Masuklah Sekolah Agama

Hai assalamualaikum. Setiap kali nampak post berkaitan dengan perempuan, terutama yg dah terlanjur,yg salah pilih suami, selalu kena dera dgn boyfriend. Saya rasa sedih sgt. Kenapa kita perempuan ni terlalu naive.Saya akhirnya dapat satu solution yg satu tau ramai tak akan setuju dgn saya. Solutionnya adalah AGAMA.
Macam mana nak peroleh AGAMA?

Masuklah sekolah agama. Saya merayu kpd bakal2 ibu dan bapa masukkanlah anak anda ke sekolah agama. Sekolah rendah tak apa lagi pergi sekolah kebangsaan, itu pun dah byk pengaruh tak elok. Kalau berduit, hantar lah anak ke sekolah agama private mcm Al Amin dsb. Yes saya tahu akan ada yg komen lepas ni kata 'sekolah bukan penentu siapa kita, semua berbalik pd individu.' Sabar, saya belum habis lagi.
sedarkan kalian yg sekarang ni budak drjah 4 pun dah berjinak2 dgn porno dan masing2 ada boyfriend/girlfriend?

Tapi kalau xmampu hantar anak2 ke sekolah agama semasa sekolah rendah, hantarlah mereka masa sekolah menengah. Saya minta maaf saya terpaksa ckp benda ni, ramai akan sakit hati dgr.
Beza yg teramat pelajar sekolah kebangsaan/mrsm/sbp dan sekolah agama. Cuba perhatikan rakan sekeliling yg dulunya sekolah kebangsaan. Couple tu benda biasa malah rutin bg mereka.Tak ada rasa malu pun nak bercouple bagai, akhirnya jatuh ke lembah perzinaan.Yes saya tak nafikan yg budak sekolah agama pun BUKAN SEMUA baik, alim, solehah. Ada jugak yg degil tak mau dgr kata. Tp sekurang kurangnya, sebagai ibu bapa ,kita dah berusaha utk bagi pendidikan agama yg terbaik buat anak.Maaf saya katakan, sebaik2 budak sekolah biasa, adlh sejahat2 budak sekolah agama. BUKAN SEMUA TAPI MAJORITINYA.
Saya tabik budak sekolah biasa yg tiada background agama tapi tidak free hair, tidak couple, tidak melayan porno. Saya tabik.Saya ada kawan yg bsekolah agama tapi dia sendiri btukar tukar boyfriend, sedih tak terkata.

Pendidikan agama ni sepatutnya bermula dr rumah. Tp kalau ibu bapa sendiri tak mampu nak provide anak2 dgn ilmu agama secukupnya, hntr lah anak2 ke tempat yg sppatutnya. Jgn nafikan hak mereka.Saya sedih bila tengok kwn2 yg btudung di kampus, tp bila balik cuti habis tudung tah ke mana. Yg sadis, parents tak kesah pun.

At least, kalau anak2 tu dah ada background agama wpun parents mereka jahil, anak2 tu telah selamatkan ibu bapa mereka dari api neraka. Maaf panjang sungguh bebelan saya.

Saya sayangkan kaum saya. Tolonglah wahai wanita, tutuplah aurat, jgnlah buka tudung tu. Dan jagalah maruah. Jgn lah mudah sangat termakan janji2 manis lelaki. Saya teringat pesan seseorang 'Sebaik baik perempuan adalah mereka yg namanya jarang sungguh meniti di bibir2 lelaki ajnabi(bukan mahram)'.

Saya mengalu alukan komen/kutukan berkenaan statement saya di atas. Dan satu soalan, jika kalian mmpunyai anak satu hari nanti, apakah pendidikan terbaik yg kalian akan sediakan?
Sekian.

– Sis N

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *