju melayu yg masih elok tapi dah tak pakai n mahu buang bolehkan bagi kepadaku sebab aku rasa aku tidak mampu untuk membeli sepasang baju raya yg baru kepada adik2 ku.Ini sebenarnya aku sudah berjanji kepada mereka kerana aku tidak sanggup melihat mereka bersedih pada hari raya nanti.Biarlah mereka beraya dengan kegembiraan pada tahun ini walaupon cuma dengan baju raya terpakai.Bagi yg sudi membantu,aku mengucapkan bebanyak terima kasih.Hanya Allah sahaja yg boleh membalas jasa baik kalian.

– biskut semperit

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

61 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *